Tuesday, July 17, 2012

KUETIAW HAUFAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..malam hampir menjelma tuan umah baru dapat memunculkan diri..kebizian melanda hari nii..banyak keje umah perlu disetlekan..petang esok nak balik kampung En.Hubby pulak..next week baru kembali ke home sweet home..En.hubby nak sambut 1 Ramadhan di rumah ibunya..kita ikut je laa..nak balik kampung kita kena tunggu raya..huhuu..lambat lagi..dah rindu sangat kat my lovely mama ^^

Apa2 pun kita layan dulu menu lunch kami tadi..Semalam En.hubby request nak makan Kuetiaw Haufan..katanya dah lama xmakan..dulu slalu jugak yana buat resepi best Kak Mas ni cuma tahun ni jer belum berkesempatan nak buat lagi..banyak sangat list resepi baru dari kawan2 sedang menunggu turn utk diterai ^^..okes..jom kita cuci mata dulu




KUETIAW HAUFAN
Resepi : Kak Mas Duniaku

BAHAN A
500 gm kuetiaw
3 sudu besar kicap campur
sedikit minyak utk menumis

BAHAN B  
3 cawan stok ayam ~ klu xde, air biasa pun boleh
1 pokok sawi ~ basuh dan potong2
12 ekor udang
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kicap campur
2 biji telur
sedikit lada sulah

CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( klu suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
  2. Masukkan stok ayam dalam periuk, apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayan, udang dan sawi. Apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur ( kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), Kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung ( kalau suka pekat boleh letak lebih ) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah, kacau lagi. Apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur ke dalam kuah tadi dan tutup api.
  3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang ke atas kuetiaw yang digoreng tadi. Tabur lada sulah di atasnya. Sedia utk dimakan.


KICAP CAMPUR
Resepi : Kak Mas Duniaku

BAHAN-BAHAN:-
1 cawan kicap pekat
1 cawan kicap cair 
1 cawan sos ikan
1 cawan sos tiram
1/2 cawan gula
1/2 cawan garam
1/2 cawan ajinamoto~ boleh letak sikit @ xletak pun xpe

CARA NAK BUAT :-
  1. Masukkan semua bahan yang telah disukat tadi ke dalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau diatas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur dalam bekas dan simpan di dalam peti.
  2. Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedap jugak dibuat ayam masak kicap..
Selamat Mencuba :-)

~~~~SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK SEMUA..INSYAALLAH.. UMUR PANJANG KITA JUMPA LAGI........~~~~~

6 comments:

Nuwairani Ismail said...

2 kali nani baca tajuk entry ni. ingatkan kuetiaw taufan. hihih...dah lama nani tak makan kuetiaw. kat sini susah nak jumpa kuetiaw.

Mas said...

sedappkan yana kuetiaw haufan nie...
kak mas pun dah lama tak buat...
terliur lak nengok kuetuaw haufan yana tu...
tima kasih sudi mencuba kuetiaw haufan nie..

zila norazila said...

salam yana..alahaii sedapnya..dh malam2 bru sempat BW nie..kicap campur tu apa yana..kicap biasa kew?..nnt jwb kt blog akk yer.:) akk nk try la..nampak sedapp sgt:)

tun_telani said...

kak yana cayang.. xkisah la kg hubby atau kg sendiri.. asal dpt puasa kt kg... (uwaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! nk balik kampungggg!!!!!)

ps: encik hasben tun ni kannn.. tiba2 kan duk sebut2 mee rebus, mee bandung, mee jawa... adoiiii.. tu sah2 dh tu kasi hint jelas n nyata dia nk makan.. [mode busy jd masak cincai2. uhuk uhuk]

quinnie said...

aduiii sedapnya...lama tak buat juga...rasa nak buat stok kicap campur utk bulan puasa ni...hehhehe

Kesuma Angsana said...

best nyer, nampak sedap, leh KA cuba bulan pose nnti utk juadah berbuka!