Thursday, November 1, 2012

KUIH BAKAR PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Petang yang indah ini jom kita jamu mata dengan Kuih Bakar Pandan..Kuih paling senang nak buat ^_^..Pagi tadi sepupu yana call nak datang umah tgk baby..xde kuih yang nak dijamu terus je fikir nak buat Kuih Bakar Pandan..senang keje..blend jer semua pastu bakar...siap!! ^_^

Tak boleh nak bebel banyak2 skg ni..Baby dah pandai nak jeles dgn ibu..tengok je ibu pegang lappy terus dia buka mata yang bolat tuh and volume pun turut berbunyi hihii..Layan Kuih Bakar ni je lah ekksss ^_^




KUIH BAKAR PANDAN
Resepi : Zana08

BAHAN-BAHAN:-

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan - sedikit bijan jika suka

CARA MEMBUATNYA:-
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blender hingga sebati.
  2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuang bahan tadi ke dalamnya.
  3. Tabur bijan jika suka.
  4. Bakar 40 minit pada suhu 180c atau hingga masak. Untuk dapatkan permukaan yang berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.
Selamat Mencuba ;-)

8 comments:

Amie said...

Dah masuk dapur ye Yana... memang yana pakar betul kalau buat kuih bakar pandan nih, baunya sampai ke rumah Kak Amie tau...

dZana said...

lama dah akk tak buat kuih bakar.. huuu.. terbau2 pulak dah.. tq yana sudi cuba rspi akak..

mama sara nur said...

sedapnya...suka bau pandan tu wangi kan, kuih ni jg feberet en suami

Mas Sani said...

rajin betul yana nie... :)

Sheila Shafeareen said...

salam zana harap sihat...sdp kuih ni mkn di waktu petang...dap pulak yg garing2 kat atas tu....penyediaan pun senang...

Sofea said...

Kuih fav akak ni, dh lama x buat..rajin la Yana nii. ;)

Dunia cinta kami said...

Awak napa saya buat tengah kueh ni tak masak?
Bahan saya ikut sama tapi tak jadi;-(

Kady said...

Awak napa saya buat tengah kueh ni tak masak?
Bahan saya ikut sama tapi tak jadi;-(