Wednesday, May 16, 2012

APAM TEPUNG GANDUM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua warga alam maya ^_^..Semoga semuanya berada dalam keadaan yg baik dan sihat2 ajer..Pagi ni Yana nak jamu mata dengan Apam Tepung Gandum resepi dari Kak Fida..Apam ni menu bekpes kami tadi..amat senang nak menyediakannya dan paling penting sedapp..suka sangat tengok Damia makan..lepas satu satu ditelannya ^_^..Tq yer Kak Fida untuk satu lagi resepi yg simple dan sedapp nii..mintak izin yer Kak, yana panjangkan resepinya kat sini pulak untuk dijadikan koleksi resepi pilihan yana  ^_^


APAM TEPUNG GANDUM
Resepi : Kak Fida @ MyR
Sumber cuci mata : Kak Mas @ Duniaku

BAHAN-BAHAN:-

4 1/4 cawan tepung gandum - diayak ( aka guna 1/2 kilo )
3/4 cawan gula hitam ( Yana & Mas ikut Kak Fida guna gula perang dan gula pasir - dicampur )
2 1/2 cawan air - Mas letak lebih sikit sbb adunan nmpk agak pekat
1 peket yis Mauripan
secubit garam- opt - Yana dan Mas letak
Sedikit pewarna - Yana & Mas tambah
Kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam & daun pandan yg digunting kecil-utk makan bersama apam


CARA NAK BUAT:-

  1. Loyang disapu minyak sekeliling.
  2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.
  3. Tepung gandum dan gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis tadi sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk @ senduk hingga adunan sebati, licin dan tidak berbintil2.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda, selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Jadi jangan tuang adunan ke dalam loyang penuh yerk..biarkan berbaki 1/2 loyang supaya adunan tak melimpah nanti.
  5. Panaskan kukusan dan terus kukus adunan apam tadi selama 30 - 40 minit.
  6. Biar apam benar2 sejuk baru dipotong dan disalut dengan kelapa parut.
Selamat Mencuba :-)

22 comments:

tun_telani said...

salam kak yana ^^
tun pernah buat nii ^^ sedap! tun suka makan letak kelapa byk2 ^^

Mas said...

Sedapnya...cantik kaler apam tu... Akk pun suka buh kelapa bykkkkk sedappppp :-)

Zana~Sweet Rose said...

salam yana..sedapnya kalau dapat, akak pernah buat tapi x berapa menjadi, x taulah apa sleknye.. :(

Zaliedana said...

Assalam yana..Ct igt nak wat apam juga rini,lama xwat apam2 nih,tapi klpa parut xda,cam xbest lak,sbb tuh projek tergendala dulu,huhu..Nmpak sedap tuh..

Anna Qawina said...

salam Yana..akak pun suka apam2 ni tp nak buat tak brp genmar lak..hehe

Mas said...

yana...kak mas dah 4 kali buat apam nie..
sedappp kan..
cantikk gebu tengok apam tepung gandum yana tu,.,

Amie said...

duiiii Yana! Rupa paras & warna apam tepung gandum ni sama sebiji yang bonda kakak selalu buat untuk sarapan kami masa kecik2 dulu.... lama sangat tak makan!

rahel said...

Yana..kalau tak silap pernah gak buat apam tpg gandum ni..tp time tu belum ada blog masakan lg,so tak dapat tayang la gambar dia..memang sedap..

Nieza said...

sedapnya tgk apam ni yana...lama dah akak tak buat apam:)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Yana..
arituh nmpk kat dapur Mas.. nie dh sampai dapur Yana pulak...bila agaknyer nk sampai dapur mama??
cantik warna apam pink!

Norzie hany said...

Salam Yana.
Sis pun pernah buat apam ni.memang sedappp.

Yana Shaiful said...

@Tun>k.yana br 1st time try bt apam ni..mmg sedap mkn kelapa byk2..lepas ni kna bt lagi ^_^

Yana Shaiful said...

@Kak Mas> haah mmg sedap..cubit apam sikit tp letak kelapa byk2..sedap dpt rs kelapa masin skit tuh :-)

Yana Shaiful said...

@Kak Zana> nnt akak try bt lg..biasa yana klu bt xjd tu mst yis dh xpired.. xnk naik langsung tp apam ni mmg sedap :-)

Yana Shaiful said...

@Ct> sedap apam ni ct..nnt cuba lah.. yana ni pun amek kelapa parut kat umah mertua minggu lepas..simpan byk2 terus..slalu jgk projek apam tergendala sbb xde kelapa parut :-)

Yana Shaiful said...

@Kak Anna>hahaa..yana suka bt apam sbb cepat abis..kat umah ni mmg suka kuih apam :-)

Yana Shaiful said...

@Kak Mas>waa dh 4 kali tuh..yana pun dh jatuh cinta dgn apam ni..lepas ni mmg kna bt lagi.. nk bt pun senang jer :-)

Yana Shaiful said...

@Kak Amie> tu laa kak..org kata yg ni apam org2 lama..bahan2 simple jer tp sedap..warna tu feveret damia..cepat je mkn klu warna cerah ceria camtu ^_^

Yana Shaiful said...

@Rahel> haah..mmg sedap kan rahel..ala nnt rahel bt lg..bleh tayang kat blog..rahel bt mst lg mengancam hihii :-)

Yana Shaiful said...

@Kak Nieza> nnt bt lah kak..sedapp..xrugi bt hihii ^_^

Yana Shaiful said...

@MamaHawa>yana bt ni lepas tergoda tgk kat umah kak Mas..nmpk gebu jer apam ni tp mmg gebu..sedap and senang nk bt..nnt mama cuba lah..mst suka jgk ;-)

Yana Shaiful said...

@NorzieHany> mmg sedap..resepi yg meveles kan sis hihii..lepas ni bleh bt lg :-)