Saturday, May 5, 2012

KUIH CARA BERLAUK

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..tak leh nak bebel banyak lagi hari ni, banyak keje yang perlu disetlekan..InsyaAllah petang nanti baru yana BW yer kengkawan semua..sebelum tu jom kita jamu mata kejap dengan menu yana petang semalam..Kuih Cara Berlauk versi bakar dalam oven..sedap jugak walaupun buat cara moden..bakar jer dlm oven :D..sory yer, semua dah abis..buat dalam acuan kecik2 mcm ni cepat jer abis..sekali ngap ajer ^_^..Jemput jamu mata yer...


KUIH CARA BERLAUK

BAHAN-BAHAN :- ( 10 keping )

Untuk kuih cara:-
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan ( yana tambah lagi santan sikit2 sbb adunan pekat sgt )
Garam/Gula

Untuk  inti:-
6 keping daging cincang halus ( pakai cincang siap pun boleh ) - yana guna isi ayam yg di cincang
1/2 biji capsicum ( yana guna cili merah )
3 biji kacang buncis dipotong halus ( option klu xnak pun xpe ) - yana x letak
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit daun sup - dipotong halus
Sedikit daun bawang - dipotong halus
Garam


CARA NAK BUAT:-
  1. Untuk doh kuih cara:- campur semua tepung, telur, santan, garam dan gula. Kacau sehingga sebati. jangan cair sangat.
  2. Untuk inti:- Panaskan minyak masukkan serbuk kari yg dicampur sedikit air sehingga naik minyak. Masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukkan bawang, capsicum, kacang buncis dan garam. Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup. Masak sehingga kering kuahnya.
  3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan. Kemudian masukkan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atasnya. Masukkan ke dalam oven. Masak 15-20 minit dgn suhu 170c. Siap untuk disantap bersama keluarga.
  4. **boleh dimasak macam biasa. i guna oven jer sebab xde acuan kuih cara and dapur i used electric no gas tapi sedap jugak sama rasanya macam kuih cara lain.
Selamat Mencuba :-)

11 comments:

Liza said...

salam yana...akk mmg suka mkn kuih cara berlauk ni, tp tak pernah pulak buatnya...bila tgk kat sini rasa cm dtg pulak angin rajin.....hihiiihihi

Nuwairani Ismail said...

sedapnya kuih cara berlauk..nani dah lama x buat ni. bukan apa, kawan2 sekeliling rumah tak berapa minat. selalunya bawa gi tempat kerja la. memang kejap aje habis.

Amie said...

Cantiknya kejadian kuih cara berlauknya ni... comel2 belaka!

HaSue said...

Akak x penah lg makan kuih cara ni..tah bila nk buat..hehe..cantik la kuih cara yana tu..mintak akak sebijik atau sepuluh bijik.. :D

Yana Shaiful said...

@Kak Liza> sesekali layan kuih tradisional ni kak best jgk kan..asyik nk mkn kek jer hihii

Yana Shaiful said...

@Nani>k.yana ni pun bkn mkn sgt tp tibe jer tringin nk mkn..cari kat sini xjmpa..trus terpikir nk buat sndiri:-)

Yana Shaiful said...

@Kak Amie> cantik ke kak hihii..biasa2 jer :-)

Yana Shaiful said...

@Kak Hasue>klu akak buat mst lagi cantik..tgn dh berseni kan hihi..jemput kak amek.. jgn malu jgn segan..yana bt xnmpk jerr :P

nOOrsha said...

salam yana..lamanya x makan cara berlauk...kue bersavoury ni memmang la peberet kitowang...cun la kuih yana ni... pakai mould apa ye.... nampak elok je perseginya tu ;)

rahel said...

Comel2nya kuih cara ni..suke la..ambik 3 ketui ye..maceh..

Norzie hany said...

Sedapnya Yana.....thumbs up.