Monday, May 14, 2012

NASI YOGURT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga alam maya ^_^..tuan tanah xleh nak bebel banyak2 lagi..nak keluar dating dgn en.hubby sambil setle apa yg patut kejap..Layan dulu menu kami semalam ekkss..malam nanti yana BW yer..jumpa lagiii ^_^



NASI YOGURT
Sumber cuci mata : noorsha@ 1001 cerita 1001 rasa

BAHAN-BAHAN:-

3 cawan beras basmathi
1 cawan yogurt tanpa perisa
2 cm halia ~ dicincang halus
1 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1/2 labu bawang besar ~ dicincang halus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
1 kiub ayam
sedikit garam
1 sudu besar gula
5 cawam air
Kismis secukupnya
Pewarna kegemaran ( yana tambah )



CARA NAK BUAT;-
  1. Cuci beras dan rendam selama 20 minit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan juga mentega. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga bahan yang dicincang sehingga wangi. Masukkan beras dan kacau sehingga sekata.
  3. Masukkan air, kiub ayam, yogurt, gula, gula, garam. Masaklah nasi macam biasa.
  4. Bila air dah kering, masukkan kismis dan kacau nasi biar semua bahan2 sekata.
  5. Titikkan pewarna kegemaran ketika nasi sudah masak. Kemudian gembur2kan nasi hingga bercampur kesemua warna.
Selamat Mencuba ;-)

5 comments:

tun_telani said...

sedapnyer menu arini ^^ tumpang makan blh? tun wat sup bodo2 je. huhu...
jeles laa org tu kuar dating. tun duk sorang2 kt umah sepanjang arini nih. uhuk uhuk.

Qhaifa Nur said...

bila tengok nasinya berselera pulak, ada pula ayam aduh..sedapnya...

dZana said...

kalau dekat .. boleh tumpang makan kt rmh yana.. hihihi.. akk time keje ni mkn nasi kedai jer..

Nieza said...

Assalam Yana, apa khabar? sedapnya tgk nasi yogurt yana ni..lapar lak akak rasa ni...hehe

zila 4ever said...

salam yana
aduiii kecurnya kita nie..tang ayam tu yg x tahan tgok:)