Sunday, May 13, 2012

TAUHU BAKAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..selamat berhujung minggu semua..cuaca kat Kepala Batas hari ni agak redup kerinduan..hujan turun dengan lebat sekali awal pagi tadi..rasanya bermula jam 3.30 pg sampai lah pukul 7 pagi baru berhenti..mmg syok sambung tido ^_^

Okeylah, kita citer pasal menu yana semalam pulak..Tauhu Bakar..rasanya dah ramai kawan2 yang dah mencuba resepi dari Che'Iza ni..yana pun dah banyak kali buat..tak tau laa, sejak preggy ni kegilaan terhadap tauhu makin menjadi2..macam2 jadi dgn tauhu tu..tiap kali p pasar wajib kena beli 3 4 keping..kalau tak bakar jadi tauhu goreng..kdg2 jd sambal tauhu..kalau tak pun yana campak ajer dlm sup sayur..waaa terasa nikmat jer bila dapat makan..xde lauk lain pun xpe..janji ada tauhu ^_^..

Panjang pulak membebel pagi nii..nak tayang Tauhu Bakar ajer hihii..jom layan..Yana nak BW umah kawan2 pulak..cuci2 mata sambil cari resepi tengah hari ni pulak...Daaa..jumpa lagiii ^__^


TAUHU BAKAR
Resepi: Che'Iza @ MyR

BAHAN-BAHAN:- ( 2 orang )

4 keping tauhu
100 gm taugeh
1/2 batang timun
1/2 biji sengkuang ( yana xletak xde stok )
1/2 biji carrot ( yana tambah )
3 sudu besar cili boh / cili giling
1 ulas bawang putih ( dititik )
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air asam jawa
2 cawan air
sedikit garam
1 sudu besar bijan ( digoreng tanpa minyak )
Kacang tanah utk tabur atas tauhu

CARA NAK BUAT:-

  1. Bakar tauhu hingga masak dan ketepikan.
  2. Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
  3. Potong kecil2 atau baji sengkuang dan timun
  4. Untuk sos~ masak semua bahan bertanda * sehingga pekat. Consistencynya bergantung pada citarasa masing2 tapi baik buat pekat sikit sbb tauhu akan keluarkan air jgk nnt. Bila kuah hampir siap masukkan bijan. Kacau rata dan matikan api.
  5. Potong tauhu kecil2, letak kan taugeh, sengkuang dan timun. Bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit dengan kacang tumbuk, siap untuk dihidang.
  6. Sos boleh simpan dlm fridge dan boleh tahan lama. Sesuai jgk utk keropok lekor, popia dan karipap sayur..
Selamat Mencuba :-)

6 comments:

Cheq Sue said...

cheq sue aje kot yang tak buat resepi ni sebab sampai sekarang dah tua2 ni pun tak reti lagi makan tauhu tu

Amie said...

Assalamualaikum Yana cayangggg...
ni datang langkah kanan ni... tauhu bakar satu menu untk diet yang sihat! Yummy..

Norzie hany said...

Salam Yana.
Sis belum pernah buat sendiri tauhu bakar ni selalu beli aje bila teragak nak makan.Bolehlah cuba resepi ni nanti.Tq berkongsi.

wanie said...

salam..mak oi..rajinnya buat tauhu bakar..waniey biasa bli jer ..

Cendana Kasih said...

salam Yana...waaa...ada tauhu jugak kat sini...sukanyer...esok mesti nk makan tauhu gak.....

rahel said...

Tauhu bakar..uuuu mesti sedap tu..