Sunday, December 16, 2012

UDANG KAM HEONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^_______________________^

Alhamdulillah masih berkesempatan nak update blog malam ni..puteri2 dah lena diulit mimpi.. ayahandanya pulak sibuk melayan bola..ini lah masanya untuk bonda merehatkan minda sambil cuci2 mata ke dapur kawan2 yang setiap hari berasap dengan menu2 yang best semuanya ^__^

Okess..tanpa perlu berbicara panjang lebar, kita cuci mata dulu dengan menu kami hari ini.. Udang Kam Heong yang sungguh sedap hingga menjilat pinggan huhuuu ^^..Ekceli dah banyak kali yana buat resepi ni selepas Kak Amie mewar2kan kesedapannya..Adusss..betul Kak Amie cayannggg..sedappp^^..Tapi kali ni yana masak xletak cili api dan lada hitam sebab Damia join sekali makan..walaupun xletak rasa pedas kari tetap ada..

Terima kasih Kak Amie share resepi yang sedap ni..yang paling penting senang nak masak..semua bahan memang selalu ada kat dapur..Yana mintak izin share kat sini pulak ekkss..jom kita semak resepinyaaa :-)




Resepi Asal : Ketam Kam Heong ( Buku masakan selera Chef Wan )
Sumber cuci mata : Kak Amie @ Amie's Little Kitchen

BAHAN-BAHAN:-

3 ekor ketam ~ yana gantikan dgn 15 ekor udang sederhana besar
5 ulas bawang putih cincang ~ yana gunakan 2 ulas
2 sudu besar udang kering ~ yana gunakan 1/2 sb, rendam dan tumbuk kasar
2 sudu besar serbuk kari ~ yana letak 1 sb
3 tangkai daun kari ~ yana letak1 tangkai
6 biji cili padi dihiris ~ yana x letak
2 sudu besar sos tiram ~ yana gunakan 1 sb
1 sudu teh lada hitam - kisar ~ yana x letak
garam & gula ~ jika perlu
Minyak

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam/udang selama 5 minit atau sehingga masak. ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan udang kering dan goreng sehingga udang masak.
  4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
  5. Tambah sos tiram dan lada hitam dan gaul sebati.
  6. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
  7. Angkat dan hidangkan.
Selamat Mencuba :-)

Wednesday, December 12, 2012

KEK KARAMEL COKLAT MOIST KUKUS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

~1st n3 di bulan Disember ^__^..Alhamdulillah dapat juga jari jemari ku menari atas keyboard di malam yang sunyi ini ~ anak2 dh tido of cos la sunyi hehee..Kehidupan seharian yang semakin sibuk sejak bertambah ahli keluarga..takde masa langsung nak menjenguk dapur maya..Lepas n3 malam ni belum tahu lagi bila dapat kembali..Hmm..seminggu sekali nak post 1 n3 pun susah skg ni..

Apa2 pun kita layan dulu Kek Karamel Coklat Moist yang sudah hampir sebulan yana buat..Dah ramai kawan2 yang dah cuba buat kek ni..yana jer yg baru ada keberanian nak mencuba ^__^ mula2 nak buat kek ni takut juga sebab tengok punya lah panjang resepinya tapi bila dah buat sendiri takde lah rasa susah sangat..Alhamdulillah menjadi dengan sedapnya ^__^..Untuk resepi Karamel yana guna resepi Kak Anna dan kek coklat pulak macam biasa kek coklat kukus Munira Baharum yang selalu menjadi pilihan :-)

Hmm..Dah tak tau apa nak membebel..mata dah makin layu..bantal sudah memanggil..InsyaAllah panjang umur kita bersua lagii..rindu semua kawan2..Maaf banyak2 sebab yana xberkesempatan nak menyinggah ke rumah kawan2..InsyaAllah ada masa yana singgah yerrrr ^__^




KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Resepi : Kak Anna Qawina & Munira Baharum FB
Sumber cuci mata : Kak Izah @ IML

BAHAN KARAMEL:

STEP 1:
2 sudu besar gula pasir ditabur dalam loyang

STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

STEP 3:
( Bahan B )

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )

STEP 4:
Kacau perlahan semua bahan B dan tapis ke dalam loyang gula hangus tadi

STEP 5:
Bakar karamel secara steam bake pada suhu 180c selama 15 minit

BAHAN KEK CHOCOLATE MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

Satukan semua bahan dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil dikacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C
4 biji telur- pukul dgn whisk atau blend

CARA PENYEDIAAN:
Satukan BAHAN B dan BAHAN C ke dalam BAHAN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk.
Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi
Bakar secara steam bake pada suhu 180c selama sejam atau hingga masak..bergantung kpd oven masing2.
Dah masak, biar kek sejuk atau hingga kek merenggang baru diterbalikkan kek.
Sedia dihidangkan

* Note : Yana guna kaedah mengukus..kukus puding karamel 15 minit lepas tu tuangkan adunan kek coklat dan kukus selama 40 minit..siap ^__^


Selamat Mencuba :-)

Wednesday, November 21, 2012

NASI LEMAK SUSU CAIR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Tayangan menu tertunggak^^..Nasi Lemak Susu Cair ni yana buat minggu lepas lagi..1st time try buat nasi lemak guna susu cair konon2 tak nak berlemak santan..Alhamdulillah..rasa nasi lemak tetap ada walaupun guna susu cair..Ekceli penggunaan susu cair ni idea dari mama yana..Biasalah kalau dah berusia, dia tak suka sangat makan makanan yang berlemak santan..Nasi lemak ni pun yana masak guna beras herba ponni Taj Mahal..Lauk simple ajer sambal petai+ayam goreng berempah+telur dadar..sedappp :-)

Kita semak je lah resepinya..caranya sama je masak nasi lemak biasa..hanya tukar santan kepada susu cair ajerk..Yang kaler2 tu saje yana tambah sebab Damia suka sangat tengok nasi yang berkalerful..makan pun berselera ^__^





NASI LEMAK SUSU CAIR

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan beras ~ dicuci bersih
2 1/2 cawan susu cair ( yana guna dairy champ )
2 cawan air ~ ikut jenis beras
4 sb minyak zaitun ( minyak biasa pun boleh )
1/2 inci halia ~ diketuk
1 sk garam
Sehelai daun pandan ~ disimpul
Sedikit pewarna ( optional )

CARA NAK BUAT:-
  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker kecuali pewarna
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya bergaul rata
  3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna..satu warna untuk satu lubang ~ jika suka
  4. Kacau nasi disetiap bahagian warna, jgn kacau secara keseluruhan lagi
  5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan.
  6. Sesuai dimakan bersama sambal tumis, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa saja lauk kegemaran
Selamat Mencuba :-)

Monday, November 19, 2012

DONUT LEMBUT IML ^_^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Petang tadi dalam kesibukan melayan anak2~ ceewaah mcm anak ramai jer~ sempat jugak yana menguli tepung nak buat donut..hmm..rasanya dah lama yana tak menguli tepung..masa pregnant ari tu mmg malas sangat nak menguli..tengok BM pun tak nak..cian betul dia..dah hampir setahun dalam kotak..harap2 en.BM masih bernafas..risau jugak sebab dah lama tak guna..

Kembali pada citer donut..Kali ni yana mencuba resepi donut lembut lagi gebuss Kak Izah tokey kek tokey apam dot dot and skg ni tokey mcm2 crepe plak hihii..Alhamdulillah..makin berganda rezeki Kak Izah^^ Untuk donut ni Yana buat 2 adunan..saje buat banyak2 boleh frozenkan..sekarang ni slalu jer ada tetamu bertandang..ada yang frozen senang sikit nak menjamu tetamu ^_^..Pe2pun tq Kak Izah untuk resepinya..mintak izin yana share kat sini pulak yer *__^





DONUT LEMBUT IML

BAHAN-BAHAN:-

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif

3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2 - 2 1/2 sb butter/majerin

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan majerin. Uli sehingga licin atau melekat ditangan. 
  2. Biarkan doh di dalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  3. Bila doh kembang tumbuk2 untuk mengeluarkan angin dan bolehlah bentukkan donut anda.
  4. Biarkan sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  5. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat. Sedia dinikmati
PENGGUNAAN BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.


Selamat Mencuba :-)

Sunday, November 18, 2012

PANKEK DURIAN a.k.a BANTAL DURIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^

Hampir seminggu tak berkesempatan nak menjenguk blog..agak sibuk dengan aktiviti kat kampung ^_^.. InsyaAllah hujung bulan ni baru balik ke penang..dah sebulan lebih tinggalkan rumah..rindu pulak rumah yang kecil tu hihiiii..

Okess back to the menu..hmm..rasanya demam crepe durian masih hot lagi kan..Yana baru berkesempatan nak menerai..Ekceli, yana pernah makan crepe durian ni kat rumah sedara tahun lepas..mintak jugak resepinya tapi dah hilang entah kemana^^..So, percubaan pertama membuat crepe durian akhirnya berhasil walaupun terpaksa menderhaka sikit resepinya..Duk kat kampung susah nak keluar cari barang2 macam whipping cream..Terjumpa resepi Sha yang buat inti tanpa guna whipping cream..terus je buat..hasilnya tetap sedappppppp ^___^..Balik penang nanti nak buat ikut resepi 100%.. ari ni kita layan dulu pankek durian a.k.a bantal durian a.k.a crepe durian yang bersememeh nii tapi seriusssss sedappp ^^



DURIAN PANCAKE @ BANTAL DURIAN
Resepi asal : Camelia

BAHAN UNTUK PENKEK

250 gm tepung gandum
3 biji telur - Grade A
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau secukupnya


BAHAN INTI VERSI ASAL

Whipping Cream + Gula - manis ikut citarasa
Isi durian secukupnya - lumat kasar

BAHAN INTI VERSI DERHAKA

3 cawan isi durian - lumat kasar
sedikit gula jika suka
100 ml santan pekat

CARA-CARA UTK KULIT PENKEK

Blend semua bahan dan dadar nipis2 dalam non stick pan

CARA-CARA UNTUK INTI DURIAN VERSI ASAL
  1. Pukul whipping cream dan gula sampai kental ketepikan.
  2. Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipping cream dan letak isi durian diatasnya.
  3. Simpan dalam peti ais 1-2 jam sebelum dihidang.

CARA-CARA UNTUK INTI DURIAN VERSI DERHAKA
  1. Panaskan santan pekat dan gula jika suka dalam periuk.
  2. Bila dah merenih masukkan isi durian, kacau cepat2 dan matikan api.
  3. Letakkan sesudu penuh atas penkek dan lipat.
  4. Simpan dalam peti ais 1-2 jam sebelum dihidang.

Saturday, November 10, 2012

APAM GULA MERAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Petang ni yana nak jamu semua dengan kuih Apam yang sedap banget ^_*..Apam Gula Merah.. Dah banyak kali yana buat..Damia suka sangat..lembut dan gebuss mulus gitew heheee..Kali ni yana buat nak bagi mama rasa..Alhamdulillah mama cakap sedap..lembut kejadiannya..Tq Kak Yatie untuk resepi Kuih Apam Gula Merah kesukaan ramai nii..Mintak izin yana share kat sini pulak yer..jom makan ^__^



APAM GULA MERAH

BAHAN A
1 cawan gula merah*
1/2 cawan gula pasir*
1 cawan air*
2 helai daun pandan*(* dimasak dan sejukkan )

BAHAN B
1 sudu besar yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula pasir

BAHAN C
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masak bahan2 A bertanda * hingga gula larut dan sejukkan.
  2. Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Campurkan ke semua bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.( Masukkan dalam blender lagi senang )
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaul sebati, setelah sebati tutup dan biarkan perap selama 1 jam atau naik 3 kali ganda.
  5. Lenserkan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan selama 10 minit.
  6. Kukus adunan selama 40 minit dengan api sederhana kuat.
  7. Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dgn pisau tajam dgn cara seperti gergaji ke depan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat ( Yana buat dalam acuan bentuk love )
  8. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.

Selamat Mencuba :-)

SLICE CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam2 buta baru tayang cheese kek..xsesuai langsung kan (^__*)..xkisah lah..siang2 hari puan blog kebizian yang amat sangat..xsempat nak jenguk blog..apatah lagi nak merayau2 ke dapur teman2..rindunyaaa..InsyaAllah bulan depan xde kebizian dah~ ye la tuh

Sebelum dibuai mimpi indah, kita cuci mata dulu dengan Slice Cheese Cake..Yana buat untuk minum petang tadi..Suka sangat dengan kejadian kek ni..gebus mulus jerk (^_*)..Kepada teman2 yang belum menerai lagi kelazatan cheese kek ni diharapkan sudilah menerainya..pasti xde penyesalan hihiii..~ jom lah tido..mata dh layu tahap gaban *__*..jumpa lagiiii....





SLICE CHEESE CAKE
Resepi: Ros ( Onigiri@MyResepi )
Sumber cuci mata & copy paste : Hasue@I love My Life

BAHAN-BAHAN ( kek saiz 20cm )

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter @ majerin
70 gram tepung gandum ( diayak dahulu )
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Potong atau siat2 slice cheese kecil2 dan campurkan dengan susu segar
  2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi air. Kacau sentiasa.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan heese tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketul.
  6. Akhir sekali campurkan meringue je ke dalam adunan tadi dan beberapa titil esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Glis acuan kek dengan meringue dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek ke dalam acuan.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie untuk dapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. Kek ini lembut dan ringan. Tak rugi mencubanya.
Selamat Mencuba :-)

Friday, November 2, 2012

SUP KAKI AYAM PEDAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Hari ni yana nak tayang menu yang sangat lazat hingga menjilat ke tulang hihii..Sup Kaki Ayam Pedas resepi dari Kak Mas Duniaku..tersangatlah sedap bagi penggemar kaki ayam macam yana nii..12 ketul settle yana abiskan sorang ajerk..ralit betul dapat meratahnya ^_^..Pada yang tak gemar kaki ayam tuh..jeling2 je lah ekksss ^^

Tq Kak Mas dan jugak ibunya sudi share resepi superb nii tapi sorry Kak Mas..yana terderhaka sikit..Yana x goreng dulu kaki ayam tu..Yana rebus semua dgn bahan2nya..walaupun rebus rasanya tetap sedapp menyengat hehee :-)..lagi satu, yana tak tau pulak banyak khasiat rupanya kaki ayam..tau makan ajer..Nak tau khasiatnya bleh singgah kat dapur Kak Mas yer ^__^





SUP KAKI AYAM PEDAS

BAHAN-BAHAN:-

12 ketul kaki ayam
5 biji cili kering ikut pedas ~ potong 2 jer
halia ~ potong nipis2
2 ulas bawang putih ~ tak payah kopek kulit ~ basuh bersih
2 sudu besar sos lada hitam ( klu xde, sos tiram + lada hitam yg ditumbuk )
1/2 kiub ikan bilis
sedikit kicap lemak manis
Garam jika perlu
air tepung jagung secukupnya

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Basuh bersih2 kaki ayam. Mas rendam kejap dgn cuka kurma dan bilas sebersihnya, boleh juga guna tepung.
  2. Ambil towel bersih @ kitchen towel, lap kaki ayam tu hingga kering, ini untuk mengelak kaki ayam meletup masa proses menggoreng nanti.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan kaki ayam tadi, tutup periuk dan biarkan kaki ayam tergoreng hingga coklat2 sikit, tutup api dan biarkan kaki ayam tu, terus jer tuang minyak kebekas minyak.
  4. Kemudian masukkan air panas kedalam periuk yang ada kaki ayam tadi, agak2 tenggelam kaki ayam tu.
  5. Masukkan juga cili kering, halia, bawang putih, sos lada hitam ( @ sos tiram+lada hitam tumbuk ) dan kiub ikan bilis. Masak dengan api perlahan hingga kaki ayam lembut.
  6. Kemudian masukkan sedikit kicap lemak manis dan rasa. jika ok, masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau, kepekatan kuah bergantung pada selera masing2 yer..
  7. Tutup api dan boleh hidangkan..
Selamat Mencuba :-)

Thursday, November 1, 2012

KUIH BAKAR PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Petang yang indah ini jom kita jamu mata dengan Kuih Bakar Pandan..Kuih paling senang nak buat ^_^..Pagi tadi sepupu yana call nak datang umah tgk baby..xde kuih yang nak dijamu terus je fikir nak buat Kuih Bakar Pandan..senang keje..blend jer semua pastu bakar...siap!! ^_^

Tak boleh nak bebel banyak2 skg ni..Baby dah pandai nak jeles dgn ibu..tengok je ibu pegang lappy terus dia buka mata yang bolat tuh and volume pun turut berbunyi hihii..Layan Kuih Bakar ni je lah ekksss ^_^




