Wednesday, June 11, 2014

GYOZA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Lamanya tak menikmati gyoza..dulu memang selalu buat sebab anak2 dgn hubby suka..tukang masak lagiii suka..kalau bulan puasa 2 3 kali jugak yana buat..tak payah makan nasi dah..memang dah kenyang makan cik gyoza nii~~

Tak boleh nak mengomel banyak2..kejap lagi nak merempit ke dapur kengkawan pulak..lepas tu nak memulakan tugas..curi masa sikit je nak buat n3..jom semak resepinyaa ^__^




GYOZA
Resepi : Kak Hana
Sumber Cuci Mata : Tun TelaniKak RosKak SheilaNani

BAHAN-BAHAN:-

Untuk Skin
250 gm tepung gandum
1/2 - 3/4 cawan air sejuk - ader setengah resepi guna air panas, ada setengah campuran sejuk + panas
1/4 sk garam
Extra tepung gandum utk canai
1/2 sudu kecil baking powder ( Puan Ros tambah )

Untuk Inti
250 gm daging kisar/ayam/udang ( P.Ros guna 200 gm daging hancur )~ yana & Tun guna ayam
1/2 genggam daun kucai ~ potong kecil ( P.Ros & yana ganti dgn daun bawang )
50 gm kubis ~ cincang dadu halus
1 sudu makan halia parut
2 sudu makan bawang putih parut
1 sk minyak bijan ( P.Ros guna dlm 1 1/2 sudu )
1 sk gula
1/4 cawan bawang besar ~ potong dadu
Daun negi - jika suka ( x msk ~ xtau apa nih ^_^ )
Garam & pepper
P.Ros masukkan 1 sudu kecil tepung jagung ke dalam adunan filling ~ Yana & Tun msk jgk
1 sm tepung jagung/katakuriko + air ~ bancuh utk stim gyoza ( P.Ros stim guna air tnpa tepung jagung~ yana pun )
Tun tambah shredded carrot and mushroom ~ yana tambah jgk
Tauhu ~ goreng kejap lepas tu dadu kecil ~ yana tambah

CARA NAK BUAT:-
  1. Untuk membuat skin - uli semua hingga elastik ( P.Ros rehatkan selama 10 minit dan tutup mangkuk dgn tuala lembab. Taburkan tepung gandum di atas papan canai. Canai nipis kemudian terapkan dengan cutter atau muncung gelas/cawan. Buat sehingga habis dan taburkan dengan tepung jagung/ubi ( hana guna tepung gandum jer) supaya setiap keping tidak melekat antara satu sama lain ~ Yana & Tun guna ready made dumpling skin
  2. Untuk Inti - campurkan semua bahan inti sebati. Ambil sekeping skin gyoza dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI atau boleh guna acuan gyoza.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. susun gyoza tuang air bancuhan tepung jagung ( boleh juga guna air biasa sahaja ) kemudian tutup kuali tersebut. Biarkan sehingga air kering dna bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan. Hidangkan dgn sos gyoza.
  4. Nota dari chef Jepun : stim dahulu baru masak hingga kering utk mengelakkan gyoza 'kotor' bila tuang air kemudian.
DUMPLING DIPPING SAUCE
Resepi : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

1/4 cawan kicap manis
1/2 inci halia ~ tumbuk
1 ulas bawang putih ~ tumbuk
2 biji cili padi ~ tumbuk
1 sb vinegar ~ tun guna apple cider vinegar
1 sb minyak biasa
sedikit daun ketumbar ~ yana tambah

CARA PENYEDIAAN:-

Campurkan semua bahan dan biarkan seketika supaya rasa bahan sebati

Selamat Mencuba :-)

3 comments:

Hafizah Mohamad said...

Assalamualaikum Yana sayang...sedapnya....kak fiza ambik na resepi...nanti mood rajin nak buat juga....sekali pandang cam dim sum...dapnyerrr...t.kasih yana...

Unknown said...

check this designer replica luggage dig this go to this website click for source recommended you read

teseauez said...

click this link here now high end replica bags go to this website YSL Dolabuy Related Site Dolabuy Bottega Veneta