Saturday, July 19, 2014

IKAN SIAKAP BAKAR PORTUGIS ~ Menu 11 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Hari ni kita layan menu ikan pulak..Dah jemu asyik makan ayam jee..Semalam pergi pasar and tengok ikan siakap segar fresh terus beli..Dalam kepala memang dah fikir nak bakar je ikan nii..Tak mau goreng2 dah 

Hokey..males nak membebel byk2..kita layan je resepi Ikan Siakap Bakar Portugis..resepi ni memang popular dikalangan blogger 2 3 tahun lepas..Yana je ketinggalan ketapi..Ramadhan tahun ni baru sempat nak menerainya..Alhamdulillah..memang sedap yer kawan2 sekalian..Yang belum cuba ikan bakar portugis ni harus cuba taw ..


IKAN SIAKAP BAKAR PORTUGIS
Resepi : CMG

3 ekor ikan pari tuka ( yana guna ikan siakap )
3 helai daun limau purut
4 camca besar cili kisar
1 kuntum bunga kantan ~ hiris halus
Sedikit minyak bawang putih ( 5 ulas bawang putih, cincang halus, goreng dalam 1/2 cawan minyak, tapis dan boleh gunakan )
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar jus asam jawa
Daun pisang secukupnya ~ layur atas api supaya lembut ~ yana guna aluminium foil

BAHAN KISAR HALUS :-
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai ~ hiris halus
1 kuntum bunga kantan ~ hiris
3 biji buah keras
1/2 cm hirisan lengkuas

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Cuci ikan dan perap dengan limau kasturi dan sedikit garam. Ketepikan. Sementara itu kita buat sambal.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masakhingga pekat. Angkat dan sejukkan.
  3. Ikan siakap dicuci kembali hingga bersih. Kemudian toskan. Ambil 2 helai daun pisang/aluminium foil. Sapu sedikit sambal atasnya, letak ikan sapu sambal atas ikan tadi dan tabur sedikit hirsan bunga kantan. Bungkus ikan tadi dan kemaskan.
  4. Kemudian bakar dalam oven hingga masak. Yana bakar dalam pemanggang ajaib. Setiap bahagian ikan yana masak 15 minit..Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.
Selamat Mencuba :-)