Tuesday, November 1, 2011

AYAM KICAP BERLADA HITAM

Assalamualaikum semua..Tima kasih pada mereka yg sudi singgah ke umah kecik Yana..Sory yer..uan umah xdpt bersiaran coz keadaan cuaca yang tidak mengizinkan..skg ni pun tak leh cakap banyak..coz guruh di langit dah berbunyi..2 hari tak dpt nak bern3 coz takut dgn bunyi guruh dan petir..Bila dah bunyi macam tu rasa nak duk dlm selimut jee..kuat sangat..bdk tecik tu lagi laa..ketakutan dia dgr bunyi kuat mcm tu..

Petang ni nak post menu tengah hari tadi..resepi Kak DJ yang dah lama tersimpan rapi dlm fail..minggu lepas sekali lagi tergoda kat umah Kak Diana..hari ni terus je buat..Jom je lah kita layan ek..Xsempat lagi yana nak berbw ari ni..dah makin kuat bunyinya..takut kita yg duk ber2 je dgn bdk tecik nii..sebelum tu, Tq Kak Dayang atas resepi yang best ni..bertambah lagi resepi masak kicap hihii..

AYAM KICAP BERLADA HITAM
Resepi: Kak Dayang Jack- Dapurku Sayang
Sumber: Kak Diana-Sky Blue's Kitchen


BAHAN-BAHAN:-

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!

Selamat Mencuba :=)

23 comments:

Zaliedana said...

Assalam yana,tuhla ct pon kalo ujan lbt sgt mmg xberani juga nak on lappy,skang nih pon baru pas ujan jer,punyalah gelap cam dah mlm lak..Kna sgtlah mkn ayam msk kicap kan,hihi..Nmpak sedap,ct suka ayam msk kicap,wat camner pon mmg layan lah..

Rahel said...

Waa...sedapnye lauk die..menyelerakan betui...

Liza said...

sedap jugak mkn cmni kan...rasa pedas2 lada hitam tu yg mengancam...

tun_telani said...

simple dan sedap!! kalau tun, bila dh guruh2 n kilat2 tu mmg akan tutup internet.. takut kene electrik shock rosak adapter streamyx tu..

Totie@Tomy said...

sedapnya mak mertua saya suka masak ni..hehe tp saya kalau nak makan saya buat selalu tak sedap..hehe

quinnie said...

sedapnya masak kicap...daging pun sedap jugak ni....:)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum yana...
mmg best kan resipi ayam kicap berlada hitam dr akak dayang nie... akak pun suka makan.. :)

nuwairani ismail said...

sama la ngan tempat nani...semalam seharian takde line tepon...tensen betol...

ayam nani beli setengah ekor je...tapi banyak pulak resepi ayam yg masuk list ni...hadoi...

Eda Amisha said...

sedapnyer !!! nak nak nak ... hehehhe :)

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Yana..
Kak Naz pun. DI sini dah mula hujan2 jer. Lebat lak tu. Tak dapat nak online cam biasa..

Best tgk lauk Yana ni.. Kak Naz tak pernah try lagi..

chikadakbiru said...

assalamualaikum yana...

keluarga cb pun suke sgt dgn masakan yang berorientasikan kicap nih..tambahan plK ADE campuran rempah2...memang terbaekk

Yana Shaiful said...

@Ct> haah kan..dh musim ujan skg ni..kul2 je dh stat bunyi guruh..
Msk kicap mmg kesukaan rmai kan :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Rahel> jemput mkn kak hihii

Yana Shaiful said...

@Liza>haah..lg sedap msk kicap ada lada itam..sebelum ni xpnh pk plak nk ltk lada itam hihii

Yana Shaiful said...

@Tun>resepi ni mmg simple dan sedap :=) skg ni pun dh stat bunyi guruh.. takut sbb kuat sgt..semua kna tutup :=)

Yana Shaiful said...

@Totie>akak dh 2 taun kawin tp xpnh jgk msk kat umah mak mertua..tkt xkena dgn selera..nsb baik kat umah mertua rmai..kita tmpang mkn je lah hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Q>mmg rmai yg suka msk kicap kan..:=)

Yana Shaiful said...

@Kak Diana>haah kak..kat umah ni dh jatuh ati dgn resepi Kak Dj..lepas ni bleh bt lg :=)

Yana Shaiful said...

@Nani>musim tengkujuh dh skg ni..line slow jee..nk buka laptop pun tkt..kilat kuat tul kat sini..

mcm k.yana je..beli ayam sebelah je seminggu..kdg2 tu 2 minggu br abis :-)

Yana Shaiful said...

@Eda>jom..jom..mkn sama :=)

Yana Shaiful said...

@Kak Naz>nnt try lah kak..mmg sedap..rs pedas lada itam..

Kat sini tiap petang ujan dgn bunyi kilat..tkt nk buka lappy..diam je lah duk dlm umah :=)

Yana Shaiful said...

@CB> haahkan..semua suka msk kicap.. simple dan sedap gitew hihii

Nuridah said...

Sedapnya nampak lauk kicap tu...terliur kak Nur lihat....nie tengah gigit2 jari...hahaa