Saturday, June 7, 2014

MEE GORENG TAUHU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Pagi2 kita tayang Mee Goreng Tauhu yang sedap luar biasa~~Biasa yana kalau goreng mee tauhu just letak tauhu yang dah digoreng pahtu potong2 and gaul dalam mee..Lain sikit dengan resepi Kak Yatie..letak tauhu yang dah dihancurkan..memang sedappp sangat tau..tak payah letak telur dah..

Terima kasih Kak Yatie berkongsi idea..Memang rasa lebih sedap letak tauhu hancur macam niii..Mintak izin yana share kat sini pulak ye~~




MEE GORENG TAUHU

BAHAN-BAHAN:-
  • 1 bungkus mee kuning (1 kg)- cuci dan toskan
  • 1 cwn daging yg telah di rebus
  • 1 cwn fish ball/fish cake
  • 3 keping tauhu- di hancurkan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 biji tomato belah 6
  • taugeh dan sawi secukupnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu besar udang kering-rendam dan toskan
CARA PENYEDIAAN:-
  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
  2. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi.
  3. Bila cili dah masak, masukkan tauhu yg telah di hancurkan dan gaul sebati. Masukkan daging.
  4. Masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
  6. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi.
Selamat Mencuba ;-)

No comments: