Monday, November 19, 2012

DONUT LEMBUT IML ^_^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Petang tadi dalam kesibukan melayan anak2~ ceewaah mcm anak ramai jer~ sempat jugak yana menguli tepung nak buat donut..hmm..rasanya dah lama yana tak menguli tepung..masa pregnant ari tu mmg malas sangat nak menguli..tengok BM pun tak nak..cian betul dia..dah hampir setahun dalam kotak..harap2 en.BM masih bernafas..risau jugak sebab dah lama tak guna..

Kembali pada citer donut..Kali ni yana mencuba resepi donut lembut lagi gebuss Kak Izah tokey kek tokey apam dot dot and skg ni tokey mcm2 crepe plak hihii..Alhamdulillah..makin berganda rezeki Kak Izah^^ Untuk donut ni Yana buat 2 adunan..saje buat banyak2 boleh frozenkan..sekarang ni slalu jer ada tetamu bertandang..ada yang frozen senang sikit nak menjamu tetamu ^_^..Pe2pun tq Kak Izah untuk resepinya..mintak izin yana share kat sini pulak yer *__^





DONUT LEMBUT IML

BAHAN-BAHAN:-

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif

3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2 - 2 1/2 sb butter/majerin

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan majerin. Uli sehingga licin atau melekat ditangan. 
  2. Biarkan doh di dalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  3. Bila doh kembang tumbuk2 untuk mengeluarkan angin dan bolehlah bentukkan donut anda.
  4. Biarkan sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  5. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat. Sedia dinikmati
PENGGUNAAN BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.


Selamat Mencuba :-)

3 comments:

tun_telani said...

salam kak yana cayangg ^^ sedap sgt2 donat nih!! tun pun buat 2adunan masa kt kampung aritu, wat donat n pau goreng.. lembut dan gebus.. tp xamik gambo sbb xbawa balik kamera.

zila norazila said...

yana..donat mantapp tue.akk kurang rajin smjak dua mjak nie nk mguli..BM pun x ada..he hhee alasan kan..dah lama btl x buat donat..kkdang teringin btl nk makan hasil buatan sndiri..:)

Amie said...

Memang nampak sangat donut lembut gebu! Mahu makan sampai 3 ketul ni Yana....