Saturday, October 15, 2011

DONUT BALL

Assalamualaikum semua..dh bekpes kee..n3 pagi nak tayang projek petang semalam dgn damia..kami berdua buat donut..dah lama rasanya yana tak mendonut..sonok betul tengok damia uli doh..sampai berpeluh ikut ibu buat hihii..

Yana buat Donut Ball resepi Kak Dayang Jack..suka donut ni..lembut dan gebu jee..Oleh sebab terlebih rajin sikit, maka donut ni siap bertopping lagi..mcm2 ada..jom layann :=)

DONUT BALL





BAHAN-BAHAN:-

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.
Selamat Mencuba :=)

9 comments:

Unknown said...

yana..
sangat gebuuu..
bila nak rasa air tangan kamu nie dik

Nadz Nazharzan said...

Yana.. nak jugak!!!

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum yana...
wah sedapnya tgk... anak2 pasti suka makan nie.. mmg nampak gebu...

rahel said...

Yana..tergoda i dengan donut kecik2 tu,siap toping lagi..sedap wat minum petang ni..

Qhaifa Nur said...

paling suka letak coklat kat bahagian atas...

quinnie said...

wah siap bersalut coklat donut nya...saya pun suka donut taruk coklat ni..sedap je bila makan...tak sedar berketul2 dah makan..hehehe

Amie said...

lawa-lawa....kalau dirumah ada begini, kejap je dah licin!

Anna Qawina said...

comel donat...lama gak akak tak mendonat....hehe

Nuwairani said...

rajin menguli nampak! comel bentuk2 donut tu..nani buat style malas sikit...main tabur gula kastor je..