Saturday, August 4, 2012

AYAM BURMA

Assalamualaikum dan salam 15 Ramadhan 1433 Hijrah..Alhamdulillah syukur dapat lagi kita bernafas hari ini..Dah separuh perjalanan kita di bulan yang penuh dgn keberkatan ini..Semoga amal ibadah kita diterima Allah SWT..

Okes..back to the menu..continue yang semalam punyer..Ekceli resepi Ayam Burma ni yana terskodeng kat umah Cheq Sue..tengok pada bahan2nya yang simple and CMG jugak bagitau resepi Ayam Burma ni sesuai makan bersama dengan nasi minyak selain nasi putih..So, yana cuba je lah..waaahhh meme lawanan yang mantop gitew^^..Sedap pulak makan bersama Nasi Minyak Sultana Pancawarna resepi Kak Ummi Kuantan..Pada kawan2 yang sedang mencari idea nak masak utk bebuka nanti..bolehlah cuba resepi yang simple ajer ni tapi sedap..mmg berbaloi^^..moh kita layan..........^___^


AYAM BURMA
Sumber cuci mata : Cheq Sue

 BAHAN-BAHAN:-

500 gm ayam~ potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit* (*disatukan, gaul dan perap 20 minit )
1 camca besar rempah kari daging ( mat guna rempah Baba's )
1 cawan air 
1 kiub pati ayam
1 biji tomato ~ belah 4
15 helai daun pudina ~ yana ltk 4 helai jer..stok akhir ^^
Secubit garam
1 biji ubi kentang ~ yana tambah

BAHAN KISAR HALUS;-

3 biji cili merah ~ buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai ~ hiris halus

CARA NAK BUAT:-

  1. Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan pati ayam ( hancurkan ) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama hangat..

Selamat Mencuba :-)

7 comments:

quinnie said...

wahh yana...siap set nasi minyak dgn lauk pauknya....mesti kenyang makan masa berbuka ni..hehehe...kita bulan pose ni tak masak lagi nasi2 minyak ni..maybe hari ni kot..kalau rajin..hehehe

Nieza said...

Assalam Yana, akak lak yg terliur tgk lauk dan nasi minyak ni..nasib baik baru nk bersahur ni..hehe

Bicara Kak Noor said...

salam Yana,sedapnya nampak lauk ni dgandingkan dgn nasi minyak nasib masih pagi2 ni heee kalau petang mmg akak pun dah buat jugak ni

Norzie hany said...

Sedapnya Yana,lawan pulak nasi minyak tu.Nantilah kalau free,boleh gak cuba.

nOOrsha said...

Salam yana..amboi sedapnye menu ayam ni...x pnhsmpai burma..dpt merasa ayam burma pun jdla..hehe....

Mas said...

perhhh...ayam burma lak yerk yana...
sedapp la tengokkk.....

Nuwairani Ismail said...

kak yana!!! nani tak pernah makan lagi ayam burma ni. tak tahu apa rasanya. kena buat sendiri la baru boleh rasa.