Monday, August 13, 2012

PUDING SAGU Kak Quinnie ^__^

Assalamualaikum dan salam 24 Ramadhan 1433 Hijrah..

Alhamdulillah dapat lagi kita bersua..4 ari xdapat jenguk blog dan berfb..tibe jer damia demam+selsema+batuk..siap semua pakej..ditambah pulak dgn keadaan ibu yang dah makin kesaratan ni..hmm..agak terbatas sikit aktiviti nak ngadap cik lappy ^^

Petang ni kita cuci mata dulu dgn dessert bebuka yana buat minggu lepas..Puding Sagu..Tibe jer tringin nak makan lepas tgk Kak Q tayang..dah terasa kesejukkan kat tekak ni haa walaupun tgk dlm lappy ajer kikiikiii..Kita layan yg ni dulu ekkss..hmm..xtau pe nak bebel dah  ^^




PUDING SAGU

BAHAN-BAHAN:-

1/2 kuih sagu yang telah dimasak ~ resepi kat bawah ^__^
Santan pekat secukupnya
Air gula melaka secukupnya

CARA NAK BUAT:-

  1. Mula-mula isikan santan pekat dan sedikit air ke dalam periuk kecil. Lepas tu isi sedikit garam, masakkan santan ini atas api yang kecil hingga santan panas. Dalam 1 minit jew. Biar sejuk lepas tu simpan dalam peti ais. ~ saya masak santan ni utk bg tahan lama x cepat basi.
  2. Masukkan kuih sagu ke dalam peti ais.. sama juga dgn gula merah..
  3. Bila ketiga-tiga bahan ni dah sejuk..boleh lah dikeluarkan dan dihidangkan bersama.....sedapnyaa ^__^



KUIH SAGU/BRONOK ( kukus )
Sumber cuci mata : Tun telani, Kak Izah, Kak Ika

BAHAN-BAHAN:-

1 gelas sagu biji kecil ~ kita guna sukatan cawan metrik
3 gelas air ~ yg ni pun sama
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose

CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukkan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukkan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukkan ke dlm loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh dikacau saja di dalam kuali tapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji ( yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih ). Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dgn kelapa..Yana buat puding sagu jer ^^
Selamat Mencuba :-)

2 comments:

quinnie said...

sempat juga buat puding ye yana...sedapnya...rasa cam cendol yg buat dia best tuh..hehehe

selamat hari raya aidilfitri buat yana sekeluarga...wish awal takut yana tak online..heheheh....selamat pulang ke kg la ye...utk girl yg tengah sakit tu moga cepat sembuh ye..nak raya dah ni :)

Amie said...

Sedapnya... lagilah kalau sejuk ye Yana. Selamat hari raya buat Yana sekeluarga!