Monday, August 17, 2015

KEK BATIK EMPIRE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pagi ni layan Kek Batik Empire dulu..Ekceli dah lama buatnya..bulan lepas lagi kot~~Sedap jugak kek batik ni kat tekak yana tapi anak2 tak berapa layan sangat..duk makan yang coklat tu je..yang ijo tu tinggal bagi ibu habiskan..huhuuu


Tq pada tuan empunya resepi..peminat kek batik boleh cuba resepi ni..ada kelainan dari kek batik biasa yang selalu dibuat..ala2 kek lumut sarawak pulak rasanya sebab letak horlick tu kot..wangi je bau masak kukus..okess..jom semak resepi ^_^


KEK BATIK EMPIRE
Resepi : Kongsi Resepi
Sumber cuci mata : Kak Fiza

BAHAN-BAHAN:-
200gm mentega
1/4 cawan gula halus ~ boleh kurangkan
4 biji telur B
1/4 cawan seri kaya
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan horlick
150gm biskut marie ~ dipatah 4
1 sudu besar serbuk koko + 1/2 sudu besar coklat emulco
Pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul kembang
  3. Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati
  4. Masukkan tepung gandum, horlick dan gaul rata, Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan  (serbuk koko + coklat emulco ) + 1/2 bahagian biskut marie yang telah dipatahkan. 1 bahagian lagi pewarna hijau + 1/2 bahagian biskut marie
  5. Sapu mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas acuan dengan kertas kek ( Kak Fiza lapik plastik )
  6. Masukkan adunan hijau. Ratakan keseluruh permukaan loyang. Goyang dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat
  7. Panaskan kukusan dan kukuslah menggunakan api sederhana hingga separuh masak. 
  8. Kemudian tuangkan adunan warna coklat ke atas adunan warna hijau yang telah dikukus tadi. Ratakan. Goyang-goyang dan hentak loyang biar mampat
  9. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak
Selamat Mencuba :-)

Sunday, August 16, 2015

MEE SUP ISTIMEWA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu dinner semalam..Mee Sup Istimewa Kak Azie Kitchen..alahaii sedapnya layan panas2 di kala hujan turun dengan lebatnya membasahi tanah manjung..


Tq Kak Azie share resepinya..Memang sedap..Lain kali buat mee sup guna resepi ni je..Biasa kalau buat mee sup yana tumis bawang putih, bawang besar dan lada hitam je..Resepi ni ada kelainan sikit..tambah serbuk jintan manis lepas tu letak air asam jawa dan belacan bakar..memang maveles lah rasanya..huhuu..jom semak resepi~~~


MEE SUP ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam ~ potong kecil
2 biji bawang besar kuning ~ cincang/kisar
1 labu bawang putih ~ tumbuk
3 inci halia ~ halia
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar
2 kiub stok daging
air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN LAIN:-
2 pek mee kuning/mee hoon ~ celur
1 ikat sawi ~ celur
cili kicap ~ yana tak buat ^__^
Daun sup ~ hiris
bawang goreng

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi
  2. Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika
  3. Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering
  4. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis
  5. Masukkan air agak2lah jumlahnya. Kak Azie guna lebih kurang 1 blender
  6. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih
  7. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan2 lain
Selamat Mencuba:-)

Saturday, August 15, 2015

AYAM MASAK KICAP PEDAS MADU KARIPULAI ( Daun Kari )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Salam hari sabtu yang indah permai ~~ Dah ada idea ke belum untuk masak lunch nanti..kalau belum jom kita menerai Ayam Masak Kicap Pedas Madu Karipulai nii..pasti satu family suka..


