Saturday, July 28, 2012

BUTIR NANGKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..pagi 8 Ramadhan yang indah ini jom kita layan dulu manisan fofular di klate..Butir Nangka..salah satu feveret yana pada bulan puasa..harus makan kalau blk klate ^^..Semalam masa p bazar mata duk menjeling jeling cari kuih feveret kot2 ada..tapi kecewanyaa..memang xde langsung kuih muih tradisional klate..maka terpaksa lah gagahkan diri buat sendiri..petang semalam menjadi jugak buat Butir Nangka untuk berbuka bersama damia..huhuu..bukan main epy lagi dia dapat main dgn tepung hihii..

Okey ler..kita semak je resepi dari Yana@Myresepi..bukan Yana Shaiful punyer resepi tau ^_^..tak leh nak membebel banyak2..makin xselesa nak duduk lama2 ngadap cik lappy..maklum je laa..perut dah makin memboyot..kena baring baru okey..Baby aktif sangat..asyik kena tendang jer hihii..kalau duduk lama2 terasa sakit sampai ke dada..sabo je lahhhh ^__^..Jom layannn


BUTIR NANGKA
Resepi : Yana@Myresepi

BAHAN-BAHAN:-
4 cawan  tepung beras pulut
Air
Sedikit kapur makan
Secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan

BAHAN UTK KUAH;-
Santan dari setengah biji kelapa
Gula
1 sudu makan halba
Garam
Daun pandan

CARA NAK BUAT:-

  1. Masukkan sedikit air dalam bekas, masukkan sedikit akapur makan bersama secubit garam serta pewarna. Kacau..
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul.
  3. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Tambah air ikut keperluan.
  4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh uang telah digentelkan..bila masak ia akan timbul..
  5. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas berisi air.
  6. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan ke dalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. Bila dah siap bolehlah dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. Sedia untuk dihidang..
  8. Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. Begitu juga dengan halba. Boleh ditambah sukatannya kalau suka..

Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Azie said...

As salam. My feveret too. cantik jer kejadiannya

Mas Sani said...

hui..sedap tu...mesti rasa kenyal2 masa mengunyah kan..bestnya hehehe

Nuwairani Ismail said...

inilah projek menggentel dengan mia ye...sedap butir nangka. nak kena buat sendiri baru boleh merasa.

EmbunRosaliza said...

yana butir nangka ni kesukaan anak akk yg darjah 1, hari2 tanya ada tak kuih ni, ingat hari ni nak buat lagi