KUIH BAKAR PANDAN
Resepi : Zana08

BAHAN-BAHAN:-

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan - sedikit bijan jika suka

CARA MEMBUATNYA:-
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blender hingga sebati.
  2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuang bahan tadi ke dalamnya.
  3. Tabur bijan jika suka.
  4. Bakar 40 minit pada suhu 180c atau hingga masak. Untuk dapatkan permukaan yang berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.
Selamat Mencuba ;-)

Monday, October 29, 2012

SOTO AYAM

Assalamualaikum dan salam Aidil Adha.........^____________^

N3 pertama bulan Oktober..Dah sampai penghujung baru dapat menjenguk ke dapur maya ni..Tersangatlah riang gembira hati dapat memegang cik lappy kembali setelah hampir sebulan berselimut dalam beg ^_*..Ekceli, yana still di kampung halaman..dah 3 minggu kat sini untuk habiskan baki tempoh berpantang ~ dah abis pantang pun ^^ Walaupun berada disamping mama tapi sedih  sebab kena berjauhan dgn Encik laling tersayang..huhuhuuu..dah 2 minggu x bertentang mata..tahun ni Aidil Adha tanpa suami..sadisnyaaa :-(

Okess..don't sedih2..krg muka cepat kedut huhuhu..kita senyum panjang2 (^_____^) walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu tahap kerinduan pada insan tersayang yang jauh dimata..kuikuii..

Moh kita layan dulu n3 pembuka bulan ini..Soto Ayam resepi Kak Yati..dah banyak kali yana buat sebab suka sangat makan soto..habis je pantang terus buat sebab dah teringin sangat nak makan walaupun ada aksesori xcukup ^^..Tahun ni jgk tak sempat nak tayang lauk pauk raya aji..tak sempat nak snap gambar pun..biasalah bizi jaga anak hihiii..pe2pun layan dulu Soto Ayam nii..Yana nak singgah umah kengkawan pulak..dah banyak resepi2 best ketinggalan.. jumpa lagiiiiii...


SOTO AYAM

BAHAN-BAHANNYA:-

Nasi impit secukupnya
1 ekor ayam - dipotong 4 ( 3 kpg digoreng dan 1 kpg dicincang kecil2 )
3 sudu besar rempah sup / rempah soto ~ yana guna rempah soto mak siti
1 ketul sup bunjut adabi
1 sudu besar lada sulah - ditumbuk lumat
1 ketul kiub pati ayam
6 cawan air atau secukupnya

BAHAN TUMIS

Rempah tumis ( 1 kayu manis, 1 bunga lawang, 2 biji buah pelaga & 2 biji bunga cengkih )
2 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 batang serai - dititik
2 cm lengkuas - dititik

BAHAN KISAR

1 biji bawang besar* 
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*

Bahan untuk tabur dan di makan bersama nasi impit

1 mangkuk kecil tauge
1/2 cawan kacang tanah - digoreng
1 paket kecil suun - digoreng
sambal kicap secukupnya 
2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng
Garam dan sedikit gula

CARA PENYEDIAANNYA:-

  1. Kisar halus bahan yang bertanda *
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yang dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bawang merah dan bawang putih yang dihiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
  4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam. Masukkan air dan ayam yang dicincang tadi. Gaul rata.
  5. Masukkan sup bunjut.
  6. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau rata.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah dihidang bersama nasi impit.
  8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.

Selamat Mencuba ;-)


Friday, September 28, 2012

BUBUR SOM SOM PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ^_^

Sekali lagi bersiaran di tengah2 malam di kala semua orang sedang lena diulit mimpi :-)...Tak mau cakap banyak kita terus je ke n3 tertunggak ^_^..Bubur Som Som Pandan yang dibikin pada bulan puasa lagi.. 1st time yana buat untuk berbuka dan terus jatuh cinta..sedap rupanya bubur som som pandan nii..rugi xmencubanya dari awal..

