Sunday, May 19, 2013

UDANG MAYO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu simple kami hari ini..Udang Mayo resepi dari Kak Rohah..Rasanya dah 3 kali yana buat lepas Kak Rohah berkongsi resepi kegemarannya ini di dapur Tun..alaa masa Tun buat GA resepi kegemaran ari tu..GA yang kita kalah tuuu hohoho ^__*~~~

Tq Kak Rohah sudi berkongsi resepi ni..dah jadi feveret yana dengan damia pulak ^__^.. En.suami tolak tepi sebab dia alergik melampau dengan udang hihiii..Mintak halal ye kak, yana nak kongsi kat  sini pulak ^_____^


UDANG MAYO
Sumber cuci mata : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

600gm udang
1 labu bawang besar holland/merah ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ cincang halus
2 tangkai cili hijau ~ hiris
2 inci halia ~ hiris halus memanjang
2 sudu besar mayonis
Sedikit serbuk kunyit ( sedikit je tau )
sedikit air ( sedikit je ye )
garam
gula
minyak masak untuk menumis
kubis bunga ~ yana tambah
carrot ~ yana tambah


CARA PENYEDIAAN:-
  1. Potong sedikit muncung dan bahagian ekor udang. Cuci dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar. bawang putih, halia dan cili hijau hingga naik aroma.
  3. Masukkan serbuk kunyit bersama udang. Kacau hingga udang berubah warna sedikit.
  4. Tuang sedikit air ( sikit je ). Masukkan mayonis dan gaul rata.
  5. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Matikan api dan hidangkan.
Nota: Udang tidak perlu dimasak terlalu lama


Selamat Mencuba ;-)

Saturday, May 18, 2013

NASI HARISSA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Nasi Harissa menu 2 3 hari lepas lagi..tak sempat nak update kat blog..1st time dgr nama nasi yang unik nih kat dapur adik Tun Telani and terus terpikat nak mencubanya..Alhamdulillah..memang sedap^^

Biasanya kalau buat nasi berempah macam ni semestinya akan bergandingan dengan lauk yang power sedap bersama acar or pajeri kan kan tapi kali ni yana juz makan nasi dengan Ayam Masak Kandar huhuu..semua jenis sayur mayur salad maled dlm esbox dah kehabisan stok..tunggu wiken baru bleh p shopping..so, makan je la dengan apa yang ada ^^..jom semak resepinya~~


NASI HARISSA
Sumber 1 : Kak Nor ( resepi Noreen ~ xde link )
Sumber 2 : Mel , Tun Telani , Kak Ayu , Kak Fiza

BAHAN-BAHAN:-

1 kg beras basmathi
air ikut padat beras dan lebihkan 100ml
3 labu bawang besar - dihiris
500 gm lobak merah/carrot - diparut kasar
3 ikat daun ketumbar - ambil akarnya, dibersihkan dan dikisar bersama 5 batang cili hijau
2 jari kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
garam secukup rasa
bawang goreng
daun ketumbar
minyak atau mentega utk menumis ~ yana guna extra virgin olive oil

BAHAN-BAHAN KISAR:-

1 sudu kecil jintan halus - Tun & yana guna jintan putih+jintan manis
3 cm halia
10 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian gaulkan dengan lobak merah dan toskan hingga kering.
  2. Panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu.
  3. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Kacau sehingga naik bau.
  4. Masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi. Tumis sehingga garing.
  5. Masukkan air dan garam secukup rasa.
  6. Apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak. Boleh juga dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa nasi biasa.
  7. Setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng. Tutup periuk rapat2. Setelah beberapa minit, kacau dan biarkan masak sepenuhnya. Hidangkan dengan lauk-pauk yang lain. 

Selamat Mencuba :-)

MUFFIN PISANG COKLAT CHIPS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ^__^

~ Tengah2 malam buta baru dapat ngadap lappy..biasa laa, kena tunggu tuan2 puteri tido baru bleh jenguk dapur maya kesayangan nih (^__*)..Okess, tak mau bebel banyak~ xde idea nak bebel^^ kita jamu mata je dengan Muffin Pisang Coklat Chips menu petang semalam and bekpes pagi tadi..Dah lama yana tak buat muffin..aduss..males sungguh nak mengayak tepung hehee..tapi kali ni digagahkan jua buat muffin yang simple2 je untuk Damia..


