Sunday, July 29, 2012

TELUR MASAK KICAP LADA HITAM

Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadat puasa buat semua pengunjung ^^..Hari ni dah 9 Ramadhan..Alhamdulillah..Allah SWT masih memberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk yana menjalani ibadah puasa dan menambah saham akhirat InsyaAllah dengan sempurna..Moga kawan2 semua juga begitu..bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan ^^

Mood nak masak untuk sahur agak kelautan hari nii..penat kot bercatwalk dengan en.hubby & damia shopping baju raya ^__^..Semalam punya lah plan nak buat nasi tu la nasi ni la..last sekali jadi lauk telur ajer huhuuu..Xpe lah..janji en.hubby makan dengan seleranya..Dah boring asyik layan ayam je tiap ari nii..Untuk sahur tadi yana juz masak Telur Masak Kicap Lada Hitam pastu goreng ikan bawal besar punye garing2 gitew..makan pulak bersama sambal kicap..waduuhhh enak banget..

Tq pada Kak Ummi share resepi simple nii..mmg selalu yana buat lepas tgk Tun tayang sedikit masa lalu~mcm dah lama jer..Biasanya lauk telur akan jadi pilihan kat umah ni klu dah boring makan ayam or ikan..dulu masak telur kicap x letak lada hitam tapi lepas try resepi Kak Ummi tiap kali buat mesti letak..memang menambahkan lagi kesedapan telur masak kicap nii..Jom kita semak resepinya ^__^


TELUR MASAK KICAP LADA HITAM
Resepi : Kak Ummi @ HSH
Sumber cuci mata : Tun Telani & Cheq Sue

BAHAN-BAHAN:-

3 biji telur
1 labu bawang besar ~ hiris kasar
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 cm halia ~ dihiris halus batang mancis
1/4 sudu kecil lada hitam kasar ~ yana letak serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
3 - 4 sudu kicap pekat ABC
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 - 2 sudu besar kicap masin
1/2 biji lada benggala hijau ~ hiris memanjang ~ xde stok, yana letak cili api
1/2 biji lada benggala meraj ~ hiris memanjang ~ xde jugak
1 biji tomato - belah 6
1 biji ubi kentang ~ potong wedges dan goreng dulu ~ yana tambah
Sedikit garam ( jika perlu )
Sedikit air
Minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-

  1. Goreng dulu telur sebiji-sebiji berasingan ( telur mata ). ketepikan.
  2. Dalam kuali. panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
  4. Masak hingga mendidih dan masukkan telur yang digoreng tadi.
  5. Masukkan lada benggala dna diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. Lada benggala dan tomato jgn dibiar layu sangat )
  6. Tutup api dan hidangkan.
Selamat Mencuba ;-)

3 comments:

Mas Sani said...

slmt pg yana... Akk pun dh start menyopping bj raya amani....amani jelh mak nye lom lg hihihi....
Akk ni dh mcm ada tanda2 boring mkn ayam a.k.a mls msk sahur...ngeeee....so nk mudah grg telor kicap jelah...bestkn sesekali layan telor :-)

Nuwairani Ismail said...

dah lama betul nani tak buat menu berasaskan telur mcm ni sebab dah lama tak makan nasi. kalau makan nasi pun macam 2-3 kali seminggu je;

Zaliedana said...

Best juga yana sekali sekala layan telo msk kicap ke sambal ke,hehe..pastu klo ct lak,msti tmbh lauk sardin 1jenis lagi utk hb..Selera jer mkn time sahur kan..