Tuesday, July 8, 2014

MEE JAWA ~ menu 5 Ramadhan ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Mee Jawa hidangan kami untuk hari ke 5 puasa..Menu kegemaran suami yana..memang selalu lah buat sebab dia suka..Tukang masak pun suka jugak heheee..Tq pada Kak Chef Hanieliza share resepi yang sedapp sangat nii..jom semak resepinya ~~~


MEE JAWA
Resepi : Kak Hanieliza
Sumber cuci mata : Kak Mas @ Duniaku

BAHAN-BAHAN:-

1 kg mee kuning ~ dicelur
1/2 kg daging ~ rebus lembut dan hiris nipis
300 gm tauge ~ buang kakinya
2 tangkai daun bawang ~ dihiris
5 biji cili merah ~ dihiris
3 keping tauhu goreng ~ dihiris nipis
3 biji telur rebus ~ dibelah
3 biji limau nipis ~ dibelah
Sedikit bawang goreng

BAHAN KUAH :

1/2 kg keledek ~ direbus dan dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
5 ulas bawang merah ~ dikisar
3 batang serai ~ dikisar
sedikit halia ~ dikisar
sedikit lengkuas ~ dikisar
100gm udang kering ~ dikisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
air rebusan daging
garam dan gula secukup rasa
1 ketul kiub ayam ~ yana & Mas tambah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah dan cili kisar hingga garing dan pecah minyak
  2. Masukkan keledek yang dikisar halus tadi. Tambah air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga kuah mendidih
  3. Masukkan mee yang dicelur dalam pinggan dan letakkan bahan2 sampingan dan kemudian tuangkan kuah atas mee tadi. Sedia dinikmati...sangat sedapp ^_^

Selamat Mencuba ;-)

2 comments:

Bbwana adienia said...

wah, bestnya menu berbuka..sedap nih..

Amie said...

Oh! Yana.... kalau dekat nak je datang bawa mangkuk kosong tinggal tadah aje mee jawa dengan kuahnya banyak2!