Kita tak payah cerita banyak pasal menu ni ekksss sebab dah ramai kawan2 blogger yang dah tahu kesedapnnya..yana ajer yang baru buat and baru tau rasanya ^^..Tq Kak Fida share resepi ni..sedap sangat..mintak izin yana share kat sini pulak yer :-))


BUBUR SOM SOM PANDAN

BAHAN-BAHAN;-

100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1600 ml santan ( 500ml KARA + air )
100 ml air pandan ( atau 100 ml air + pandan pes )
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau ( opt )

SIRAP GULA MELAKA:-

500 gm gula melaka
1000 ml air
3 helai daun pandan - disimpul

CARA MENYEDIAKANNYA ;-
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis. Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk dan gaul rata. Masak hingga pekat dan kilat hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Selamat Mencuba ;-)

Thursday, September 27, 2012

NASI LEMAK HIJAU ~ N3 TERTUNGGAK ^_^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Tengah malam buta yana tayang Nasi Lemak Hijau..xsesuai langsung kan hihi..xpe lah..bleh juga buat cuci mata sebelum tido ^^

Nasi lemak pandan ni yana buat masa bulan puasa lagi..punyer lah lama baru boleh post kat sini..nak buat macam mana..keadaan tidak mengizinkan ketika itu..ada 3 4 menu tertunggak lagi yang sedang menanti..semua menu masa bulan puasa hihiii ^^..malam ni kita layan dulu dengan Nasi Lemak Pandan resepi dari sifu masak kita CMG..dah banyak kali yana buat..suka sangat bau wangi daun pandan..moh kita layan je la ekkss.. ^^

~ayam golek beli jer tuh ^_*

NASI LEMAK PANDAN
Resepi : CMG@Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHAN:- ( yana bt 1/2 je dari bahan ni )

4 cawan beras Basmathi ( cuci dan rendam 20 minit & toskan ) -yana guna beras biasa jer
1 biji kelapa parut 
10 helai daun pandan ( kerat kecil2*)
1 cawan air* (*dikisar halus )
2 batang serai ( dititik )
1 helai daun pandan ( disimpul )
1 inci halia ( diketuk)
3 ulas bawang putih ( diketuk )
5 biji bawang merah ( hiris halus )
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga* (*rempah tumis)
1 camca serbuk lada hitam
Sedikit garam

BAHAN SAMPINGAN :-

Sambal tumis udang ( yana bt sambal tumis bilis je )
Hirisan timun
Tomato ceri/plum
ikan/ayam goreng
Telur dadar



CARA NAK BUAT:-


  1. Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 6 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
  3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
  4. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. 
Selamat Mencuba :=)

Wednesday, September 26, 2012

CHICKEN POT PIE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Hari ni xde menu pantang..kita layan je Chicken Pot Pie yang dah berapa kali di ulang tayang..Chicken Pot pie ni bukan yana yang makan tau tapi untuk hubby dengan damia jer..Yana buat untuk bekpes..nak abiskan stok pastry puff yang dah hampir xpired..Inti pulak yana campak2 je apa yang ada dalam esbox..semua nak abiskan stok yang ada ^_*..

Layan je lah pic yang xmengancam nii..xsuka nengoknya..hummm..xpe lah janji bleh update jugak blog ni kan kan kan..^_^




CHICKEN POT PIE

BAHAN-BAHAN:-
150 g daging ayam, cincang halus
1 biji bawang besar ~ didadu
2 ulas bawang putih *
1/3 inci halia * (* tumbuk halus )
1/2 camca teh lada hitam biji ~ tumbuk halus ( yana xletak, abis stok )
2 helai bay leaf ( yana xletak, xde stok )
1/2 cawan susu sejat 
1/4 cawan air
Carrot 
keju Mozarella ( kali ni yana xletak xde stok )
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun utk menumis
5 keping pastry puff jenama kawan, bersaiz 4 inci x 4 inci, biar pd suhu bilik
Kuning telur, utk disapu
Bijan utk ditabur




CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bay leaf hingga bawang layu. Tambah bawang putih + halia tumbuk tadi. Masukkan daging ayam, kacau rata. Tuang susu dan air serta lada hitam, kacau dan bila mendidih tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api, tak payah masak hingga kering. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping puff pastry, tabur sedikit tepung pad meja kerja. Lenser ramekin tadi dengan sedikit mentega, alas ramekin tadi dengan sekeping puff pastry, tekan2 sedikit dan kemaskan.
  3. Isi dengan no.1 sebanyak 1/5 bahagian, kemudian kemaskan. Sapu kuning telur dan tabur bijan. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190c, selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidang..
Selamat Mencuba :-)