Thursday, August 6, 2015

WHITE CHOCOLATE CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Meh layan gambar brownies dulu pagi ni..layan gambar je la ekk..browniesnya dah habis hehee..Ekceli, yana buat sebelum puasa lagi..huhuuu.nampak sangat puan tanah bizi tak sempat buat entry..banyak lagi gambar sebelum puasa belum di entrykan..dah bertingket tingket..xpe, pelan2 kita kayuh yer..minggu ni tak bizi sangat bolehlah cuba habiskan entry yang tertunggak~~~


Tq pada kak Ida Osman share resepinya..mintak izin yana letak sini yer kak..Kak Ida Osman memang tak lokek ilmu masak-masak..Setiap hari ada je resepi baru keluar kat FB beliau..Dah banyak jugak resepi yana dah cuba..semua sedap..Okess..jom semak resepinya ^__^

WHITE CHOCOLATE CHEESE BROWNIES

BAHAN-BAHAN:-
100gm cream cheese
200gm mentega
100gm gula aising
100gm coklat putih ~ dicairkan
4 biji telur
150gm tepung gandum
25gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh parutan kulit lemon

*1 sudu teh serbuk koko + 1 sudu teh air untuk corak marble

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder
  2. Putar cream cheese bersama mentega dan gula aising
  3. Masukkan coklat cair. Kemudian masukkan telur sebiji sebiji. Putar rata
  4. Masukkan tepung ke dalam adunan dan kaup balik je
  5. Ambil 1 sudu besar adunan dan satukan ke dalam serbuk koko tadi untuk dibuat marble
  6. Tuang dalam loyang 22x22 yang dialas kertas minyak. buat corak marble
  7. Bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau bergantung pada oven masing-masing 

Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Kakzakie said...

Ini kalau ada tetamu hidang masa baru keluar oven sedapnya Yana.

ps: kakak dah buat tau ikan bakar yg semalam punya entri tuk dinner malam tadi. Abang dgn anak kakak kata sedap. Thanks for the receipe:)

Liza said...

nmpk moist gitu..

Yana Shaiful said...

Kak Zakie~ makan yg suam2 mmg sedap kak zakie ^__^

Sedap kan kak ikan bakar tu..yana pun dh 2 3 kali buat..anak2 suka.. bahan2 pun tak susah sgt..mmg slalu ada kat dapur..

Yana Shaiful said...

Kak Liza ~ mmg moist kak liza..simpan semalaman lg moist makin sedap gitu hehee