Wednesday, May 2, 2012

SIZZLING YEE MEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..agak malas rasanya nak update blog hari nii..semalam dh bercuti sakan ^_^..bangun pagi tadi terasa sejuk dan nyaman ajer..hujan rupanya kat luar..lepas solat subuh, tarik selimut sambung lagi tido..bestnyaa kuikuiii..

Sebelum masuk dapur untuk sessi tengah hari jom kita cuci mata dengan menu yana semalam.. Sizzling Yee Mee..menu ni antara feveret yana kalau keluar makan kat mana2 food court tapi skg ni dah jarang makan kat luar sebab dah pandai buat sendiri huhuuu..Bagi sesiapa yg belum cuba lagi resepi nii direkemenkan agar mencubanya yer..pasni confem xnak makan kat luar dah.. buat sendiri boleh letak apa ajer dan banyak pulak tuu hehee..Tq pada tuan empunya resepi yg sgt maveles inii dan jgk Kak Q cayang..Mintak izin yer yana nak simpan resepi kat sini pulak..InsyaAllah lepas ni damia pulak boleh buat..hahaaa..buat lah sgt ^_^



SIZZLING YEE MEE

RESEPI : Kak Liliy@MyR
Sumber cuci mata : Quinnie@qasehquinnie

BAHAN-BAHAN ( 2-3 org makan )
2-3 sanggul yee mee ( gulung )
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering )- rendam sehingga agak lembut & potong 4
1 keping dada ayam ( potong mengikut citarasa )
3 biji cili kering ( potong 2 )
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia - hiris nipis ( yana tumbuk hancur )
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Beberapa titik minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
Carrot ( yana tambah )
Sawi ( yana tambah )
Brokoli ( yana tambah )
Sedikit minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT :-

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yeng telah dipotong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran lain. Tunggu 2-3 minit.
  6. Masukkan tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik - jgn banyak2
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee - biarkan sebentar & hidang panas2.. sedap sangatt ^_^

Selamat Mencuba :-)

12 comments:

tun_telani said...

salam kak yana... wah.. dh pandai buat sendiri blh makan puas2 kan.. sedap nmpk byk kuah dia tu.

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, aduh.. pedih mataku dicuci dengan yee mee mu itu

rahel said...

Salam..nampak sedap la sizzling yee mee tu..nak oder satu pinggan..hehe..

quinnie said...

sedapnya darling..bak mai sepinggan...hehehhe..suka la mee ni...huhuhu

Nuwairani Ismail said...

ini memang feveret kite. kalo gi food court mesti nak order + telur mata sebijik. haish...takleh jadi ni. kite book mark dulu resepi ni.

izahdaut said...

lamaaaa tak amakn szizzling ni. dolu2 rajin buat masa duk bujang.. hehe

Yana Shaiful said...

@Tun>sedap Tun..nnt cuba lah..puas hati klu bt sndiri..bleh ltk sayur byk2 :-)

Yana Shaiful said...

@Kak Sari>pedih ke kak..sory hikhikk..jemput mkn sama kak..byk yana bt nii ^_^

Yana Shaiful said...

@Rahel>ok..siap ^_^

Yana Shaiful said...

@Nani>rmai yg suka sizzling nii.. klu g food court mmg sizzling slalu jd pilihan..biasa k.yana mkn dgn telur jgk tp ari ni telur dh kehabisan stok ^_^

Yana Shaiful said...

@Kak Izah> sedap sizzling nii..xpuas mkn..suka bau kuahnya..tambah pulak mkn time yee mee msh rangup tuu.. sedap :-)

Yana Shaiful said...

@Kak Q>mmg sedap..cukup ke kak sepinggan jer hikhikk