Tuesday, January 10, 2012

APAM DURIAN~ doyan lagi ^_^

Assalamualaikum..Dah tengah malam baru tuan umah dapat bersiaran..seharian xdpt pgg cil lappy..ada jer keje nak buat..layan kerenah Damia lagi yg semakin lasak mcm bdk laki jer hiihiii..moh lah kita cuci mata kejap dgn menu petang tadi..Apam Durian..waahhh jgn ada yg jemu sudahhh..yana asyik tayang menu doyan jer..nak buat mcm mana..stok doyan kat umah byk lg..rezeki doyan masih berterusan..Alhamdulillah..

Kali ni try bt Apam Durian resepi Kak Fida MyResepi..alamakkk termanis lah pulak walaupun dah kurangkan gula..masa bancuh adunan, Yana terlupa nak test tahap kemanisan dulu..biasalah tangan bergerak sambil tu kepala jenguk intai kat ruang tamu tgk Damia main..dah siap adunan terus jer kukus..hmm..nasib baik buat 1/2 adunan jer..bleh lah abiskan..makan sebijik terus minum air masak..lepas ni kalau buat xyah letak gula dah..biar rasa manis doyan jerr..^_^

ada perisa coklat juga :-)
APAM DURIAN
Resepi : Kak Fida@MyR

BAHAN-BAHAN:-

200 g isi durian
200 ml air
2 sb susu manis ( yana xletak xde stok )
4 bijii telor
250 g gula halus ( kurangkan jika isi durian manis )
1/2 sk garam
1 sb ovellette
300 g tepung gandum - diayak
1/2 sk esen durian ( yana xletak xde stok..xpenah beli pun :) 
sedikit pewarna kuning ( yana xletak )
sedikit serbuk koko ( yana tambah )

CARA NAK BUAT:-
  1. Kisar isi durian, air dan susu manis hingga lumat
  2. Pukul telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula, garam dan ovallete dan terus pukul hingga kembang dan putih selama 5-6 minit
  3. Masukkan tepung dan campuran durian berselang seli sambil digaul rata. Bubuh esen dan pewarna kuning dan kaup balik adunan hingga sebati.
  4. Isikan mangkuk2 kecil/lompang dgn kertas kuih dan isikan pula dgn adunan apam biar penuh kedalamnya. Kukus selama 10 minit dgn api kuat.
  5. Sejukkan apam dan boleh disajikan.
  6. Adunan apam boleh juga dibubuh penuh ke dalam mangkuk muffin kecil2.
Selamat Mencuba :-)

10 comments:

quinnie said...

yana..tak habis lagi musim durian ye..hehehe..kita kalau buat kek durian ni tak suka sgt...tapi kalau keropok cikedis perasa durian tu suka..hehehe...eh lama betul tak makan keropok tu..tah wujud lagi ke dak...hehehe

Nieza said...

sedapnya apam doyan ni yana...dah terbau doyan sampai ke sini dah ni..hehe

Mas said...

sedapnya tengok....
meh sebiji..he3

tun_telani said...

nasib baik kak yana tulis tu perisa coklat tu.. mula2 pening tun mikir camner masa kukus boleh hangus.. hahah.. ;p
frozen la durian tu kak yana. nnti dh habis musim boleh makan lagi. biasa in laws tun akak letak isi durian dlm bekas2 n frozen kan.

AZLINA said...

Assalamualaikum Yana..tak pernah makan apam durian, mesti sedap ni..kat tempat akak musim durian dah nak habis, tinggal sikit2 je lg, nak kena simpan stok frozen banyak2.. :)

cik cek said...

Yana...sedapnya....anto la kesini sikit...

Amie said...

comelnya apam! tak cukup seketul Yana... nak 5 ketul!

eina said...

yana!!!betul2 menggoda lah apam doyan nih..ado lagi ko wahai saing ku?nok etek...

rahel said...

Skali skala makan apam duyan memang best je...nak seketul dua..

nuwairani ismail said...

jeles betol dgn org yg ada stok doyan menimbun ni...kite jugak la kempunan...