Tuesday, August 11, 2015

DAGING GORENG JINTAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Menu tengah hari semalam..Daging Goreng Jintan yang simple mimple je tapi sedap sangat..Kalau buat pedas lagi bertambah sedap..versi yana pedas2 manja je sebab kanak2 riang nak makan sama..letak kicap lebih sikit..makan dengan nasi panas..ada ulam timun..Alhamdulillah..dah cukup berselera..

Tq Kak Ayu share resepinya..Tq jugak pada Kak Nor..Yana kopipes dari dapur akak je yer..Jom semak..raya haji nanti boleh buat lagi.. masuk list dulu~~~



DAGING GORENG JINTAN
Resepi: Ayu Singapore
Sumber cuci mata : Kak Nor @ Secubit Garam 

BAHAN A:-

300g daging dipotong nipis
1 sudu teh jintan manis ditumbuk-Ayu gunakn serbuk aje
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk -Ayu gunakan serbuk aje
1 sudu teh serbuk jintan putih-Ayu tambah
1 sudu teh serbuk ketumbar-Ayu tambah 
sedikit kunyit
air untuk merebus daging

Ingredients B:-
3 tangkai cili api dipotong ~ yana tak letak
1 tangkai cili merah dipotong 
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu minyak menumis
sedikit cuka
sedikit kicap
garam + perasa secukupnya


CARA PENYEDIAAN:-
  1. Daging digaul bersama Bahan A. Rebus sehingga empuk dan air kering.
  2. Di dalam kuali masukkan minyak, tumiskan bawang besar, cili merah, cili api, daun sup dan daun bawang
  3. Kemudian masukkan daging. Masukkan garam+perasa secukupnya. Gaul rata
  4. Akhir sekali masukkan sedikit cuka dan kicap untuk membangkitkan selera aroma yang cukup..siap
Selamat Mencuba ;-)

4 comments:

Kakzakie said...

Membangkitkan selera kalau ada lauk macam ini Yana
Kalau kakak lebih suka makan dgn nasi putih tak perlu nasi minyak/tomato bagai.

Bbwana adienia said...

erm, mesti sedap ni..buar masa raya haji nanti mesti best ni.. :)

tun_telani said...

Salam kak yana cayangg.. dh lama xnmpk akk kat fb. ke tun yg x perasan? huhu...
sedap daging goreng mcm ni.. tun kalau masak cara lain mmg xtelan daging.. goreng2 je lajuu mkn.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)