Saturday, May 26, 2012

RENDANG UDANG

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..xmau cakap banyak pagi ni yer..ada keje yang perlu disetlekan..moh kita layan jer pasangan Nasi Lemak Kuning semalam.. Rendang Udang yang tersangatlah sedap..resepi dari Kak Fida MyR selalu tidak mengecewakan..rasa rendang ni lain dari rendang biasa..nak tau rasa mcm mana?..sila buat sendri yer..yang ni punyer dah abis hihiii..


RENDANG UDANG
Resepi : Kak Fida@MyR 

BAHAN-BAHAN:-
1 kilo udang harimau ~ bersihkan dan toskan
1 senduk cili kisar
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 hiris halia *
4 sudu besar serbuk kari
2 batang serai ~ dititik
2 lembar daun kari ~ sipetik2
1 cawan santan ~ daripada 1/2 biji kelapa
3 sudu besar penuh kerisik
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugur atau sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis


CARA NAK BUAT :-

  1. Kisar bahan2 yang bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan campuran bahan kisar, serai dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan santan, garam, gula, asam dan kerisik. Gaul rata. 
  4. Tambah sedikit air dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan udang dan gaul rata. Masak hingga udang berubah warna. Mastikan api. Siap untuk disajikan.
Selamat Mencuba :-)

4 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, sedap rendang udang resipi kak fida ni, akk pernah buat juga. mkn ngan nasi lemak mmg sedap sangat la, kalo mkn ngan nasi dagang agaknya ok juga kut rendang udang ni kan yana

tun_telani said...

salam kak yana cayang.... tun x pernah makan rendang udang. suka mkn udang, tp xleh makan udang yg besar2, allergic.

rahel said...

Salam Yana..
pastinya enak banget kuah rendang udang ni..emm..kecur kecur..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduh aduhh... sedapnya rendang udang tu.. masak rendang udang yg bestnya sbb tak perlu tunggu lama kan.. kejap je dah siap.. hehe..