Tuesday, July 31, 2012

KUIH BAKAR LABU BERMADU

Assalamualaikum dan salam 11 Ramadhan..hmm..tibe plak blur nak membebel hari ni ^^.. Kita terus je ke resepi pilihan..Semalam yana buat Kuih Bakar Labu Bermadu resepi Ros Jintan Manis..Labu pemberian MIL 2 minggu lepas lagi tapi xtau nak buat apa..So, kita jadikan puri dulu..Tq pada dik Tun Telani yang share cara nak buat puri labu..bleh simpan labu lama2 dlm frezeer^^

Tapi kan kuih bakar labu yana ni agak gelap huhuu..kenapa yee..yana agak sebab letak sugar brown..masa tengah bakar tu duk imagine kaler kekuningan yang cantik macam Kak Sue, Ros dan jugak Tun buat..sekali keluar oben hamekkaw kaler gelap..kuikuii..xpe lah..janji sedap dimakan..dah abis pun...yana buat 1/2 adunan jer mcm Kak Sue..makan masa suam2 gitew mmg besttt..terasa kelemakkannya..





KUIH BAKAR LABU BERMADU
Sumber cuci mata : Kak Sue @ I love My Life

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
350 ml santan
1 1/2 cawan labu yang dilenyek ( anggaran 180 gm )
2 sudu besar madu organik borneo ( guna madu lain pun xpe ) ~ yana guna madu biasa ajer
3/4 cawan gula ~ yana guna brown sugar
sedikit bijan untuk topping
1 sudu kecil serbuk cinnamon ( kayu manis )
2 sudu besar minyak masak

CARA NAK BUAT :-

  1. Masukkan tepung, gula, telur, santan, minyak masak dan madu di dalam blender ( pengisar ) dan blender hingga semuanya sebati.
  2. Kemudian masukkan labu yang telah dilenyek tadi bersama serbuk cinnamon, blender lagi sehingga semuanya sebati dan tidak berketul.
  3. Alaskan loyang bulat dengan kertas minyak dna gliss tepi loyang dengan marjerin, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di atasnya, akhir sekali bakar pada suhu 180c selama 1 jam atau hingga permukaan kuih menjadi perang.
  4. Sejukkan dulu baru dipotong, sedap dimakan bila2 masa dan pasti menyelerakan.
NOTA: Hasue buat separuh adunan, letak 200 ml santannya, tambah 1 sudu besar susu cair dan tambah labu yang sudah dilecek hanya setelah bahan2 lain dikisar.

Selamat Mencuba :-)

6 comments:

Asyifa Mustaffa said...

wa....mmg sedap nie...!

Kesuma Angsana said...

tq2 mesti cuba ni, selalu wat koci labu je

EmbunRosaliza said...

ASsalam yana, dari semlm lagi nk tgk mee racun, tp x sempat pulak.

Sukanya akk ngan bingka2 ni, agaknya labu yana kaler kuning emas tu kut sbb tu jadi mcm tu, tapi akk suka kaler gelap2 mcm ni heheh, sedapnya

quinnie said...

lamanya tak makan bingka...dulu2 rajin beli time bulan pose...bahulu kemboja...:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam yana..pasni leh la masak kuih bakar dlm pemanggang ajaib tu..pizza pon blh masak dlm tu gak!

Mas Sani said...

dpt akk bygkan akan kesedapannya :)