Monday, July 9, 2012

KUIH SERI MUKA

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua pengunjung..terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi singgah ke umah kecik yana yang biasa2 ajer nii ^_^..Okess, untuk permulaan hari baru di minggu yang baru kita cuci mata dulu dengan menu yana petang semalam..Kuih Seri Muka..gembira di hati  bukan kepalang kerana 1st time buat kuih feveret ni jadi dengan jayanyaa hahaaa..rasanya ini percubaan kali ke 4..baru elok kejadiannyaa..suka yang teramat sangat ^_^

Sebelum ni kalau buat kuih seri muka memang tak berseri..mcm2 jadinyaa..nak tayang kat sini pun malu hihiii..pe2pun memang puas hati dapat makan semalam sampai angin satu badan..hahaa..Dah tau badan kita xleh makan pulut banyak tapi nak jugak makan..Lepas tu terima lah akibatnyaa..sampai skg masih terasa deruan angin timur laut dalam badan..maunya 2 3 hari baru ilang sepenuhnyaa hehee..

Panjang lebar pulak coretan di pagi ini..bukan ada yang gempak pun..saje nak citer kegembiraan dah berjaya buat kuih feveret nii..hmm...umo dah 30 baru pandai buat kuih nii..mesti ada yang gelak kan kan kan ^^..


KUIH SERI MUKA

BAHAN-BAHAN:-

Bahan Lapisan Bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak

Bahan Lapisan Atas:-
120gm tepung gandum
2 sm tepung jagung
140 gm gula
3 biji telur
450 ml santan pekat
1/2 st garam
300 ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan ( bg yg tak mudah nak dapatkan daun pandan..boleh ganti dgn 1 st pandan paste ) ~ yana guna pandan paste ajer

CARA NAK BUAT:-

Untuk Lapisan Bawah:-
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20 minit.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlu lama2..sekejap pun boleh.
  4. Satukan semua bahan2 didalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yang telah mendidih selama 20-30 minit.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dengan lapisan atas.
Untuk Lapisan Atas:-
  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit jer pun boleh.
  2. Masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dengan air pandan dan dipukul/dikacau lagi.
  3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dalam aduna tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus.
  4. Sekali lagi dengan kukusan dan denga perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus selama 45 minit @ 1 jam.
  5. PERINGATAN..kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan. 
Selamat Mencuba :-)

9 comments:

zila norazila said...

wahhh pagi2 ada kuih sri muka..akk nk tumpang sarapan kt sini lah..dh lama x makan..cantik la yana..akk x pernah buat lg tau..:)

~~zana@pb~~ said...

hari tu akak mkn serimuka kat satu kedai, alamak ai...tak sedapnya..
lama tak buat serimuka, tengok yana buat ni rasa mcm nak buat pula.

quinnie said...

elok cantik kuihnya yana...kita pun dah besar panjang baru tau buat kuih..dulu2 beli je..kekekek

Sari Yusa Ibrahim said...

cantiknya kuih seri muka Yana, berseri2 macam org yg membuatnya, mesti sedap!

Amie said...

Memang cantik berseri seri mukanya tu Yana. Tak apa Yana, jangan malu, proses pembelajaran tu sepanjang hayat, makin banyak yang kita hau, rupanya banyhak lagi yang kita tak tahu he he hehh

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, sedapnya kalo dapat 2 potong kuih seri muka ni, cantik je kuih ni, akk pun suka mkn kuih2 yg ada pulut mcm ni, nyumm2 sedapnya. Yana sihat>?

Yatie said...

sedapnya kuih serimuka ni, inilah kuih kegemaran akak..waduhhhhh terliur yg amat sangat tngk kuih mcm ni..

Kesuma Angsana said...

cantik n mesti sedap kan! warna hijau tu yg mahal I like sgt2

MulutPayau said...

Assalamualaikum Yana...
Salam kenal...
sedapnya...akak memang suka kuih ni...tapi tak pernah buat sndiri...