Tuesday, July 10, 2012

GYOZA kerr niiii ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^^..pagi ni nak tayang menu bebuka puasa semalam..Alhamdulillah..dapat jugak mencuba Gyoza yang diimpikan walaupun kejadiannya xde laa secantik seperti kawan2 lain yang dah buat ^^..xpe lahh..janji ada jgk rupa gyozanyaa hihii..org lain berdumpling kita pun nak berdumpling jgk~~~~

Yana makan gyoza ni dgn sambal kicap jer tapi mmg sedapppp tak terkata bila dapat gigit cili api..fuhhhhhhhh..pedas yg nikmat hahahaaa ^_^...Layan je lah pic yang xseberapa niii..main snap jer sebab dahh time berbuka...Tq pada kawan2 yang memperkenalkan resepi gyoza nii.. slalu tgk org makan dalam tv jerr..kita kat luar ni dah telan air liur tgk dowang makan..mcm best jer tapi mmg best..lepas nii bleh buat lagii..resepi sihat niii..i likeeee !!!


GYOZA
Resepi : Kak Hana
Sumber Cuci Mata : Tun Telani, Kak Ros, Kak Sheila, Nani

BAHAN-BAHAN:-

Untuk Skin
250 gm tepung gandum
1/2 - 3/4 cawan air sejuk - ader setengah resepi guna air panas, ada setengah campuran sejuk + panas
1/4 sk garam
Extra tepung gandum utk canai
1/2 sudu kecil baking powder ( Puan Ros tambah )

Untuk Inti
250 gm daging kisar/ayam/udang ( P.Ros guna 200 gm daging hancur )~ yana & Tun guna ayam
1/2 genggam daun kucai ~ potong kecil ( P.Ros & yana ganti dgn daun bawang )
50 gm kubis ~ cincang dadu halus
1 sudu makan halia parut
2 sudu makan bawang putih parut
1 sk minyak bijan ( P.Ros guna dlm 1 1/2 sudu )
1 sk gula
1/4 cawan bawang besar ~ potong dadu
Daun negi - jika suka ( x msk ~ xtau apa nih ^_^ )
Garam & pepper
P.Ros masukkan 1 sudu kecil tepung jagung ke dalam adunan filling ~ Yana & Tun msk jgk
1 sm tepung jagung/katakuriko + air ~ bancuh utk stim gyoza ( P.Ros stim guna air tnpa tepung jagung~ yana pun )
Tun tambah shredded carrot and mushroom ~ yana tambah jgk
Tauhu ~ goreng kejap lepas tu dadu kecil ~ yana tambah

CARA NAK BUAT:-

  1. Untuk membuat skin - uli semua hingga elastik ( P.Ros rehatkan selama 10 minit dan tutup mangkuk dgn tuala lembab. Taburkan tepung gandum di atas papan canai. Canai nipis kemudian terapkan dengan cutter atau muncung gelas/cawan. Buat sehingga habis dan taburkan dengan tepung jagung/ubi ( hana guna tepung gandum jer) supaya setiap keping tidak melekat antara satu sama lain ~ Yana & Tun guna ready made dumpling skin
  2. Untuk Inti - campurkan semua bahan inti sebati. Ambil sekeping skin gyoza dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI atau boleh guna acuan gyoza.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. susun gyoza tuang air bancuhan tepung jagung ( boleh juga guna air biasa sahaja ) kemudian tutup kuali tersebut. Biarkan sehingga air kering dna bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan. Hidangkan dgn sos gyoza.
  4. Nota dari chef Jepun : stim dahulu baru masak hingga kering utk mengelakkan gyoza 'kotor' bila tuang air kemudian.

Nape ekk dumpling skin yg ni jd kaler kuning..hmmm.. 
Selamat Mencuba :-)

10 comments:

Anonymous said...

wa hebatnyer ! leh join Master Chef musim baru nnti hehe

Zalieda Zaliedana said...

Wah sedapnyer yana...ct xpernh g wat sendri..dumpling skin yana bli katner,jis yg liat ke lembut yana..ct duk bertagak nk beli takut skin dia liat ,klo lmbut nak gak beli...msti best sgt bils cicah ngan smbal kicap,nak2 lak bila tergigit cili api,fuhhh maunyer berasap tinga,hehe..

Sariyusa said...

Yana, beriya hari tu Tun Telani tag akak gambar skin gyoza ni, sampai skrg tak beli2 skinnya, hehe.

zila norazila said...

pernah tgok kt dapur tun..ramai yg dah cuba..akk jew x terbuat2 lg nie:)

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum yana harap sihat heheh dah jatuh cintan yeee hehehe sdp kan kenyang dpt 6,8 ketut...hari ni akk buat lg...ank bujang akk mmg suka...mamanya lagi suka bagat hehhehe

rahel said...

gyoza memang sedap banget...dah berapa kali mkn kat rumah kawan...tapi Rahel sendiri belum pernah buat lagi..

Norzie hany said...

Sis pun belum pernah buat sendiri....nampak sedap la Yana.

Amie said...

Good try! Sekurang-kurangnya Yana dah cuba buat, kak Amie memang teringin sangat nak makan tapi belum lagi terbuat2...

Nuwairani said...

sedapnya gyoza!!! dah buat sekali, pastu tak buat dah...takde kerajinan sungguh.

quinnie said...

aduii bikin i terliur tengok gyoza ni yana...nak cuba buat lama dah tapi duk peram resepi je..huhuhu