Thursday, May 3, 2012

IKAN TENGGIRI MASAK KICAP PEDAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Alhamdulillah dapat lagi kita berkongsi ilmu dunia masak2 pada hari ini ^_^..hmm..Yana hari ni mcm kurang bertenaga sikit..dari semalam badan rasa kepenatan..Ingatkan boleh lah nak puasa sunat hari nii..Alhamdulillah..dah sebulan yana dapat puasa sunat setiap isnin dan khamis cuma hari ni memang xlarat sangat..lepas solat subuh sambung tido balik..pukul 10 baru jaga..adooii.. lamanya lena..syok sgt kot sebab hujan lebat ^_^

Menu tengah hari ni simple jerr..Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas Ala Kak Ummi Kuantan..mak aaiii..panjangnyaa huhuuu..Ekceli, lauk ni yana masak untuk sahur semalam tapi terpaksa di cancel kan.. dah xlarat sangat nak bangun..so, tengah hari ni panaskan ajer..untuk Damia pulak juz goreng telur dadar..mmg menu feveret dia..moh kita semak jer resepinyaa..mintak izin Kak Ummi, yana share kat sini pulak yer untuk tatapan umum hikhikk..jom ikut yana p ketuk2 umah kengkawan ^_^


IKAN TENGGIRI MASAK KICAP PEDAS

BAHAN-BAHAN:-

1 keping ikan tenggiri - yana buat 2 keping saiz besar punyer ^_^
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - di-hiris
1 inci halia - dihiris halus
3 sudu besar cili kisar ( yana guna cili giling adabi jer, males nak blend cili )
4 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/2 biji cili benggala hijau - dihiris memanjang
1/2 biji cili benggala merah - dihiris memanjang
1/2 biji cili merah & hijau - dipotong serong
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-

  1. Ikan dibersih, ditoska. Gaulkan dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak ( jangan terlalu garing ), angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak untuk menumis dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi menggunakan api sederhana.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar.
  4. Masukkan kicap dan semua sos. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Biar mendidih sekejap dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ikan dan biat kuah sebati pada ikan sebentar.
  6. Masukkan capsicum dan cili. Kacau sebentar dan tutup api..siap..^_^


Selamat Mencuba :-)

20 comments:

Unknown said...

Salam kenal Yana, ikan tenggiri ni sesuai masak apa pun, utk budak2 lagi bagus, takde tulang.

Amie said...

Selamat tengahari Yana,
ikan tenggiri baik sebagai diet harian... ada kandungan Omega 3!

zila norazila said...

salam yana
ambooii ikan tggiri yer..mmg sedap la..kita ikan apa pun suka makan...nk sepotong boleh..h ehhee

Norzie hany said...

Salam Yana.
Sedapnya....feveret saya ni.

Qhaifa Nur said...

ikan tenggiri masak kicap memang sedap....
terliurnya tengok....

Chik Mimi said...

Jelesnya tengok orang buleh sambung tido,
sedap ni makan dengan nasi hangat

rahel said...

Wallaa..kalau ikan tenggiri masak kicap pedas memang kesukaan Rahel dan laling..sedap isinya..lembut..

tun_telani said...

salam kak yana.. lauk sempoi yg x pernah mengecewakan.. hihi.. yg penting cili padi wajib ada kan ^^

Lee said...

Hi Yana, wow! Ini one of my favourite dishes. Your this dish looks sooooo delicious, da tentu tiga pinggan nasi lichin.
I can practically get the lovely scent of the kichap disini.
Ada lagi? Ha ha ha. Ada sambal belachan?
You have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

quinnie said...

sedapnya..suka ikan tenggiri....dulu rajin la beli...buat fish ball..hehehhe....sedap nya gulai kicap..tak pernah jemu kan...:)

Yana Shaiful said...

@zanapb>salam kenal jgk..tq sudi singgah sini..ikan tenggiri mmg kesukaan sbb xde tulang..isi pun tebal :-)

Yana Shaiful said...

@Kak Amie>betul tu kak..skg ni mmg perlu kan omega 3 byk2 hihii..

Yana Shaiful said...

@Zila4ever>sama lah kita..yana suka ikan..lg berselera mkn nasi hihii

Yana Shaiful said...

@Norzieyhani> ikan tenggiri msk mcm ni mmg kegemaran rmai..sedap :-)

Yana Shaiful said...

@Qhaifa Nur> msk mcm ni mmg kesukaan rmai..mkn ns pun bertambah :-)

Yana Shaiful said...

@Kak Mimi> hahaa..jom tido kak :P.. xleh msk slalu cani..krg asyik nk mkn nasi jer ^__^

Yana Shaiful said...

@Rahel> sama lah yana dgn husben..suka jgk klu msk kicap.. laju jer mkn nasi :-)

Yana Shaiful said...

@Tun> mmg xmengecewakan..mkn nasi asyik tambah jer..bahaya jgk msk cani slalu hihiii

Yana Shaiful said...

@Uncle Lee> tq sudi singgah sini.. msk simple2 ajer tp lg best klu dpt mkn bersama sambal belacan.. nyummnyumm :-)

Yana Shaiful said...

@Kak Q> sama lah dgn mama yana..ms kami kecik2 dulu dia slalu beli ikan tenggiri sbb nk bt sup fish ball.. sedap jer rs manis ikan tu :-)