Monday, July 21, 2014

KUIH BINGKA CEMPEDAK ~ Menu 20 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang untuk bernafas hari ini..Cepat betul masa berlalu kan..Hari ni dah 23 Ramadhan..masih berbaki beberapa hari saja lagi bulan yang penuh dengan keberkatan ini..Terasa sedih sangat..Ramadhan akan meninggalkan kita..Semoga tahun hadapan kita semua dapat bertemu lagi dengan Ramadhan..

Ekceli minggu lepas dapur yana tak berasap..So, takde menu berbuka sepanjang minggu lepas..setiap hari ada jemputan berbuka puasa kat luar..Alhamdulillah rezeki Ramadhan ^__^

Untuk hari ni layan dulu kuih Bingka Cempedak..Balik kampung hari tu dapat banyak rezeki cempedak dan durian..Bila dah dapat buah cempedak ni terus je menggugel cari resepi..Hari2 makan cempedak goreng time berbuka boring jugak kan ^__^..Akhirnya berkenan dengan kuih bingka ~ kuih paling senang nak buat hihii ~~Tq Kak Fida atas resepinya..simple, senang dan sedap..para penggemar buah cempedak harus cuba resepi ni tau ~~~Yana buat 1/2 adunan dapat 2 biji guna acuan kemboja ^_^





KUIH BINGKA CEMPEDAK

BAHAN-BAHAN:-

300 gm isi cempedak*
650ml santan* ( dr 1/2 biji kelapa ) ~ yana guna santan kotak + air
2 biji telur*
240 gm tepung gandum
150 gm gula pasir ( boleh kurangkan jika cempedak manis )
1/2 sk garam
80gm mentega cair ~ yana guna minyak jagung
1/2 sk pewarna oren/kuning

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Tepung, gula dan garam di masukkan ke dalam mangkuk dan gaul rata
  2. Kisar halus santan, cempedak dan telur. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaul sebati
  3. Tuang mentega cair dan pewarna dan digaul lagi hingga sebati dan tepung tidak bergentel2
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang digris ( alas alum dan gris jika bimbang kuih melekat pd dasar loyang )
  5. Bakar hingga masak dan garing permukaan bingka selama 45 minit hingga 1jam pada suhu 170c
  6. Sejukkan bingka dan bolehlah dipotong..sedia dihidangkan
Selamat Mencuba :-)