Showing posts with label SAMBAL. Show all posts
Showing posts with label SAMBAL. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

TAUHU MASAK SAMBAL

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..hari ni pagi2 lagi dapat bersiaran..nak singgah menyinggah umah kawan2 semua..akhir2 ni xsempat nak buat persinggahan..nak post 1 n3 pun kena cepat..Damia dah makin meragam skg..jeles sangat kalau tgk ibu pegang lappy..macam2 hal dia buat tak nak bagi ibu pegang cik lappy..hmm..anakku..baru sorang tapi dah terdetik di hati nak tambah lagi hikhikk..

Pagi ni juz nak share menu simple semalam..Tauhu Masak Sambal..mood memasak tibe jer ke laut..hahaa..bkn apa..nak kurangkan mkn sikit coz wiken asyik kena p kenduri je..wiken ni kenduri kat kampung MIL pulak..lagi lah TERmkn banyak..lauk kenduri kampung semuanya best..xleh tahan nafsu nak makan..semua nak rasa..alasan kan..hahaa..Jom je lah kita semak resepi simple nii..mana lah tau kot2 ada yang tergoda nak masaknya utk lunch nanti..layan :=) 

TAUHU MASAK SAMBAL


BAHAN-BAHAN:-

2 keping tauhu ( dibelah dua )
1/2 labu bawang besar ( tumbuk/kisar )
2 ulas bawang putih ( tumbuk/kisar )
1 sudu besar cili giling/cili kisar ( yana guna cili giling adabi )
1 biji kentang ( potong wedges & goreng )
Sedikit sos cili
sedikit sos tomato
Sedikit air asam jawa
Air biasa
Garam, Gula & serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Goreng tauhu hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan cili giling hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau dan boleh masukkan air asam jawa dan juga air. Kacau. Perasakan dgn bahan perasa. Kacau lagi.
  4. Masukkan tauhu, bawang besar yang dimayang dan juga ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul biar rata. Tutup api dan siap untuk dihidangkan..
Selamat mencuba :=)

Monday, April 11, 2011

SAMBAL TEMPE BERFUCUK

Salam petang isnin..cuaca kat luar cam nak hujan jee..cian hubby jap g balik lam ujan..xpe..ayang dah siapkan menu petang kita ari nii hehee..skg ni nak cite pasal menu tengah hari luu..masak simple je..yana kan tak pandai nak masak benda yang tak simple..masih sekolah pra dlm masak memasak nii..hehee..pe2pun jom terjah ke dapur..tiba2 teringin nak makan tempe..maka siap lah sambal tempe..letak suun and fucuk byk2.. suka sangat hehee...layannn...



SAMBAL TEMPE BERFUCUK

BAHAN-BAHAN:-

1 keping tempe ( yg dlm plastik tuu )
3 sudu besar cili kisar
1 ulas bawang merah ( mayang )
1 ulas bawang putih ( mayang )
ikan bilis
suun
fucuk
Air secukupnya

CARA NAK BUAT:-

Goreng tempe dengan tepung serbaguna hingga sedikit garing. Kemudian angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Tambah sedikit air dan fucuk. Bila dah sedikit mendidih masukkan ikan bilis, tempe yg digoreng tadi dan juga suun. Kacau bagi semua rata. Kemudian masukkan garam, gula dan juga serbuk perasa. Kalau rasa dah cukup kita kacau je hingga sambal kering dan boleh tutup api. Slamat mencuba :-)