Yana ambil resepi ni dari dapur Kak Ita..resepi asal oleh kak liza..asalnya muffin coklat rice tapi diubah sedikit oleh kak ita ganti coklat chips..sedap dan lazat kejadiannya ^__^..Terima ksaih pada kedua2 akak yer..mintak izin yana kongsi kat sini pula..moh kita layan je laa ekss..yana nak merempit ke dapur kengkawan pulak..cari idea menu untuk hidangan esok..jumpa lagi ^__^

MUFFIN PISANG COKLAT CHIPS
Resepi asal : Kak Hanieliza
Sumber cuci mata : Kak Ita @ Masam Manis

BAHAN-BAHAN:-

140 gm butter @ marjerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan tepung gandum~ ayak
1 s/k baking powder ~ ayak
1 cawan pisang ~ yang telah dilenyek
2 s/b serbuk koko
1/2 cawan coklat chips
Sedikit badam cincang ~ untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan suhu oven pada 180c
  2. Sediakan cup kertas secukupnya dan susunkan dalam loyang muffin. Ketepikan.
  3. Gaul butter dengan gula hingga sebati.
  4. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebati.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak.
  6. Masukkan pisang dan serbuk koko. Kacau rata.
  7. Masukkan coklat chips dan kacau lagi.
  8. Masukkan adunan dalam muffin cup. Tabur sedikit coklat chips dan sedikit badam cincang diatasnya.
  9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180c selama 25 minit atau sehingga masak.
  10. Sejukkan atas redai dan hidangkan

Selamat Mencuba :-)

Friday, May 17, 2013

AYAM UNGKEP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

~ Ayam Ungkep gandingan bersama Nasi Lemon ^__^ Yana suka sangat Ayam Ungkep..ada beberapa versi yang dah dicuba..semua sedap..Resepi Ayam Ungkep kali ni yana amek kat dapur Kak MaDiHaA..Resepi asal dari Dana..Nampak je Ayam Ungkep nih terus msk list nak mencubanya..Tq yer Kak kerna berjaya goda yana utk mencubanya hihii..

Tq juga pada Dana sudi share resepi dari ibunya ini..memang puas hati ^^ Ekceli yana belum sempat lagi nak bersuai kenal dgn Dana..InsyaAllah lepas nii akan terjalin pula persahabatan dgn beliau ^^


AYAM UNGKEP
Resepi : Norhidana
Sumber cuci mata: Kak MaDiHaA

BAHAN-BAHAN:-

500 gm / 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkan & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
1 batang serai di titik
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecil asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cawan air
sedikit gula dan garam utk perasa
sedikit minyak masak

BAHAN2 DITUMBUK LUMAT

1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah kecik
( jika suka terasa pedas boleh tambah beberapa biji cili padi juga semasa menumbuk ramuan )

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yang ditumbuk bersama serai & serbuk kari sehingga naik bau. Masukkan ayam dan gaulkan. Tambah air, air asam jawa, garam, gula dan perasa. Gaul sebati.
  2. Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati. Tunggu hingga ayam nampak masak. Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cuckup pekat & ayam empuk bolehlah di matikan api & hidang. Jika suka berkuah sikit bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat. Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain
Selamat Mencuba ^__^

Tuesday, May 14, 2013

NASI LEMON

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Nasi Lemon menu minggu minggu minggu yang lepas hihii..Dah tak ingat bila buat nasi nih..punye ler bizi sampai tercicir menu nan satu nih ^^

Tq Kak Liza share resepi dari Pak Engku yang femes amos tuh..Dah lama masuk list baru berkesempatan nak mencubanya..Alhamdulillah..sedap..tengok en.suami makan berselera je..mula2 risau juga nak masak nasi nih kot2 ada terasa masam lemon confem en.suami hilang keseleraannya hihii..Tapi Alhamdulillah..seperti yang telah diwar2kan oleh Kak Liza, nasi lemon ni memang takde rasa masam..bau wangi menusuk kalbu ^^

Okess..jom semak resepinya ^__^




NASI LEMON
Resepi Asal : Pak Engku ( Resepi Kenduri Kahwin Pak Engku )
Sumber cuci mata : Kak Liza @ Intai Dapur

BAHAN-BAHAN:-

1 kg beras basmathi
100 gm marjerin
1/2 tin susu cair
1/2 sk serbuk kunyit
1 biji lemon ( parut & ambil jusnya )
1 liter air
Garam, serbuk perasa

BAHAN-BAHAN TUMIS

3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 tangkai daun sup - potong
1 tangkai daun pudina

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan marjerin dan masukkan bahan-bahan kisar, goreng hingga garing.
  2. Masukkan bahan tumisan yang lain hingga naik bau.
  3. Masukkan air, susu cair, serbuk kunyit/pewarna, garam, serbuk perasa, kulit lemon parut dan kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan beras dan biarkan hingga masak.
Selamat Mencuba :-)