Sunday, July 24, 2011

SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS

Assalamualaikum semua..bersua lagi kita utk tayangan tengah ari ini hehee..Yana msk simple je tapi sungguh menyelerakan..amboi prasan msk sedap la tuu kan hikhikk..Ekceli yana try resepi dari NoorSha..sejak dia tayang ikan siakap ari tu tuu yana duk teringat jee..hmm..xleh jadi nii..kna try bt jgk dan akhirnyaa..siap jgk Siakap Dengan Sos Harum Pedas..

Mmg best walaupun kejadian tidak seperti yg Sha bt hehee..Yana rs terlebih kicap kot..sbb tu nmpk gelap sikit..ngeee..kuahnya pula saje bg byk..yana and hubby suka klu ada kuah skit nk cicah dgn ikan tuu..nak pic yg lebih menggoda sila tekan SINI yee..pasti tergoda huhuu..

Jom kita semak resepinyaa..Yana mintak izin ye Sha c&p  jee ekk..xlarat nk menaip hikhik.. jahat tul kan..layannn:=)


RESEPI SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS

Bahan² A
1 ekor ikan siakap
sedikit serbuk kunyit

Bahan² B
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - dicincang halus
5 batang cili padi hijau - dicincang halus
5 batang cili padi merah - dicincang halus
1 batang  cili merah - dicincang halus
1 biji tomato - didadu kecil²
1 batang bunga kantan - didadu kecil²
5 helai daun limau purut - dihiris halus
1 helai daun pandan - disimpul

Bahan² C
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
3 - 4 sudu besar sos ikan
1 - 2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air = larutkan

Cara²

1. kerat ikan siakap kepada beberapa bahagian, lumurkan dengan serbuk kunyit. Goreng hingga  garing. boleh juga dikukus, dibakar @ dipanggang. Terpulang pada citarasa ya..Selepas masak, ketepikan sebentar.
2. ketepikan minyak hasil menggoreng ikan tersebut, tinggalkan sedikit untuk menumis. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dicincang halus kedalam kuali. Tumis hingga wangi dan kekuning²an...
3. Masukkan pula daun pandan yang disimpul, cili padi dan cili merah yang dicincang halus bersama tomato. Kacau menggunakan belakang sudip, biarkan tomato tersebut hancur.
4. Masukkan bunga kantan, dan daun limau purut, kacau rata hingga naik bau.
5. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan sos ikan. Masukkan air dan kacau.
6. Rasa terlebih dahulu, jika kurang masin tambahkan sos ikan.
7. Masukkan larutan tepung jagung & air tadi dan kacau laju² sos tersebut hingga likat.
8. Siram kuah diatas ikan dan Sedia dihidang. Selamat Mencuba :)

9 comments:

nOOrsha said...

nampak sedap n menyelerakan la yana... terase2 plak kat tekak ni bile yana tayang resepi nih semula... erm.. kene beli siakap lagi nampak gaye nih.. hehe.. time kasih yer sudi mencuba.... harap sekeluarga berpuas hati ngan hasilnye :)

Unknown said...

alahai..
lambat pulak kak ayu singgah hari nie, kalau tak......
boleh syer makan 1 piring sama2 kan?

Nuwairani said...

siakap tu!!! sedapnya ikan siakap ni. kene pulak masak pedas2 mcm ni...perghhh....berpeluh2 pon tak pedulik dah. saya memang hantu cili padi.hihih

Yana Shaiful said...

NoorSha: tq sha..mmg sedap resepi nii..nnt bleh bt lagi :-)

Yana Shaiful said...

K.Ayu: akak lambat skit jee..klu x bleh mkn sama dh hehee

Yana Shaiful said...

Nani: sedap resepi nii..ada rasa pedas..masam..bau bunga kantan dgn daun pandan lg menyedapkan ikan nii ;=)

Sheery Dream Cakes said...

yg nie akak pun lom perna lg cuba... mmg nampak menyelerakan kan ler ikan tu yana.. sedap sesangat

Yana Shaiful said...

K.Diana: mmg kna cuba..best resepi NoorSha nii..lain kali yana nk bt lagi hehee

Anonymous said...

michael jordan shoes
golden goose outlet
golden goose outlet
Travis Scott Jordan
off white
kd shoes
a bathing ape
nike off white
yeezy boost 500
nike travis scott