Dah lama yana simpan resepi ni baru minggu lepas dapat merasa kesedapnnya..Patutlah Kak Lina asyik duk ulang buat..memang sedap..anak2 yana suka sangat..lunch makan dengan nasi..dinner pulak cicah roti..ibu pun tumpang cicah sekali..enak gitu..Jom semak resepi..Puan tanah nak bersiap sedia siapkan diri..hari ni ada open house lagi..peace~~~



AYAM MASAK KICAP PEDAS KARIPULAI ( Daun Kari )

BAHAN-BAHAN :-

  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian 
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya(xboh tadak stok)
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 batang serai ketuk (linapg tambah) 
  • 2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat Mahsuri (linapg tambah)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji cili merah - potong serong (linapg tmbh)
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit hirisan ketumbar 
CARA MEMBUATNYA

  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan madu, kacau2ka.Tambah garam dan gula (jika perlu).
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato, cili merah dan hirisan daun ketumbar.Kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, August 11, 2015

DAGING GORENG JINTAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Menu tengah hari semalam..Daging Goreng Jintan yang simple mimple je tapi sedap sangat..Kalau buat pedas lagi bertambah sedap..versi yana pedas2 manja je sebab kanak2 riang nak makan sama..letak kicap lebih sikit..makan dengan nasi panas..ada ulam timun..Alhamdulillah..dah cukup berselera..

Tq Kak Ayu share resepinya..Tq jugak pada Kak Nor..Yana kopipes dari dapur akak je yer..Jom semak..raya haji nanti boleh buat lagi.. masuk list dulu~~~



DAGING GORENG JINTAN
Resepi: Ayu Singapore
Sumber cuci mata : Kak Nor @ Secubit Garam 

BAHAN A:-

300g daging dipotong nipis
1 sudu teh jintan manis ditumbuk-Ayu gunakn serbuk aje
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk -Ayu gunakan serbuk aje
1 sudu teh serbuk jintan putih-Ayu tambah
1 sudu teh serbuk ketumbar-Ayu tambah 
sedikit kunyit
air untuk merebus daging

Ingredients B:-
3 tangkai cili api dipotong ~ yana tak letak
1 tangkai cili merah dipotong 
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu minyak menumis
sedikit cuka
sedikit kicap
garam + perasa secukupnya


CARA PENYEDIAAN:-
  1. Daging digaul bersama Bahan A. Rebus sehingga empuk dan air kering.
  2. Di dalam kuali masukkan minyak, tumiskan bawang besar, cili merah, cili api, daun sup dan daun bawang
  3. Kemudian masukkan daging. Masukkan garam+perasa secukupnya. Gaul rata
  4. Akhir sekali masukkan sedikit cuka dan kicap untuk membangkitkan selera aroma yang cukup..siap
Selamat Mencuba ;-)

Sunday, August 9, 2015

CUCUR SUSU LEMAK MANIS KAK FIDA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Jom kita sarapan dulu dengan Cucur Susu Lemak Manis resepi Kak Fida..Orang lain dah bertahun buat..yana je baru berkesempatan nak buat..Selalu buat cucur jagung je sebab anak2 suka..Anak2 yana kurang gemar sikit cucur kosong macam ni..masa makan asyik tanya je kenapa tak ada jagung..ibu lupa letak ke..hehee..


Alhamdulillah habis jugak cucur ni.1 adunan dapat tak banyak..cepatlah dapat habiskan..Memang sedap makan panas2,,jom layannn~~~


CUCUR SUSU PEKAT MANIS

BAHAN-BAHAN:-
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil bocarbonate soda
6 sudu besar susu manis ( lebihkan jika suka manis )
1/2 cawan susu segar/susu cair
garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:-
    1. Ayak bahan-bahan kering ke dalam mangkuk. Masukkan susu manis dan tuang susu segar/cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati
    2. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalik2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembung hingga keperangan
    3. angkat dan boleh dihidangkan

Selamat Mencuba :-)

Saturday, August 8, 2015

TERUNG GORENG BERLADO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ...

Menu yang simple mimple aje ^__^.. Terung Goreng Berlado..Macam biasalah walaupun resepi simple je tapi tetap nak mengugel jugak..Dah jadi kebiasaan kot..Nak masak je kena gugel 2 3 jam hehee..


