Tuesday, July 5, 2011

AYAM MAYONIS

Assalamualaikum..salam tengah hari selasa..lama betul rasanya xjenguk blog..yee kee lama..pagi semalam last n3 and dh tengah hari selasa br dpt n3 blk..kira lama la tuu kan..ngeee..semalam dapat virus 'M' plak.. biasa lah dh hmpir waktu kot..virus tu pasti menyerang..lagi selesa tgk tv smbil baring2..

Jom kita sambung resepi semalam yg dh abis dimkn oleh kami2 ini..mkn bersama nasi ketumbar..Ayam Mayonis..ekceli yana suka sgt mayonis..lam esbox seharusnya sentiasa ada..dlm resepi ni pun yana taruk byk skit..terasa kemayonisannyaa ituu hikhikk..resepi ni jugak diskodeng dr umah Kak Anymz My Kitchen..Jom kita layann..

AYAM MAYONIS
Resepi: K.Nor Secubit Garam
Sumber: K.Anymz My Kitchen




BAHAN-BAHAN:



600 gm daging ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
1 labu bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
3 cm halia - mayang
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mayonis ( yana tambah 1 sudu besar lagi )
2 sudu besar sos cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam ( yana 1/2 sudu besar jee )
7 keping cendawan kering - rendam dalam air panas dan hiris
2 tangkai daun ketumbar - potong 2 cm
3/4 cawan air
1 1/4 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan jus limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah
capsicum hijau & merah ~ yg ni K.Nor tambah ( yana xltk xde stok )
CARA NAK BUAT:-


  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan. (Ayam digoreng sekadar masak saja, tidak perlu garing)
  2. Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar. Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
  4. Masukkan air, cendawan, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
  5. Masukkan ayam goreng, sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
  6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata. Hidang panas-panas bersama nasi.



Slamat Mencuba :-)

2 comments:

nuwairani ismail said...

wah! kak yana! sedapnya ayam ni...kepak tu posing seksi sangat la.heheh...

YANA SHAIFUL said...

Nani: seksi kee..malunyaa..tukar pic lah hikhikk