Thursday, March 28, 2013

LASAGNA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_____^

Malam ni kita jamu mata dengan Lasagna feveret yana dan juga damia..ayahnya sory..xlayan makanan yang kaya dengan cheese nih ^^

Yana sebenarnya baru belajar buat lasagna sendiri..sebelum ni rasa mcm leceh je nak buat tapi bila dah buat sekali..rasa nak buat lagii dan lagiii dan lagii..makan xleh berenti hihiii..Kali nih buat jadi kering sikit kat atas..macam mana ntah boleh tak perasan suhu jadi 200c..hmm..tapi xkesah..tetap sedappp..Yana jugak suka letak bayam hijau kalau buat lasagna..suka pulak tengok damia makan bayam dalam lasagna..kalau masak bayam je jangan harap dia nak telan hehee..

Okess..kita semak je resepinya..1st time buat dulu yana ikut 100% resepinya tapi skg nih main campak je apa yang ada hihii..pe2pun tq pada tuan empunya resepi nihadriz@myresepi dan jugak kak ita.. yana copy terus dari dapur akak ^^






LASAGNA
Sumber cuci mata : Kak Ita @ masam manis

KUAH DAGING

300 g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sbb berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2 ~ 3 batang celery ~ yana xletak xde stok
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ didadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
1/2 biji bawang besar holand ~ dadu ~ yana tambah
Sedikit lada sulah
garam dan gula secukup rasa
3 cawan air
1/2 capsicum merah ~ dihiris
1/2 biji capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging ~ ita tambah ~ yana xletak
sedikit lada hitam ~ ita tambah ~ yana tambah jgk
sedikit oregano kering ~ yana tambah
2 batang sosej ~ yana tambah

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak kemudian masukkan daging cincang. Ita tambah kiub daging. ~ yana tambah sosej
  3. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak.Tambah garam ( lebihkan air pun xpe sbb tujuannya utk lembutkan kulit lasagna kemudian )
  4. Masukkan prego dan sedikit gula jika perlu.
  5. Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Last masukkan oregano kering ( yana tambah ) kacau dan tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  6. Setelah kuah daging siap ketepikan. kita sediakan cheese sauce
CHEESE SAUCE

2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115 g cheedar cheese ~ mozarella pun boleh tp cheedar/cream cheese senang cair utk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
sedikit garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Cairkan mentega. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  2. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul barulah dipanaskan semula
  3. Masukkan cheese, kacau setiap masa masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
BAHAN HIASAN

1 kotak instant lasagna ~ bergantung pada besarbekas caserol
Hirisan cheedar cheese ~ utk tabur atas
Serbuk parmesan cheese ~ ita tambah jika suka ~ yana xletak
sedikit lada hitam ditumbuk kasar ~ ita tambah jika suka ~ yana xletak
1 pokok daun bawang ~ dihiris utk tabur atas
Daun bayam hijau secukupnya ~ yana tambah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan bekas caserol atau bekas aluminium. Oles bekas dgn butter.
  2. Lasagna tak perlu di masak ye! Atur kepingan didasar bekas caserol hingga menutupi dasar bekas.
  3. Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu dimasak terlebih dahulu.
  4. Tuangkan sedikit cheese sause tadi. Tabur daun bawang. Yana xletak daun bawang tapi ganti dengan bayam hijau.
  5. Ulang langkah ini disetiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas.
  6. Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna.
  7. Tuangkan baki cheese sauce.
  8. Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi.
  9. Tabur hirisan cheddar cheese dan parmesan cheese.
  10. Akhir sekali tabur lada hitam jika suka.
  11. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 40 minit atau sehingga masak. Untuk memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila dicucuk dengan lidi.
  12. Keluarkan lasagna yang telah siap dibakar. Biarkan sejuk selama 20 minit sebelum dipotong.
  13. hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.

Tips tambahan dari tuan empunya resepi

Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepas tu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas2 tu. Kalau nak potong cantik,tunggu tepung sejuk sikit baru potong atau masa masak cheese tu lebihkan tepung untuk likatkan kuah. bila masak xde lah lembik sangat.

Untuk sos prego tu, guna je yang mana2 asalkan base dia tomato, Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs tapi tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan. saya cadangkan sos prego. Janji sodapp

Bagi yang masih ragu2 nak pakai instant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce. Curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye !

Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer Yana...kak fiza pun rasa cam susah ja nak buat ni...tp bila tgk sedap je....ni kalau anak2 kak fiza mesti suka sbb byk cheese...nanti nak try gak la buat...sedapnyerr yana,...bak seketoi..he he he

tun_telani said...

kak yana cayangg.. western la menu dia arini ^^ tun xpenah buat sendiri. masa awal2 kawin dulu, hasben tun masak lasagna utk tun. hihi.. tun je la sekali dia masak. hahaha... skrg xde nk masuk dapur dah.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

owhh.. lasagna sememanglah sedap... yg tak tahan tu kalau buat asyik nak mkn takleh berenti.. hehe..

akak tak pernah lg buat guna instant tanpa direbus... kalau tak rebus ni mudahlah sikit kerja.. tp sos kena buat basah2 sikit la ye...

rahel said...

Sedapnya lasagna...kalau dekat bole singgah makan skali..hihihi..

Algodão Tão Doce said...

Acabei de conhecer o seu blog e achei maravilhoso. Me visite:http://algodaotaodoce.blogspot.com.br/
Siga-me e pegue o meu selinho!!!

Obrigada.

Beijos Marie.