Monday, August 6, 2012

KUIH TEPUNG PELITA

Assalamualaikum dan salam 17 Ramadhan 1433 Hijrah...^^
Finally, buat jugak Kuih Tepung Pelita idaman kalbu..Sepanjang bulan puasa ni dah ramai yang tayang kuih ni..Hati yana dah membuak2 nak mencubanya..slalu beli jer..kali ni buat sndiri dengan banyaknya..smpai xlarat nak makan hihii..Tak mau cakap banyak pasal Kuih Tepung Pelita resepi Kak Yani ni..semua dah tau kan kesedapannya kan..jom kita cuci mata je la ekksss..




KUIH TEPUNG PELITA
Sumber cuci mata : Kak Mas, Kak Izah, Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-
Lapisan bawah

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
2 sb tepung ubi
4 helai daun pandan diblend dgn sedikit air
Sedikit kapur dan sedikit garam

Lapisan Atas
4 sudu besar tepung beras ( ratakan )
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
1 sk garam

BAHAN TAMBAHAN;-
Gula utk diletak ditgh2 lapisan ~ yana ltk 1/2 sudu kecil gula

CARA NAK BUAT:-
Lapisan bawah

  1. Tepung, air, gula. air pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Masakkan tepung yg diadun dan dikacau hingga masak dan berkilat. ( yana masak smpai dia letup2 )
  3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  4. Taburkan gula atas lapisan jika suka
Lapisan atas
  1. Perah santan, masukkan tepung dan garam. Kacau sehingga sebati.
  2. Masak santan yang diadun tadi dan kacau sehingga pekat.( yana masak smpai letup2 jugak)
  3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yang di dalam acuan tadi.
  4. Sejukkan.
Selamat Mencuba :-)


8 comments:

quinnie said...

tepung pelita memang paling laku kalau bulan pose...tengok kat pasar ramadhan tiap kedai mesti ada kuih ni..hehehhe..tapi buat sendiri lagi best kan yana..:)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum yana...
apa khabar? doa akak moga yana sihat sejahtera hendaknya bersama keluarga.. ermm.. tepung pelita nie mmg sedap.. akak pun suka..

Qhaifa Nur said...

betul tu, ramai yang tayang kuih ni..memang sedap sangat.....

Amie said...

Sana-sini dah buat tepung pelita... kak Amie belum buat lagi Yana!

tun_telani said...

Salam kak yana... mmg dpt banyakk sgt kan. hihi... tun makan 5 bekas! hahaha.

Adiweyah said...

salam ziarah, sedapnye tepung pelita tu Yana...sejuk tekak bila makan..

zila norazila said...

wahhh kuih nie la yg dicari time bulan pose kan yana..the best:)

Kak yon said...

suka makan..tapi beli jer.tak pernah buat lagi..