Thursday, May 24, 2012

CHOCOLATE CHIPS BROWNIES

Assalamualaikum..mula2 skali nk mintak maaf byk2 coz bizi betul tuan umah semenjak dua menjak ni..xsmpt nak singgah menyinggah umah kawan2..Terima kasih kepada semua yg sudi singgah ke umah kecik yana walaupun tuan umah kejap ada kejap xde ^^..

Jom je lah kita layan Chocolate Chips Brownies yg best nii..yana buat untuk minum petang semalam..caya tak kami ber3 dapat menghabiskan sebijik brownies nii dalam masa  kurang 30 minit..makan ms brownies tgh suam2 mmg sedap..xsedar dah abis sebijik kami makan huhuu..Tq pada Kak Hana sudi share resepi brownies ni..mintak izin yer kak Hana, yana panjangkan resepinya kat sini pulak..jom layan ^^


CHOCOLATE CHIPS BROWNIES

BAHAN-BAHAN:-

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang - kisar dahulu
1/4 cawan serbuk koko
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/3 cwn minyak masak@butter cair
1/2 cawan chocolate chips


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan oven 180c. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  3. Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi.
  4. Bakar 25-30 minit sehingga masak. Potong dan hidangkan.
Selamat Mencuba :-)

4 comments:

tun_telani said...

rasa2nya ni tun nyer last komen utk arini. hihi...
tun suka sgt2 makan brownies, kalau kak yana mkn 3 orang, tun rasa tun mampu mkn sorang2 ni. haha... sbb tu la tun jarang buat brownies ni, dh tau xleh kawal diri ;p

Yana Shaiful said...

@Tun>hahaha..lg ok dpt abiskan sorng2 hihii..k.yana kurang gemar skit klu kek yg bercoklat ni tp xtau plak nape brownies nii cam best jerr..mkn xhingat dunia ^^

Nuwairani Ismail said...

hahah...tau takpe..makan sampai x hengat donia...tu pasal nani simpan 1/3 je. selebihnya bagi kwn2 kt tmpt keje.

Yana Shaiful said...

@Nani>hahaaa..lain kali klu bt mmg kna bg jiran dulu 1/2 br kami mkn.. bahaya tul brownies nii ^^