Monday, October 10, 2011

LALA MASAK TOMYAM

Assalamualaikum semua..petang ni nak post n3 yang tertangguh dari semalam lg..Biasa lah kalau En.H ada kat umah..maka cik lappy ni pun jadi hak milik dia walaupun sebenarnya kita yg punya hihiii..Tak mau cakap byk..kejap lagi nak p ronda2 kat pasar malam cari makan..hari ni my dapur tak berasap..penyakit pompuan dh dtg..so, tido je lah ari nii..ngee :=)

Jom je lah kita jamu mata dgn pic nii..sorry semua..Lala dah abis..skali ngap je semua nii huhuu..layannzz :=)

LALA MASAK TOMYAM


BAHAN-BAHAN:-

500 gm lala
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 labu bawang besar ( hiris nipis)
1/2 biji buah tomato ( potong 2 )
2 batang serai ( dititik)
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1/2 kiub tom yam ( yana guna knorr )
2 biji limau nipis ( amek jus )
3 tangkai cili api ( potong )- nak pedas bleh tambah lg
4 helai daun limau purut
Garam, gula & serbuk perasa


CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih,bawang besar, cili api, buah tomato dan serai. 
  2. Masukkan sos cili, sos tomato dan daun limau purut. Kacau 1 minit dan masukkan sedikit air. Anggaran dalam 1/3 cawan. Kemudian masukkan kiub tomyam. Kacau biar sebati.
  3. Masukkan lala dan bahan perasa. Gaul rata dan tutup kuali 3 hingga 5 minit.
  4. Buka tutup kuali dan gaul lagi..Tutup api dan perahkan jus limau nipis. Gaul lagi dan siap untuk dihidangkan. 

Selamat Mencuba :=)

20 comments:

Zaliedana said...

Yna ct pon suka mkn lala,kalo kami2 orgutara panggei siput retak seribu ajer,Bestkan,sedap dari kerang,msk gini mmg sesuai sgt..

Mas said...

sedapnya lala..
baru nmpk izah tayang pagi tadi..he3

tun_telani said...

hihi.. pakat ngan kak izah ye nk tayang lala.. tun xpenah makan pun lala ni. rasa mcm kerang ye?

nuwairani ismail said...

ala.....kat sabah xde lala la pulak...mak nani kalau masak lala selalunya dia buat masak lemak yang ketuk2 serai tu. pastu ada letak baby corn...sedapnya....

tengok kak yana duk tayang ni baru terfikir, macam dah bertahun2 tak makan lala

Anna Qawina said...

mana den nk cari lala fresh ni yer..terbayang dah ni..

Citarasa Rinduan said...

serius lama ayu tak makan lala..
yana.. nampak menyelerakan, lagilah ada masam2 kannn

Yana Shaiful said...

cmtu ek namanya..hubby yana xpnh plak gtau hehee..yana xmkn kerang..gatal mata dgn idung ni..alergik hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Mas> tu laa..tgk umah Kak Izah ada jgk td..xjanji pun hehee

Iera Daniera said...

lala...menu feveret esp. lau masak lemak cili api or sambal. sedapnyerrrr

quinnie said...

yana..dah lama btul kita tak makan lala..paling suka lala masak lemak...kalau lala dah habis tinggal kuahnya pun tak pe..sebab suka kat bau dan rasa kuah tu....sedapnya...:)

izahdaut said...

yana.. akak bookmark resepi ni. nampak sedap tu. tapi besoo nyer isi lala tu. akak nyer kecik toet je. hehe

Nurul said...

Yana,
lama dah k nurul x mkn lala... terliur ni... ;)

Yana Shaiful said...

@Tun> xpakat pun..tibe je termasak yg sama hihii..sedap tun lala..kna cuba mkn..k.yana xmkn kerang tp lala mmg k.yana suka :=)

Yana Shaiful said...

@Nani>K.yana xpnh pula mkn mcm tu..nnt nk try jgk..suka baby corn yg manis tu..org klate mmg suka msk lemak kan hihii

Yana Shaiful said...

@Kak Anna> kat penang byk kak Anna..nnt mai beli sini hehee

Yana Shaiful said...

@Kak ayu> yana mmg suka tomyam..masam2 pedas gitew..sedap lala msk mc ni :=)

Yana Shaiful said...

@Ira> k.yana xpnh msk lala msk lemak cili api..bunyi mcm sedap jee..nk cuba lah :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Q> rmai yg suka msk lemak yee..nnt nk try buat jgk..asyik msk serai jee lala nii hihii

Yana Shaiful said...

@Kak Izah> nnt yana pun nk try jgk lala sos pedas tu..suka klu ada rs pedas..lala kat sini mmg besar kot..slalu beli isi mmg besar:=)

Yana Shaiful said...

@Kak Nurul> maknanya kna buat la kak..sedap lala kan..xpuas mkn :=)