Wednesday, July 25, 2012

NASI ARAB

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Alhamdulillah dipanjangkan usia lagi untuk kita bersua di alam maya..Hari ni dah 5 Ramadhan..cepat betul masa berlalu..Semoga yana dan kawan2 semua terus sukses dalam mengerjakan ibadah pada bulan yang penuh dengan keberkatan inii..

Okess, kembali pada menu sahur yana tadi..huhuuu yana sahur dengan Nasi Arab..orang lain berbuka dengan Nasi Arab tapi yana sahur pulak hihiii..Ekceli, yana tak makan nasi time berbuka..sahur baru terkontang kanting masak nasi..Alhamdulillah..kenyang sangat..Nasi Arab ni sangat simple dan senang nak buat..Yana juz makan bersama acar mentah campak2 jer tp still sedapp dan menyelerakan^^~ayat org lapar..Tq pada Tun yang berjaya menggoda diri ini utk menerainya dan tq jugak pada tuan empunya resepi Chef Hanieliza serta Kak Nor dan Kak CM atas perkongsian resepi nasi yang simple niii..moh kita cuci mata dulu ^__^





NASI ARAB
Sumber cuci mata : Tun Telani, Kak CM

BAHAN-BAHAN:-

1 kg beras basmathi ~ cuci dan rendam sekejap dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam ~ potong kecil
3 biji cili merah ~ yana xletak
3 biji cili hijau ~ yana xletak
1 pokok daun saderi ~ potong
1 pokok daun ketumbar ~ potong
3 tbsp minyak masak
5 tbsp minyak sapi
2 tbsp serbuk jintan manis
1/2 serbuk jintan putih
Garam
Gula
1 ketul kiub ayam

BAHAN-BAHAN TUMIS

5 ulas bawang merah ~ cincang
3 ulas bawang putih ~ cincang
1 labu bawang besar ~ cincang
3 cm halia ~ cincang
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

HIASAN

Badam ~ goreng sekejap ~ yana xletak xde stok
Kismis ~ goreng sekejap ~ yana xgoreng
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Kacang peas ~ yana xletak..xigt ^^

CARA NAK BUAT :-

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga naik baunya.
  2. Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih yang dibancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan cili merah, cili hijau, daun saderi, daun ketumbar, ayam, garam, gula dan kiub pati ayam. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
  4. Akhir sekali baru masukkan beras. Masak seperti menanak nasi biasa. Hias dengan badam, kismis, daun bawang, daun sup dan tabur sedikit bawang goreng.
Selamat Mencuba :-)

10 comments:

Mas said...

salam yana...
sedapnya tengok nasi arab tu..
rasanya kak mas pun dah try..
memang best..

rahel said...

Salam Yana..
rindunya nak mkn nasi arab..tapibelum terbuat-buat lg..nak tumpang mkn kat sini je la..

Qhaifa Nur said...

salam yana...
samalah kita buka tak makan nasi.....
tengok nasi arab ni sangatlah sedapnya.....

nOOrsha said...

salam yana..kemain lagi menu nasi arab..sedapnye..menyelerakan tul :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam yana... slmt berpuasa yana...
akak jugalah yt belum try lgi resepi nasi arab ni.... entah bila ada kerajinan & kesempatan utk mencuba... nampak sedap tu...

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, sebenarnya nasi arab ni mkn ngan lauk apa ya, atau ayam yg di msk ngan nasi je tu..rasa mcm nak buat, tgk rumah tun hari pun dh tergoda, tapi x tau nak ganding ngan lauk apa, terliur dh ni

tun_telani said...

Salam kak yana cayanggg..... ghajinnyer masak time sahurr!! tun sahur just panaskan lauk berbuka utk laling tun, tun makan corn flakes. hihi

Nuwairani Ismail said...

kak tun sahur ala2 western gitu...huhuh.. nani tak pernah buat sendiri nasi arab. selalu kalau tengok nasi yang tumis2 ni rasa macam susah je. ntah bile la nak belajar2 buat sendiri ni.

zila norazila said...

salam yana,
akk pun nk cuba jgk la..he hee tunggu hari cuti la nnt..kami berbuka pun ala kadar jew x sempat nk masak best2..:)

quinnie said...

aduiii kita pun tergoda gak tengok si tun buat nasi arab ni hari tu...tapi kerajinan tak sampai lagi ler..heheheh