Wednesday, March 27, 2013

APAM TAPAI PULUT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ^__^

Kuih Apam Tapai Pulut nih yana buat 3 hari lepas untuk minum petang..So, memang dah kehabisan yer jangan cuba diminta lagi ^_^..Walaupun kuih apam nih tak nak mekar berjambak2 seperti tuan empunya resepi Kak Rusnah namun ia tetap habis dimakan..kejadiannya jugak agak padat tidak seperti apam nasi tapi lembut dan sedap gitew..

Tq pada Kak Rusnah dan Kak Jun share resepi kuih apam ni..Yana buat 1/2 adunan jew..cukup lah untuk family kecik kami yang tak makan banyak nih huhuu~~~


APAM TAPAI PULUT
Resepi : Kak Rusnah
Sumber cuci mata : Kak Jun @ Yummylicious

BAHAN-BAHAN:-

1 cawan tapai pulut*
2 1/2cawan air*
3/4 cawan gula* ~ yana guna gula kastor 
1/2 cawan nasi
200 gm tepung beras
50 gm tepung gandum
1/2 sdt yis
1/2 sdt double action baking powder

CARA PENYEDIAAN :-


  1. Blend bahan bertanda * dan tapis. Gunakan air tapisan untuk mengisar nasi sampai halus.
  2. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan yis bersama nasi yang dikisar tadi. Perapkan selama 3 - 4 jam
  3. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Adunan yang diperap tadi dicampurkan dengan double action baking powder dan biar selama 10 minit. Tuang adunan ke dalam acuan kukus selama 15 - 20 minit. 
  4. Sejukkan dan hidangkan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam.
Selamat Mencuba :-)

5 comments:

tun_telani said...

Salam kak yana cayanggg.... tun kene tunggu raya dulu baru blh try nih. sbb masa raya je jumpa tapai. hihi

mama sara nur said...

Assalam yana
cantik kalerful he hee nk mintak dah abis hu hu
td tgk blog syifa pun apam jg
nk buat apam jgk ni

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...bila tengok kaler2 macam ni..budak2 pun terus tertarikkkk

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lama tak buat apam tapai..
nampak sedap.. walau tak merekah tp apam ni memang lembut...

rahel said...

Biasa buat apam tapai ubi...ni apam tapai beras...nampak sedap..kalau ada tapai nasi bole cuba ni..