Thursday, July 21, 2011

KUIH LAPIS KACANG HIJAU~ ceria kembali ^_^

Assalamualaikum dan slamat petang semua..baru dapat pegang lappy ari nii..waaa..xsangka smlm rmai yg take care psl yana xde mood ek..tq semua..luv uols..muuahh!! igtkan yana sorang je frust and tensen klu bt xjadi..rmai jugak yg mcm tu ek hehee..mmg betul tekaan semua..sebab baking xjadi terus xmood..nk tgk oven pun malas hikhikk..

Lupakan je kisah semalam yg dh jadi history..ari ni citer lain..pagi2 lagi ari ni yana bt projek mengukus plak..smlm sambil tido, tgn letak atas kepala duk fikir nk menalam ke nak mengepau ke nk melapis..hmm..akhirnya pilih nk melapis..saje nk abiskan kacang hijau yg ada skit g maka jadilah Kuih Lapis Kacang Hijau..may b dh rmai yg dh bt kuih lapis nii..yana je terkebelakang skit..xkisah lah..janji pernah bt and dh rasa pun..mmg sedap resepi kak Liza nii..

Yana bt separuh adunan jee and bt dlm bekas kecik2..loyang kat umah ada yg besar jee..dh byk plak membebel nii..jom kita intai resepi dari umah Kak Yatie nii..resepi asal dari Kak Liza..

KUIH LAPIS KACANG HIJAU




Bahan A

  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung jagung
  • Sedikit garam
Bahan B
  • 1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
  • 1/2 cawan air
  • pewarna hijau
Bahan C
  • 1/2 cawan air


CARA NAK BUAT:-
  1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
  3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
  4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 5 inci.
  5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
  7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
  8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.
Slamat Mencuba :=)

8 comments:

cik cek said...

Cedapnya...kak cek nak mintak sikitlah...suke kaler hijau tu...

tun_telani said...

tgk org melapis, teras mcm nk melapis gak.. tp bila melapis mula la xsama tebal laa, henyot2 laa.. nk tayang pun malu. kui kui...

nuwairani ismail said...

rajinnya kak yana melapis...hihih...sy ni dr hari tu teringin nk melapis akhirnya melapis jugak kek...kali ni teringin nk meroti pulak..tak tau bila nk jadi ni...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum yana..
cantiknya lapisannya tu yana... warnanya pun cantik... rajin sungguh yana melapis yer..

YANA SHAIFUL said...

K.Cek: nk mintak byk pun bleh K.Cek..kuih cani xlaku sgt kat umah nii hehee

YANA SHAIFUL said...

Tun: K.yana pun xberapa nk lulus g melapis nii..kali ni br nmpk ok skit sbb tu bleh tayang hikhikk

YANA SHAIFUL said...

Nani: tibe2 trase nk melapis.. ada org jaga baby bleh la k.yana melapis..jom kita meroti..k.yana fail lg meroti..kna berguru lagi nii :=)

YANA SHAIFUL said...

K.Diana: hehee..ari ni baru rajin kak..ada org tlg tgk baby..bleh la melapis..br nk pandai melapis nii hehee