Thursday, August 2, 2012

SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM

Assalamualaikum dan salam 13 Ramadhan..Hari ni agak lambat dapat bersiaran..Yana baru balik dari klinik..ada appointment dgn puan doc..Alhamdulillah..baby sihat ajer..ibu pulak makin sihat walafiat..makin bam bam sana bam bam sini hihiii..

Moh je lah kita layan menu sahur kami pagi tadi..Ikan Siakap Bakar Berempah Harum resepi dari Kak Dayang..memang maveles sangat resepi nii..dah ramai yang mencubanya..yana pun dah banyak kali buat..suka sangat dengan bau harum rempah2 yang menyaluti ikan..fuhhhhhh..xleh cakap banyak..krg terkurus pose pulak..Kita layan je lah pic yang sedang2 saja nii..maklum je lah..snap time nak sahur.. xde deko apa2..ada ikan semata2..huhuu..tq kak Dayang share resepi yang meveles ni..sampai jumpa lagi.. Yana nak bermarathon pulak nii sambil cari idea nak masak utk berbuka nanti ^^



SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
Resepi : Kak Dayang Jack
Sumber cuci mata : Ct Zaliedana & Kak Nor

BAHAN-BAHAN;-

1 ekor ikan siakap ( dibersihkan )
1 helai daun kunyit ( diracik/dihiris halus )
2 helai daun limau purut ( diracik/dihiris halus )

BAHAN-BAHAN DIKISAR BERSAMA:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan ( dihiris terlebih dahulu )
1 sudu makan cili giling ( boleh ganti dengan cili api jika suka )
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
Sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Gula dan garam secukupnya
Sedikit air

CARA NAK BUAT :-
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah2 kertas  foil. Tuangkan kesemua perencah tadi diatasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit. Kemudian bakar sehingga ikan masak.
Selamat Mencuba:-)

7 comments:

Zaliedana said...

Yana ct wat paste ritu byk2 seksiap,smp skng da lagi,marin baru wat pari bakar kat hb guna paste tuh juga,hehe..jimat masa kan..hb kata sedsap,ct klo wat pari bkr mmg guna rcp nih jer coz hb suka..
Pstt rini mls nk msk +xlarat,coz pas mkn sahur dah uweek2 huhu,bdn rsa letih jer rini,nnti suh hb tapau jer,hehe.

Kesuma Angsana said...

best ni!

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Yana. Harumnya sampai ke sini tau.. ni yang jadi harum subur ni sebab mesti makan banyak.. kan.. kan...

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, mmg sedap la mkn ikan bakar2 mcm ni bulan posa, akk pun ada lagi sekor yg bakar belum tayang hehe, selamat berbuka yana

Chekgu Azrine said...

makan plak dengan nasi panas..walahhhh!!

quinnie said...

kita pun suka resepi ni..sedap!!!

zila norazila said...

nampak sedapp..akk x pernah cuba lg nie..aritu beli siakap masak 3 rasa jew..nnt akk nk try jgk la:)