Resepi Terung Goreng Berlado ni yana terskodeng kat rumah Kak Azie Kitchen..asalnya dari Kak Amie..Alahaiii..bertambah tambah makan nasi dapat lauk macam ni..2 biji yana sorang habiskan..abe cayang tak makan terung..angin katanya..tapi bini dia angin jugak..makan jee hehee~~~


TERUNG GORENG BERLADA

BAHAN-BAHAN:-
3 biji terung Taiwan ~ belah 2 dan potong 3 ~ rendam dalam air untuk elak lebam
1 sudu teh pati asam jawa ~ bancuh dengan sedikit air
1 labu bawang besar ~ mayang kasar
Minyak
garam/gula/perasa pilihan

BAHAN TUMBUK KASAR:-
4 biji cili merah
1 biji cili api ~ yana tambah
1 genggam udang kering ~ rendam hingga kembang dan toskan
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Goreng terung hingga masak dan ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga pecah minyak
  3. Masukkan pati asam jawa, bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu
  4. Perasakan dengan garam/gula/perasa pilihan
  5. Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan
Selamat Mencuba :-)

Thursday, August 6, 2015

WHITE CHOCOLATE CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Meh layan gambar brownies dulu pagi ni..layan gambar je la ekk..browniesnya dah habis hehee..Ekceli, yana buat sebelum puasa lagi..huhuuu.nampak sangat puan tanah bizi tak sempat buat entry..banyak lagi gambar sebelum puasa belum di entrykan..dah bertingket tingket..xpe, pelan2 kita kayuh yer..minggu ni tak bizi sangat bolehlah cuba habiskan entry yang tertunggak~~~


Tq pada kak Ida Osman share resepinya..mintak izin yana letak sini yer kak..Kak Ida Osman memang tak lokek ilmu masak-masak..Setiap hari ada je resepi baru keluar kat FB beliau..Dah banyak jugak resepi yana dah cuba..semua sedap..Okess..jom semak resepinya ^__^

WHITE CHOCOLATE CHEESE BROWNIES

BAHAN-BAHAN:-
100gm cream cheese
200gm mentega
100gm gula aising
100gm coklat putih ~ dicairkan
4 biji telur
150gm tepung gandum
25gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh parutan kulit lemon

*1 sudu teh serbuk koko + 1 sudu teh air untuk corak marble

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder
  2. Putar cream cheese bersama mentega dan gula aising
  3. Masukkan coklat cair. Kemudian masukkan telur sebiji sebiji. Putar rata
  4. Masukkan tepung ke dalam adunan dan kaup balik je
  5. Ambil 1 sudu besar adunan dan satukan ke dalam serbuk koko tadi untuk dibuat marble
  6. Tuang dalam loyang 22x22 yang dialas kertas minyak. buat corak marble
  7. Bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau bergantung pada oven masing-masing 

Selamat Mencuba :-)

Wednesday, August 5, 2015

IKAN BAKAR MUDAH DAN SEDAP & AIR ASAM BUDU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Ikan Pari Bakar menu bulan puasa yang lalu..lamo bebenor baru boleh buat entry..kita layan pic je la ekk..pic tak basi kan hehee..memang sedap resepi ikan bakar ni..Bahan-bahan pun simple je..makan pulak cicah air asam budu yang pergghhh gitu ^__^


Tq pada tuan resepi..menurut kak Azie resepi ni asalnya dari tokey restoren kat Kangar..memang superb lah..InsyaAllah lepas ni boleh buat lagi..Tq jugak pada Kak Azie, Kak Amie dan Kak Malina yang sudi share resepinya~~~


IKAN BAKAR MUDAH DAN SEDAP
Sumber cuci mata : Kak Amie & Kak Malina Pg

BAHAN-BAHAN:-

1 kg ikan kembung - bersihkan - lumur dengan sedikit garam dan kunyit - ketepikan ~ yana guna ikan pari


Bahan perencah:
1/2 cawan pati santan 
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam / perasa pilihan
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh susu pekat

Cara:
1. Satukan kesemua bahan perencah.
2. Panggang atau bakar ikan. Setelah ikan masak, lumurkan dengan bahan perencah.
3. Baik-balikkan ikan
4. Bila mata ikan menjadi putih atau tersembul ke atas, angkat.
5. Hidangkan bersama sambal belacan, air asam atau ratah begitu saja.



Air asam budu terbaekk punya..sedap cicah dengan ikan bakar atau ayam bakar..tq ct resepinya..mintak izin yana letak sini yer~~

AIR ASAM BUDU
Resepi : Ct Zaliedana

BAHAN KISAR/TUMBUK :-
3 biji cili padi ( boleh tambah/kurang ikut selera )
2 biji cili merah
Sedikit belacan bakar

BAHAN LAIN :-
1 labu bawang besar ~ hiris nipis
1 biji tomato ~  didadu @ hiris nipis
1 biji cili merah ~ hiris nipis
2 biji cili padi ~ hiris 
Air asam jawa secukupnya
1 biji air perahan limau kasturi
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar budu
Garam dan gula/perasa secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Campurkan semua bahan kisar kasar , budu,air asam jawa dan sos ikan.
  2. Perahkan jus limau. Masukkan garam, gula secukup rasa
  3. Simpan sekejap dalam peti ais supaya mesra semua bahan. Sedia untuk dihidang bersama ikan bakar, kerang rebus dan sebagainya
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, August 4, 2015

Yuk buat roti..BUN SOSEJ, BUN TUNA & BUN KOSONG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Dah lama bebenor rasanya tak meroti sendiri..Asyik beli je..Minggu lepas rajinkan diri buat..itu pun sebab anak dara dah bising ibu dah lama tak buat roti..Layan je la ekk..Dah takde idea nak membebel~~~ 



BASIC BREAD RECIPE
Resepi : Puan Roshayati Johari ( no link )
Sumber : Mamafahmi

BAHAN A
500 g tepung roti
100 g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener - optional ~ yana x letak
1 sk bread improver - optional 
4 sk yis @ 11 g yis mauripan

BAHAN B
250 ml air
1 biji telur - pukul sedikit ~ yana letak telur kuning je

BAHAN C
80 g marjerin

BAHAN D
Gula kasar - yana x letak

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Gaul sebati bahan A
  2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin
  3. Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
  4. Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30 - 40 minit
  5. Tumbuk2 untuk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. Susun dalam loyang, spraykan sedikit air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda
  6. Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 30 minit.
  7. Bila dah masak, keluarkan dan sapu dengan majerin untuk permukaan yang berkilat.
ATAU

KAEDAH BM
  1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dlm Bread Maker, pilih setting doh ( dlm sejam setengah )
  2. Bila BM dah siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 untuk buang angin dia.
  3. Bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. Susun dalam loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
  4. Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 30 minit.
  5. Bila dah masak keluarkan dan sapu dengan majerin untuk dapat permukaan yang berkilat.

Selamat Mencuba :-)

Monday, August 3, 2015

SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang..Klazz gituuu nama resepinya kan hehee..Ekceli yang ni hidangan mimggu lepas lagi..tak sempat nak masukkan dalam entry..sibuk sikit dengan tugas hakiki..Maaf yer yana tak sempat nak berkunjung balas lagi ke rumah kawan2..InsyaAllah ada kelapangan nanti yana pasti singgah ^__^


~~Memang sedap sangat sup tulang ni..Patut lah namanya macam tu sebab bila makan duk pandang mangkuk je hehee..Kawan2 semua harus cuba tau..Tq very2 much pada Chef Amer dan juga kak ita yang sudi share resepi melatopss ni..InsyaAllah raya korban nanti boleh jamu kat orang kampung pulak..Jom semak resepi ^__^ 


SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG
Sumber cuci mata : Kak Ita @ Masam Manis

BAHAN-BAHAN:-
1kg tulang lembu ~ cuci bersih. Kak Ita & yana rebus dahulu tulang hingga empuk. Masa merebus tulang jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 paket kecil rempah sup ~ anggaran 2 sudu besar
Air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah ~ di dadu
2 biji kentang ~ di dadu
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris

BAHAN KISAR :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang leek

CARA PENYEDIAAN;-

  1. Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah, bawang putih dan halia kisar sekali. Lobak merah, celery dan leek kisar sekali
  2. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti

Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
  2. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih ) dan bawang yang telah dihiris hingga harum dan garing
  3. Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
  4. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah dikisar halus. Masak lagi hingga garing
  5. Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh dicampur air untuk dijadikan pes
  6. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air
  7. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. Jika gunakan tulang yang tidak direbus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk
  8. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran buih-buih dan minyak di permukaan sup. Ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang
  9. Bila daging dah empuk masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
  10. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah yang telah didadu kecil
  11. Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
  12. Tutup api dan sedia di hidangkan
Selamat Mencuba :-)

Thursday, July 30, 2015

RED PEARL COOKIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Biskut raya terakhir tahun ni..Red Pearl Cookies..sangatlah malas nak buat banyak jenis..cukup je 4 jenis..yang lain kita tunjuk2 je yang mana bekenan di hati ^__^ ~~peace~~


RED PEARL COOKIES
Resepi : Jaja FnR
Sumber cuci mata : Zack Zachoes Kak Ita Masam Manis

BAHAN-BAHAN:-

150 gm butter
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus @ gula kastor
60 gm cornflakes
50 gm coklat chips
25 gm almond nibs
1 sudu kecil esen vanilla
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Mula2 kita satukan butter dan gula. Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti
  2. Masukkan tepung dan gaul rata
  3. Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanila. Kemudian gaul rata
  4. sudukan atas dulang pembakar
  5. buah ceri pula potong memanjang atau dadu. Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170c
  7. bakar biskut selama 20 - 25 minit bergantung pada kepanasan oven masing2
  8. Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
Selamat Mencuba :-)

BISKUT SEMPERIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Biskut ketiga syawal tahun ini..Biskut Dahlia..kegemaran anak-anakku..biskut upin ipin katanya hehee..Setiap tahun meme wajib kena buat..yana selalu buat guna resepi Noorsha ni..kena dengan anak tekak kami sefamily ^_^


BISKUT DAHLIA
Resepi : Norazie@Mesra.net & Noorsha

BAHAN-BAHANNYA :-)

300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)

160 g gula aising (mat guna 140 g - Noorsha guna 120 gm)
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis (Noorsha tambah)
1 camca teh esen vanilla 
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard (Noorsha guna 200gm)*

(*bahan bertanda *  diayak)

Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.(Noorsha pukul bersama mentega, gula icing, telur kuning dan susu pekat dengan menggunakan spatula sahaja asal bercampur semua..tak perlu pukul lama sebab nanti kukis jadi kembang)
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. (Untuk step ini, noosha masukkan tepung kastad dan tepung jagung terlebih dahulu.. kacau rata dengan spatula. kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk)
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. (Noorsha guna suhu 130 C dan bakar selama 20 minit... suhu ni bergntung pada jenis oven masing² ya..jadi kenali  oven anda... hehe) ~ yana guna suhu 150c bakar 25 minit
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
Selamat Mencuba :-)

BISKUT SEMPERIT SUSU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Layan biskut Semperit Susu pulak ekk..1st time menerai biskut ni..tahun lepas memang femes.. Sedap jugak..Tq tuan empunya resepi..


BISKUT SEMPERIT SUSU
Resepi : Farah Salleh (FB) & Zack
Sumber cuci mata : Kak Mas & Kak AnnaQawina

BAHAN-BAHAN:-

125gm susu pekat manis ~ resepi asal guna 250gm (  1/2 tin yang beratnya 505gm )
125gm butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak ~ resepi asal 250gm
230gm tepung jagung Brown and Poison (cap butterfly) ~ resepi asal 600gm ~ zack guna 230gm, just nice nak picit dalam acuan

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu ( ku guna whisk telur je )
  2. Tip: Untuk biskut tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akana menyebabkan biskut turut mengembang
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati. My experience, 230gm just nice untuk picit ke dalam acuan. resepi asal guna 300gm tapi pada saya terlalu keras kalau guna sema. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung
  4. Picitkan atas dulang yang telah dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis diatasnya. ( Kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar )
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170c untuk 12 - 15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak keperangan
Selamat Mencuba ;-)

CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ni dah 14 Syawal baru dapat hupdate belog..Rasanya masih belum terlambat puan tanah nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua pengunjung DCK..Walaupun jaram2 dapat hupdate blog tapi ada jua insan yang sudi singgah menjenguk blog yang dah bersawang nih hehee..many2 tq dear~~

Okeess pagi ni kita layan dulu biskut raya tahun ni..biskut pertama cornflakes Madu..biskut wajib setiap tahun..buat lah banyak mana pun conpem habiss ^__^


CORNFLAKES  MADU
Sumber cuci mata : Kak Mas Duniaku


1 kotak besar cornflakes (Nestle) 
6 sudu besar butter 
6 sudu besar gula pasir 
2 sudu besar madu 
kekacang tu optional 

Kaedah sama jer cam di atas. Kalau nak tabur dgn choc rice boleh, choc sprinkle boleh.. terpulang la pd citarasa masing2 ya.. 


tips: 
kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. boleh gak direndahkan sket suhu oven supaya kukis kita tak hangus..

Sunday, July 12, 2015

AGAR-AGAR LAPIS BISKUT MARIE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Agar-agar Lapis Biskut Marie..dessert iftar kami yang ke berapa ntah..dah lupa hehee..Ekceli minggu lepas yana sekeluarga dapat jemputan untuk berbuka..So, meme dapur tak berasap lah..hari2 berbuffet..Sahur pun tak masak..masing2 makan roti makan biskut ^__^



Agar-agar lapis ni yana buat setengah adunan je..Cukuplah untuk kami yang tak makan banyak nih ^__^..Terima kasih pada tuan empunya resepi..kalau nak tengok cara buat lapisan cantik boleh tengok SINI ye..~~Agar-agar yana ni terlebih biskut marie..sengaja letak lebih sebab nak habiskan stok..sedap je makan bila gigit biskut marie tu..Jom semak resepinya ^__^


AGAR-AGAR LAPIS BISKUT MARIE
Resepi:- DapurCik Wan
Sumber cuci mata : Fizalgk.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-

10gm agar-agar serbuk
1000ml air
200ml santan ~ yana guna santan kotak
250gm gula ~ yana letak 240gm
1 biji telur
100gm biskut marie
1 sk pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masak serbuk agar-agar bersama air, gula dan pewarna kuning
  2. Susun lapisan biskut marie di dasar loyang
  3. Bila agar-agar dan gula dan menggelegak/masak, kecilkan api dan ambil lebih kurang 1/4 cawan dan curahkan perlahan2 ke atas lapisan biskut marie
  4. Ambil lagi 1/4 cawan adunan agar2 tadi dan ketepikan
  5. Masukkan santan yang telah dicampurkan dengan telur ke dalam periuk adunan agar2 tadi dan kacau sehingga masak
  6. Tuangkan adunan agar-agar bersantan ke dalam loyang
  7. Susun biskut dilapisan atas.
  8. Akhir sekali, ambil 1/4 cawan agar agar tadi dan tuangkan dengan perlahan sebagai lapisan teratas
* untuk dapatkan layer yang cantik, kena pastikan layer by layer tu betul2 sejuk..masa CW buat ni tak sempat tunggu nak kejar masa..

Selamat Mencuba :-)