Thursday, October 13, 2011

AYAM TUMIS TOMYAM

Assalamualaikum..Tengah hari ni juz menu simple jee..Virus M dah melanda diri ini..kita layan je resepi hasil BW umah Kak Nor SG semalam Ayam Tumis Tomyam..Ekceli, resepi ni asalnya Ikan Tongkol Tumis Tomyam tapi diderhaka sikit oleh Kak Nor SG hihii..Yana xsempat nak p mancing ikan..juz sempat tagkap ayam jee..maka hasilnya jadi mcm Kak Nor jgk..Ayam Tumis Tomyam..lain kali pula kita try buat ikan tongkol..

Rasanya dh ramai yg mencuba resepi ni, yana je yg selalu ketinggalan ketapi..xsempat nak kejar..pe2pun jom kita layann jee..Yana share kat sini pula yee Kak Ratna & Kak Nor :=)


AYAM TUMIS TOMYAM


BAHAN-BAHAN:-

6 keping ikan tongkol ~ gaul garam, goreng & ketepikan ( yana ganti ayam )
1 biji tomato ~ dibelah 6 ( yana belah 4 )
2 pokok daun bawang ~ potong 1 inci
1 inci halia ~ hiris halus memanjang
4 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah*
1 biji bawang besar*
(bahan2 bertanda* dimayang)
7 biji cili padi ~ diketuk
3 helai daun limau purut
1 batang serai ~ diketuk
3 cawan air atau lebih
1 sudu besar asam jawa + air ambil jus
2 sudu besar pes tomyam + sikit air panas dibancuh
garam, aji & gula secukupnya
minyak masak

CARA NAK BUAT:-

1. Panaskan sedikit minyak.  Tumiskan bahan2 yang dihiris & halia hingga layu & wangi.  Masukkan air, air asam jawa, pes tomyam, serai, daun limau & cili padi. 
2. Bila mendidih masukkan ikan, daun bawang & tomato. Sesuaikan rasa dengan menambah garam, gula & perasa. Padamkan api & bolehlah dihidang.

Selamat Mencuba :=)

10 comments:

Naz / Nadz COSK said...

Yana, kak Naz malaslah nak masak. Akak nak sikit utk makan malam nanti boleh?:))

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh sedap tu..terima kasih berkongsi kat sini

Cheq Sue said...

yana, cheq sue dok simpan2 aje resepi ni, lama nak try x try2 lagi... mmmmmmm wangi je bau tomyam tu kan

rahel said...

Waa...Yana..sedap kuahnya tu kan??..lapo lak..

Sue @ Nenie said...

Salam..Wahhhh Ayam Tom Yamnya dah sampai sini yaaaaa

Yana Shaiful said...

@Kak Naz> jemput kak mkn sama..yana sorang je nii hehee

Yana Shaiful said...

@Lydia miza> tq sudi singgah sini..sedap tomyam nii..nnt cuba lah :)

Yana Shaiful said...

@CheqSue> rasa mcm tomyam..mmg sedap hehee

Yana Shaiful said...

@Sue> baru je smpai sini hihii

Yana Shaiful said...

@Rahel> sedap rasa masam dan pedas.. bau tomyam..mmg feveret lah..jom mkn sama:=)