Saturday, July 5, 2014

KUIH LOMPAT TIKAM ~ menu 3 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..akhirnya tercapai jua hasrat yana nak buat kuih kegemaran di bulan puasa~~ kuih Lompat Tikam..Suka sangat kuih nii..dah dapat makan haruslah teringat kampung halaman tercinta..rindunya nak balik~~

Okess ler..tak mau beremosi lebih2 yer..minggu depan insyaAllah dah janji dgn incik suami nak balik kampung..rasa dah tak sabar sangat nak balik..dah terbayang2 depan mata pelbagai jenis kuih kegemaran dibazar ramadhan..cepatlah masa berlalu heheee

Tq kepada Kak Azie share resepi kuih Lompat Tikam nii..Rasa macam yang beli kat pasar pasir mas jee..InsyaAllah lepas ni boleh buat lagi..tak sangka pulak anak2 pun suka..berebut2 mintak suap ^_^



KUIH LOMPAT TIKAM

BAHAN-BAHAN :-

Lapisan Hijau :
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur

Lapisan Putih : 
1 senduk leper tepung beras ( sukatan menggunung )
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah :
1 cawan beras pulut
Santan cair secukupnya

Air Gula Melaka :
1 keping gula melaka
Air secukupnya

CARA LAPISAN HIJAU:-
  1. Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.
  2. Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula2 saya kacau dengan whisk,lagi mudah. Lepas tu dah mengeras baru guna senduk kayu.
  3. Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.
CARA LAPISAN PUTIH:-
  1. Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.
  2. Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
NOTA : Lapisan putih mesti rasa masin sedikit baru sedap

CARA PULUT MERAH :-
  1. Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10 - 15 minit
  2. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak2 sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik2kan pulut supaya masak rata
  3. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.
CARA AIR GULA MELAKA:-
  1. Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. Tapis dan sejukkan.
CARA MENGHIDANG:-
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalm pinggan. Masukkan juga sedikit pulut
Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka..

Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Chekgu Azrine said...

Fuuh..lama dah tak buat nih..dulu msa belum kawen menu wajib my mom bila bulan pose..sedapnya..blhla nk buat nanti

tun_telani said...

Salam kak yana ^^ rajinnyerr..tun xpenah wat sendiri. kalau blk kg selalu gk beli. tun kalau lompat tikam ni makan part putih ngan hijau dia tu je.. pulut dia sure wat bazir. haha.. tak tau la nape, kalau beli tu pulut dia mesti rasa keras2 sikit. mmg macam tu ke, atau org kedai tu yg salah?

Ayu said...

Assalam Yana,
lompat tikam akak tak pernah makan lagi..nampak macam sedap..dia ala2 bubur som2 kot?..

Anonymous said...

wikipedia reference Learn More you could try this out Related Site click site https://www.dolabuy.su

Anonymous said...

g6o04v9d21 e3v34o7y21 j2a11a5o09 a0n66r6w74 n8m34z2v50 g6u51n1z39