Tuesday, July 1, 2014

NASI LOBAK MERAH ~ menu 1 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..hari ni baru berkesempatan nak hupdate blog..tersangat lah bizi dengan tugas harian yang tak pernah habis ~~cepat masa berlalu..hari ni dah 3 Ramadan..hmm..Rasanya belum terlambat lagi untuk yana ucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung Dunia Cinta Kami..sama2 la kita memperbanyakkan lagi amalan pada bulan yang mulia ini...Azam yana Ramadan ni semoga dapat khatam Al-Quran 30 juzuk..sedih tahun lepas tak dapat nak habiskan..tinggal 3 juzuk je lagi :-(

Okess lah..kita kembali pada menu yana sefamily 1 Ramadan yang lalu..yana buat nasi lobak merah jee.. xlarat nak masak banyak2..Masak nasi lobak merah lepas tu ayam bakar, kurma telur and acar campak2 je.. Alhamdulillah..rezeki 1 Ramadan kami..kuih muih dessert pun takde..dengar je azan makan kurma lepas tu terus makan nasi ^__^


NASI LOBAK MERAH

BAHAN-BAHAN:-

6 cawan beras basmathi ~ basuh dan toskan
2 cawan lobak merah 
1/2 cawan susu cair
8 cawan air
1 kiub ayam knorr
1 sudu kecil gula
garam

BAHAN TUMIS

2 sudu besar rempah kurma
5 ulas bawang merah ~ mayang @ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih ~ mayang @ tunbuk kasar
2 cm halia ~ mayang
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar ~ racik kasar
Daun pandan ~ simpulkan

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Panaskan minyak sapi dalam Rice Cooker dan masukkan bahan tumis, bawang & halia yang dimayang serta daun pandan
  2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
  3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih
  4. Masukkan beras, lobak merah dan daun ketumbar.
  5. Alihkan periuk kedalamrice cooker dan biarkan masak seperti biasa.
  6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur
Selamat Mencuba :-)

1 comment:

tun_telani said...

selamat berpuasa kak yana cayang... tun blom petang lagi dh lembik dah..huhu.. mencabar betul puasa dgn alahan nih.. ptg2 rasa mcm nk nangis sbb xlarat.. ehh.. awat duk mencurah rasa kt sini pulak? huhu...
sedapnyer menu iftar.. tun tolong mama masak je :)