Friday, May 11, 2012

LAKSA PENANG

Assalamualaikum dan selamat petang semua..hari ni agak lmbt dapat bersiaran..byk perkara perlu diselesaikan dulu sebelum nak mengadap cik lappy..kalau dah pegang cik lappy ni bkn tau stop dah..sedar jer dah nak maghrib hihii..Petang ni xsempat nak masuk dapur..makan je lah apa yg ada..En.Hubby pun balik keje lambat ^_^..

Sebelum maghrib menjelma jom cuci mata dulu dgn menu Yana hari nii..buat Laksa Penang ajer..seperti biasa, resepi Kak Mimi tetap menjadi pilihan..tq Kak Mimi sudi share resepi keturunan nii..mmg selalu jadi pilihan Yana.. mintak izin Yana share kat sini pulak yer kak ^__^


LAKSA PENANG

BAHAN-BAHAN:-

Untuk kuah:-
Ikan sardin aka selayang*
Asam keping*
Cili kering- direbus & blend**
Belacan**
Serai**
Lengkuas**
Garam
Pati Ikan Bilis - chik Mi guna secukup rasa
Daun Kesum
Bunga Kantan

*Ikan direbus bersama asam keping~ ketepikan
** bahan yg bertanda di blend bersama

CARA NAK BUAT:-

  1. Ikan diasingkan tulang dan isinya, air rebusan disimpan bersama asam keping.
  2. Dalam periuk masuk air utk buat kuah tapi jgn terlalu banyak, agak2 sbb nnt terlalu cair.
  3. Blend tulang ikan, kalau nak bubuh air rebusan pun bulih jgk tapi kemudian guna tapisan plastik tuang tulang ke dalam periuk yang berisi air ayak sehingga tinggal tulang saja, kemudian blend isi ikan ulangi proses ayak ke dalam periuk tadi sehingga tinggal tulang2 sahaja. 
  4. Masukkan bahan blend tadi bersama garam. Masak hingga mendidih biar lama sikit supaya tak cepat basi.
  5. Masukkan daun kesum bersama dgn bunga kantan, selalu Chik Mi masukkan juga batang daun pudina ke dalam kuah untuk hilangkan bau hanyir ikan. 
Untuk Ulaman:-
Timun
Bawang besar
Cili merah
Daun Pudina
Nenas
Bunga Kantan yg dihiris

#Tips~ sekiranya kuah yg dimasak terlalu cair masukkan sardin yg telah dihancurkan terlebih dahulu, hanya ambil ikannya sahaja. sos xperlu.
#Laksa penang ori tak letak telur rebus kalau nak letak jadi laksa kedah/perlis ^__^ 


Selamat Mencuba ;-)

4 comments:

Chik Mimi said...

Alhamdulillah Yana ,terima kasih kerana menjadi pilihan yana.iskkkk kalau dekat kan dah lama huluq mangkuk kat tingkap lama akak tak buat laksa ni

cheq da said...

salam kenal...

Norzie hany said...

Salam Yana.
Sedapnya laksa Penang..mmg feveret sis ni.

zila 4ever said...

salam yana
aiishhh fav kita jgk nie..pntang jumpa mesti nk beli ..minat tang kuah tue..nk hirup byak2:)