Friday, August 3, 2012

NASI MINYAK SULTANA PANCAWARNA

Assalamualaikum dan salam 14 Ramadhan 1433 Hijrah..n3 sepantas kilat..tibe pulak Damia jaga..abis plan nak berfoya2 depan cik lappy pagi nii hihihi..Kita terus jer ke menu sahur kami tadi..Nasi Minyak Sultana Pancawarna..Dah lama berkenan nak mencubanya lepas Kak Ummi tayang minggu lepas tapi asyik tangguh jer sebab lupa beli susu cair^^..Apa2pun nasi ni dah selamat masuk dalam perut..Alhamdulillah rezeki sahur hari ni..Yana buat 1/2 dari bahan2 dibawah..cukup ler utk kami berdua plus damia sikit makan^__^

Tq Kak Ummi share resepi nasi minyak ni..Yana gandingkan dengan Ayam Burma resepi dari sifu masak2 jugak iaitu CMG..lain kali pulak yer yana post resepinya..sebelum tu bleh jer cuci mata kat dapur CMG dulu..betul2 nak cepat..Damia dah mula kacau ibu pegang cik lappy..jeles betul dia hehee..selamat cuci mata ^^

~ lupa nak tabur bawang goreng ^_^

~ bergandingan dgn Ayam Burma..meme sedak sangat ^^
NASI MINYAK SULTANA PANCAWARNA
Resepi : Kak Ummi @ HSH

BAHAN-BAHAN:-

3 cawan beras basmathi ( direndam 10 - 15 minit dan toskan )
1/2 cawan minyak jagung
3 sudu besar mentega
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - ditumbuk
1 batang kulit kayu manis >
2 kuntum bunga lawang > bahan rempah tumis
2 kuntum bunga cengkih >
3 biji buah pelaga > 
3 cawan air
1 cawan susu sejat
Sedikit garam
Daun pandan
beberapa titis pewarna - merah, hijau dan kuning
1 cawan kismis sultana
Gajus - dipanggang/digoreng tanpa minyak
bawang goreng
Hirisan daun bawang

CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak jagung dan mentega dalam periuk dan tumiskan bahan rempah dan bahan hiris serta halia. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya, susu sejat, daun pandan dan garam.Biarkan mendidih sahaja.
  3. Masukkan beras dan kacau perlahan sekejap.
  4. Pindahkan kedalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa.
  5. Bila telah kering, masukkan kismis sultana dan guna chopstick dan buat beberapa lubang pada nasi dan letakkan beberapa titis pewarna yang berlainan setiap satu lubang. Tutup dengan nasi. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
  6. Untuk hidangan, kacau perlahan nasi di dalam periuk tadi. Rata-rata biar bercampur warna. Hias dengan taburan buah gajus dan bawang goreng dan daun bawang.
Selamat Mencuba ;-)

7 comments:

Chekgu Azrine said...

mmg terbaek la..terliur weyyyhhh

tun_telani said...

salam kak yana cayang... mmg rajin betul akak nih.. meme sedak2 belako menu buko ngan sahur... hihi

Qhaifa Nur said...

sedapnya nama.....
berselera tengok........

Zalieda Zaliedana said...

Assalam yana,wah sedapnyer nasi mnyak,ala2 nasi ujan panas gitu..ct rini nak wat nasi daging,daging bakar n air asam..sahur skng nih suka mkn jenis kering2 xde kuah gaul2 ngan nsi gitu2 jer,hehe..

Amie said...

wowww... cantiknya hidangan nasi tu dengan ayam burmanya sekali... ini belum rasanya lagi, sedapnya Yana.... nyum nyum nyummmmmm

Unknown said...

Selamat pagi Yana, baru lepas sahur ye? Nmpk berselera nasi yana tu, akk belum cuba lg. Puasa2 ni nak mkn yg berwarna warni, baru ada selera...

quinnie said...

mesti sedap resepi nasi kak ummi ni..:)