Sunday, August 16, 2015

MEE SUP ISTIMEWA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu dinner semalam..Mee Sup Istimewa Kak Azie Kitchen..alahaii sedapnya layan panas2 di kala hujan turun dengan lebatnya membasahi tanah manjung..


Tq Kak Azie share resepinya..Memang sedap..Lain kali buat mee sup guna resepi ni je..Biasa kalau buat mee sup yana tumis bawang putih, bawang besar dan lada hitam je..Resepi ni ada kelainan sikit..tambah serbuk jintan manis lepas tu letak air asam jawa dan belacan bakar..memang maveles lah rasanya..huhuu..jom semak resepi~~~


MEE SUP ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam ~ potong kecil
2 biji bawang besar kuning ~ cincang/kisar
1 labu bawang putih ~ tumbuk
3 inci halia ~ halia
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar
2 kiub stok daging
air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN LAIN:-
2 pek mee kuning/mee hoon ~ celur
1 ikat sawi ~ celur
cili kicap ~ yana tak buat ^__^
Daun sup ~ hiris
bawang goreng

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi
  2. Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika
  3. Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering
  4. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis
  5. Masukkan air agak2lah jumlahnya. Kak Azie guna lebih kurang 1 blender
  6. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih
  7. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan2 lain
Selamat Mencuba:-)

No comments: