Tuesday, January 10, 2012

APAM DURIAN~ doyan lagi ^_^

Assalamualaikum..Dah tengah malam baru tuan umah dapat bersiaran..seharian xdpt pgg cil lappy..ada jer keje nak buat..layan kerenah Damia lagi yg semakin lasak mcm bdk laki jer hiihiii..moh lah kita cuci mata kejap dgn menu petang tadi..Apam Durian..waahhh jgn ada yg jemu sudahhh..yana asyik tayang menu doyan jer..nak buat mcm mana..stok doyan kat umah byk lg..rezeki doyan masih berterusan..Alhamdulillah..

Kali ni try bt Apam Durian resepi Kak Fida MyResepi..alamakkk termanis lah pulak walaupun dah kurangkan gula..masa bancuh adunan, Yana terlupa nak test tahap kemanisan dulu..biasalah tangan bergerak sambil tu kepala jenguk intai kat ruang tamu tgk Damia main..dah siap adunan terus jer kukus..hmm..nasib baik buat 1/2 adunan jer..bleh lah abiskan..makan sebijik terus minum air masak..lepas ni kalau buat xyah letak gula dah..biar rasa manis doyan jerr..^_^

ada perisa coklat juga :-)
APAM DURIAN
Resepi : Kak Fida@MyR

BAHAN-BAHAN:-

200 g isi durian
200 ml air
2 sb susu manis ( yana xletak xde stok )
4 bijii telor
250 g gula halus ( kurangkan jika isi durian manis )
1/2 sk garam
1 sb ovellette
300 g tepung gandum - diayak
1/2 sk esen durian ( yana xletak xde stok..xpenah beli pun :) 
sedikit pewarna kuning ( yana xletak )
sedikit serbuk koko ( yana tambah )

CARA NAK BUAT:-
  1. Kisar isi durian, air dan susu manis hingga lumat
  2. Pukul telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula, garam dan ovallete dan terus pukul hingga kembang dan putih selama 5-6 minit
  3. Masukkan tepung dan campuran durian berselang seli sambil digaul rata. Bubuh esen dan pewarna kuning dan kaup balik adunan hingga sebati.
  4. Isikan mangkuk2 kecil/lompang dgn kertas kuih dan isikan pula dgn adunan apam biar penuh kedalamnya. Kukus selama 10 minit dgn api kuat.
  5. Sejukkan apam dan boleh disajikan.
  6. Adunan apam boleh juga dibubuh penuh ke dalam mangkuk muffin kecil2.
Selamat Mencuba :-)

Sunday, January 8, 2012

CUCUR KELAPA

Assalamualaikum dan salam petang ahad..semua dh minum petang ke? kalau belum..jom join yana..menu simple jer..Cucur Kelapa..Ekceli, 1st time yana mkn cucur kelapa nii tau..terasa jakun kejap..Tun, kita sama je kan xtau tentang kewujudan resepi yg sedap nii nama jer org kampung hikhikk..tq Kak Q sudi share resepi nii..klu x, mmg yana xtau kelapa parut pun bleh jadi cucur ^^..untuk petang yg indah ni Yana buat versi manis..makan bersama teh o limau panas..pergghh..sodapp ^^

CUCUR KELAPA
Resepi: Kak Quinnie
Sumber: Tun_Telani


BAHAN-BAHAN:-

2 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air panas
1/2 cawan air biasa
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula ( yana tambah )


CARA NAK BUAT:-

  1. Mula2 masukkan kelapa..tepung dan garam kedalam mangkuk..kemudian kacau2 biar rata.. lepas tu masukkan air panas dulu..kacau2 rata..akhir baru letak air biasa..kacau2 la hingga sebati..lepas tu tutup adunan dgn pinggan ke apa ke..janji bertutup..biarkan kejap dlm 10 minit.
  2. Panaskan minyak..api kecik je..sudukan adunan bulat2..dah penuh dlm kuali tu..baru kuatkan skit api tu..sederhana je..jgn kuat sgt nanti hangus..masak la hingga kekuningan.
  3. Boleh mkn cucur kelapa dgn gula atau pun kuah kari pilihan anda..kalau nak buat versi cucur kelapa manis pun boleh jugak..taruk la dlm 1 sudu besar gula kat dlm adunan.
Selamat Mencuba :)

Saturday, January 7, 2012

KEK DURIAN EKSPRESS

Assalamualaikum dan selamat petang sabtu semua..petang ni juz nak tayang Kek Durian yana buat minggu lepas utk buah tangan blk ke kg..masa cuti2 malaysia ari tu dapat byk buah doyan dari Taiping..dah x larat nk mkn doyan byk2 tapi Alhamdulillah rezeki org nak bagi..kita amek jer..blk umah yana frozen and buat tempoyak sikit..Sebelum ni Yana pernah buat Kek Durian resepi CMG..kali ni resepi dari Kak Besah MyResepi pulak..mudah dan cepat jer nak buat..namanya pun Kek Durian Ekspress kan..semua blend jerr..so, sape2 yg baru nk blaja nk bt kek mcm Yana ni..bleh lah cuba resepi nii..mst jadi ^_^

KEK DURIAN EKSPRESS



BAHAN-BAHAN ( SEBIJI KEK UKURAN 20 CM )

1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik ( self raising flour ) klu guna tepung biasa, ayak dgn 1 sudu teh baking powder )
3/4 cawan gula pasir
1 biji telor
3/4 cawan bancuhan 3,4 ulas durian + susu segar@susu cair ( bancuhan susu tepung pun boleh )
1/3 sudu teh garam
3/4 cawan minyak jagung @ kacang @ sawit, semua ok
1/2 sudu teh soda bicarbonate

CARA NAK BUAT:-
  1. Blend telur, gula, garam dan bancuhan durian hingga gula hancur. Masukkan minyak & blend 5 saat. Masukkan soda bicarbonate, blend lg 5 saat. ( guna blender cili jer )
  2. Masukkan tepung dlm mangkuk, lalu curahkan bahan mesin sambil dikacau rata menggunakan hand whisk tapi kalau nak senang, setelah dikacau rata masukkan semula dlm blender & blend 5 saat. 
  3. Masukkan dlm loyang yg telah dialas kertas & disapu minyak. Bakar 170c selama 40 minit @ sehingga masak. ( jgn lupa panaskan oven terlebih dahulu sebelum mengadun kek ).
  4. Bleh juga dimasukkan dlm cawan kertas @ muffin.
Selamat Mencuba :-)

Friday, January 6, 2012

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Assalamualaikum dan salam petang Jumaat..waahh byknya sawang ^_^..Alhamdulillah dapat lagi kita bersua selepas lebih seminggu tuan tanah menghilangkan diri tanpa pesan..huhuuu..Ekceli tuan umah agak kemalasan sikit nak pegang cik lappy..Balik jer dari cuti2 malaysia ari tu, En.hubby ajak blk kg dia pulak..kita ikut jer walaupun penat xhilang lagi..Biasalah kan klu duk umah mertua nii..xleh nak rest mcm kat umah sendiri..klu kat umah bleh gak nak tido smpai xhingat dunia..klu males masak kita tapau jer nasi kandar berhampiran ^_^

Petang ni jom kita jamu mata dulu dgn menu petang semalam..Bingka Roti Kukus Pandan..dah lama perap resepi yang terskodeng kat dapur Kak Ummi Kuantan nii..akhirnya semalam dapat jua merasanya..dah ramai yg cuba dan memuji kesedapannya..ternyata mmg sodapp ^_^..Sory yer pic x begitu menyelerakan..nk snap pun males ^^

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia


BAHAN-BAHAN:-

8-10 keping roti putih ( akak guna 9 keping roti Gardenia-xperli siat kecil )
200 ml santan - ( akak guna santan kotak kara je )
200 ml air
1 cawan gula ( akak letak 3/4 cawan je gula kastor )
4 biji telor - ( akak buang tali pusatnya )
1 sudu teh gara, halus
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul

CARA NAK BUAT :-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang2nya 10 minit
  3. Pindahkan kepingan roti yg direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci ( akak sapu dulu loyang dgn sedikit mentega ). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yg telah disimpul di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15-20 minit. ( akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka )
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidang. ( letak dlm frige dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak..hehe )
Selamat Mencuba :-)