Sunday, July 15, 2012

KEK CARROT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Dah 4 hari xjenguk dapur maya kesayangan nii..kepenatan + masalah kesihatan melanda diri = tido lagi bagusss ^__^..hari ni baru berkesempatan nak menyelongkar dapur..boring asyik mkn tapau jer..lunch for today simple2 ajer..masak apa yang ada dlm esbox.. minggu ni x p shoping barang dapur pun..males sangat nak keluar jalan2 cuci mata..InsyaAllah..nanti kena keluar jugak sebelum Ramadhan menjelma..esbox mst kena penuh dengan segala keperluan ^__^

Pukul 4 petang tadi tibe jer En.hubby bersuara nak makan kek..zassss sepantas kilat isteri mithali ni masuk dapur selongkar barang..huhuu..dari minggu lepas lagi plan nak try buat kek carrot tapi ada masalah kesihatan pulak..hmm..apa2 pun hari ni menjadi jugak kek carrot yang simple mimple nii..walaupun kejadian kek ni agak padat tapi tetap sedapppppp..dapat makan yang suam2 kuku rasa xcukup satu loyang ^^..jom kita semak jer resepinyaa..macam biasa yana buat 1/2 adunan jerr..dapat lah kek yang bersaiz kiut miut gitew ^_^


KEK CARROT
Resepi : newbie123

BAHAN-BAHAN:- ( yana buat 1/2 adunan ajer )
2 1/2 cawan parutan carrot ( lebih kurang 3 batang carrot )
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih ( yana guna brown sugar )
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh teh serbuk buah pala ( nutmeg ) ~ yana xltk xde stok
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan @ walnut yang dicincang ~ yana ltk badam cincang

CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan oven 185c. Sapukan minyak pada tin kek.
  2. Campurkan tepung, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati ( tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah pukul lama-lama ). Setelah sebati masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sebati.
  5. Masukkan vanilla, parutan carrot dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam..ikut saiz tin kek jugak..tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test sekali sekala, cucuk lidi. ( yana bakar 40 minit )


Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Amie said...

Pelan-pelan Yana, bawa-bawalah berehat ye...
Kak Amie pernah sekali buat kek carrot, tapi bubuh coklat he he hehh

Norzie hany said...

Sedapnya kek carrot....teringin nak makan tapi tak rajin nak membuat.

Nuwairani Ismail said...

kak yana!!! nani baru buat kek carrot minggu lepas.letak cream cheese untuk topping. tak puas pulak makan. rasa macam nak kena buat lagi je...

rahel said...

Wah...nampak byk carrotnya kek itu..sedapnya..

zila norazila said...

salm yana ,kek nie la yg akk x terbuat2 lg..teringin nk buat sblm puasa nie..he hehe tggu kerajinan mjelma:)nampak sedap la yana:)