Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..Alhamdulillah dapat juga bersiaran hari ini walaupun agak sibuk dan kepenatan sikit..sambil layan bola kat tv tu moh kita cuci mata kejap dgn menu dinner yana malam ni..Chapati bersama gulai darat ayam..percubaan pertama membuat chapati sendiri..bleh tahan jugak kejadiannya.. pembakaran pertama xjadi sgt sbb yana canai terlampau nipis..masak jer terus kekerasan and lepas tu ok dah..memang lembut kejadiannya..makan sebijik kenyang sangat..hmm..harap2 lembut lagi pagi esok..bleh berbekpes pulak hihii..kita layan je lah pic yang x cun nii..snap masa nak mkn dah ^^..
CHAPATI
Resepi : LynnSham @ MyR
BAHAN-BAHAN:-
225 gm tepung atta
1 sudu besar minyak sapi
125 ml air suam
secubit garam
sedikit minyak sapi utk dilenser pada chapati
sedikit tepung atta utk proses mencanai
CARA NAK BUAT:-
- Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam, ke dalam mangkuk.
- Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
- Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.
- Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
- Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
- Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
- Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula ( boleh nmpk bahagian lain akan kembung juga )
- Terbalikkan roti sekali lagi. Bila masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
- Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dgn paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.
- Hidangkan dengan kari atau kuah kegemaran anda.
Selamat Mencuba :-)
5 comments:
punya la semangat tgk bola.. sampai xdop n3 masuk nah male ni :)
cheq sue try doh rcp ni... memang ok lah
salam Yana.Capati menu sihat tu....
Salam Yana.
Dah lama tak makan capati...sedapnya cicah dgn gulai darat ayam.
punyela gigih. buat sendiri tu capati. huhuh...kite belom try lagi sebab xde tepung atta kat sini.balik semenanjung la baru cari.
zzzzz2018.8.15
nike presto femme
jordans
oakley sunglasses
louboutin shoes
coach outlet
nike shoes for women
golden goose
kate spade outlet online
canada goose outlet
ugg boots
Post a Comment